🏡
Sampai dirumah, Taehyung terus berlari masuk ke dalam bilik Jimin. Dia geledah semua laci meja yang ada. Sampailah dia jumpa satu sampul surat.
Dia ambil sampul surat itu lalu duduk diatas katil. Air matanya mengalir lagi. Perlahan dia buka sampul surat itu.
"Tae. Masa kau baca ni, mesti aku dah tak ada, kan? Haha. Sebenarnya aku dah lama ada penyakit ni. Barah hati. Tapi aku tak pernah tau. Sampai dah tahap 3 pun aku still tak tau. Sampailah aku batuk berdarah. Time tu seminggu selepas kita berdua pergi hospital"
Taehyung mengelap air matanya sebelum dia sambung membaca.
"Aku minta maaf sebab aku sembunyikan semuanya. Mesti kau benci aku kan? Oh ya. Ingat Hyena lagi? Budak yang bagi kau coklat, masa kau form 3. Dia baik, cantik, sopan dan aku tau dia masih sukakan kau. Jadi permintaan aku, aku harap kau kahwin dengan dia. Aku ada hadiah untuk kau. Dalam sampul surat ni ada rantai"
Taehyung berhenti membaca sebelum dia keluarkan rantai dari dalam sampul surat. Rantai yang mempunyai cincin yang bersambung sebagai loket. Taehyung tersenyum melihat rantai itu.
"Rantai tu ada dua cincin yang bergabung. Membawa maksud, ikatan persahabatan kita yang tak dapat dipisahkan. Lagi satu, aku nak kau pergi satu tempat. Dalam laci aku ada satu peta yang aku lukis dan sehelai kertas lagi arahan aku. Kau ikut lah arahan tu"
Tanpa berlengah, Taehyung melihat kedalam laci yang masih tidak ditutup lagi. Satu peta dan satu lagi kertas dikeluarkan. Taehyung membuka peta itu dahulu.
Peta yang dilukis menunjukkan sebuah taman yang menjadi tempat mereka berbual suatu ketika dahulu. Taehyung membuka kertas lagi satu lalu membacanya perlahan.
"Pergi taman ni. Kau taukan dekat mana?"
"Mana mungkin aku lupa. Ni lah tempat kita berdua selalu lepak. Dan time tu aku masukkan rama-rama dalam seluar kau" Taehyung imbas kembali kenangan lama, dengan air mata yang berjujuran turun dia juga turut tersenyum mengingat kembali reaksi Jimin apabila dia masukkan rama-rama tu.
Taehyung keluar bilik dan menyuruh drivernya membawanya ke tempat tersebut.
"Tae, kamu nak pergi mana? Kamu kan baru balik" tegur Puan Kim yang berada di gazebo.
"Tae nak keluar kejap. Boleh kan?" katanya.
Puan Kim terpandang surat ditangan Taehyung dan memandangnya semula.
"Boleh. Jangan balik lambat sangat tau" pesan Puan Kim.
Taehyung membalas dengan anggukan sebelum dia masuk ke perut kereta. Puan Kim teringat pesan Jimin.
"Kalau Taehyung pegang surat Jimin, biarkan dia keluar. Jimin nak dia cari sesuatu"
Puan Kim hanya tersenyum. Lalu dia sambung menyiram pokok.
⛲
Taehyung melihat kembali ke surat arahan.
"Dah sampai taman? Ikut anak panah dekat peta"
Taehyung memandang peta lalu dia mengikut anak panah yang dilukis oleh Jimin. Dia berpusing di merata tempat dan dia berhenti dihadapan gerai minuman berdekatan. Taehyung hairan.
"Dekat sini ke? Apa benda yang ada dekat sini?"
Taehyung melihat kertas semula.
"Beli minuman dulu. Aku takut kau haus"
Taehyung tergelak kecil lalu dia membeli sebotol air mineral. Dia minum sebelum membaca kembali kertas itu.
"Pergi dekat bangku yang kita selalu duduk"
Taehyung mencari bangku yang menjadi tempat kegemaran mereka. Taehyung segera duduk di bangku itu. Dia memandang hadapan. Suasana yang amat menyamankan menyinggah mata tambah-tambah lagi dengan angin yang bertiup lembut.
Taehyung mengipas badannya dengan jaket tuxedo hitamnya. Almaklumlah, dia tak tukar baju lagi tadi. Selepas dia mengambil nafas seketika, dia baca lagi kertas itu.
"Nampak pokok besar belakang kau?"
Taehyung memandang belakangnya. Ya ada pokok besar disitu.
"Pergi belakang pokok tu"
Taehyung mendekati pokok itu dan dia ternampak satu ukiran. Ia tertulis namanya dan Jimin. Dan disebelah ukiran itu, dia nampak satu anak panah yang menunjuk ke bawah. Taehyung memandang ke tanah.
Disitu terdapat, satu timbunan daun-daun kering.
"Disebalik timbunan tu ada satu penyodok kecil. Aku nak kau korek tanah dekat kawasan yang aku tanda 'X'"
Ya, betul. Dekat daun tu ada penyodok kecil. Ala yang selalu orang guna nak tanam pokok dalam pasu tu. Apa entah namanya.
Taehyung pusing sekeliling pokok itu. Tanda 'X' dijumpai, dia segera mengorek tanah disitu.
Selepas 10 minit dia korek tanah tu, dia berhenti seketika. Dia mengelap peluh didahi.
"Dalamnya. Kau tanam apa dalam tu Jimin?"
Selepas berhenti sekejap, Taehyung sambung korek. Selepas 5 minit, dia ternampak satu kotak sederhana besar di dalam tu. Dia ambil kotak tu dan bawa ke bangku.
"Patutlah lama aku korek, besar juga kotak ni. Apa yang ada dekat dalam, sampai kau suruh aku cari?"
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfiction[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19