🎐
Jimin sudah siap memakai baju untuk pesakit bedah. Kepalanya disarung dengan sarung kepala. Dia baring di atas katilnya semula.
Katil Jimin ditolak oleh beberapa orang doktor menuju ke bilik bedah. Jimin diberi bantuan oksigen sebaik sahaja memasuki bilik tersebut. Doktor yang akan membedahnya bertanya.
"Mr. Park? Are you ready?"
Jimin hanya mengangguk. Dia menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Doktor itu menyuntik ubat pada Jimin agar dia tidur. Perlahan mata Jimin tutup. Selepas Jimin tidur, doktor itu segera memulakan pembedahan.
Di luar bilik bedah, Jungkook dan Hyena menunggu di kerusi disitu. Mereka memandang jam pembedahan yang berada di tepi pintu. Jam menunjukkan, pembedahan sedang dijalankan pada jam 20:05 dan dijangka berakhir pada jam 22:00.
Jungkook dan Hyena hanya mampu berdoa agar Jimin selamat daripada pembedahan ini.
🌸
Semasa pembedahan, semuanya berjalan lancar hinggalah.
"Doktor ! Nadi dia menurun !"
Doktor yang membedahnya terkejut. Badan Jimin tiba-tiba kaku. Tapi dia meneruskan lagi pembedahan. Selepas ketumbuhan dikeluarkan, nadinya kembali normal.
Namun, secara tiba-tiba, darah keluar tidak berhenti pada sekeliling bahagian ketumbuhan yang dikeluarkan. Doktor itu semakin panik. Sudah banyak kain digunakan untuk mengelap darahnya.
"Lagi ! Kain lagi !"
Seorang jururawat perempuan segera mendapatkan kain simpanan di dalam satu laci. Dan diberi kepada doktor tadi.
"Mr. Park. Tolong bertahan"
Tapi, mesin nadi Jimin menunjukkan garisan menegak. Menandakan, Jimin dah tak ada. Doktor itu mengambil alat electric shock. Lalu diletakkan pada dada Jimin.
Dia ulang proses itu namun, nadi Jimin sama sahaja. Doktor itu mengeluh, dia memandang jam di bilik bedah dan segera membersihkan diri.
Dia keluar dengan wajah sugul. Sebaik sahaja pintu bilik bedah dibuka, Jungkook dan Hyena segera mendekatinya.
"Macam mana doktor? Jimin OK? Pembedahan belum habis tapi kenapa doktor dah keluar? Takkanlah..." kata Jungkook.
"Pada jam 21:16 malam. Jimin disahkan meninggal dunia akibat bahagian sekeliling ketumbuhan yang dikeluarkan mengeluarkan darah yang banyak dan menyebabkan Jimin kekurangan oksigen. Maafkan saya"
Jungkook kaku, begitu juga Hyena. Sahabat baik dah tinggalkan mereka. Doktor itu berlalu pergi meinggalkan mereka berdua. Perlahan mereka mengeluarkan air mata. Mereka menangis semahu-mahunya. Pada masa yang sama, segala kenangan mengenai Jimin terlintas difikiran mereka. Segala gelak tawa, eyesmile, amarahnya, kecomelannya dan perangai keanak-anakannya akan menjadi sebuah memori yang indah.
🌸
Puan Kim berada diberanda biliknya. Dia termenung sambil melihat kawasan perumahannya. Kawasan itu dipenuhi dengan cahaya malap dari lampu jalan raya dan sebilangan lampu rumah.
Sekali-sekali dirinya asyik memikirkan tentang Jimin. Apa khabar Jimin dekat sana? Dia dah sembuh ke? Puan Kim mengeluh perlahan. Kenapa hati ni rasa tak sedap?
Puan Kim terima panggilan telefon. Segera dia ke katil lalu menjawab panggilan itu.
"Hello?"
"Aunty"
"Ya Jungkook. Kenapa call ni?"
Puan Kim terdengar suara Jungkook tersedu dan ada sedikit nada sedih pada suaranya. Jungkook mengambil nafas dalam.
"Lusa. Saya dan yang lain akan balik Korea Selatan. Dan Jungkook ada satu berita nak bagitau"
"OK. Tapi kenapa suara kamu macam sedih je ni? Apa yang berlaku? Dan berita apa yang kamu nak bagitau?" soal Puan Kim sekaligus. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui perkara yang Jungkook sembunyikan.
"Lusa nanti Jungkook bagitau aunty. Jumpa nanti"
Panggilan telefon dimatikan. Mata Puan Kim terkebil-kebil dengan kata-kata Jungkook tadi.
"Apa ni? Dia call cuma nak bagitau lusa dia balik. Tapi berita apa yang dia bagitau? Pasal Jimin ke? Oh ya lupa pula nak tanya khabar Jimin dekat sana. Haih. Nanti jelah tanya"
Puan Kim melihat jam di dinding terus berdetar ah~ Hati ku semakin semakin berdeb-.. Eh dah dah. Puan Kim mencampak telefonnya ke katil dan terus ke bilik air. Nak buat apa? Buang hajat lah !
Selesai ke tandas, Puan Kim bersiap sedia untuk tidur, dia baring secara mengiring ke kanan. Aunty harap kamu tak apa-apa, Jimin !
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Hayran Kurgu[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19