📞
Ahad... 6:50 AM
Jimin baru selesai mandi dan pakai baju. Dia baring seketika sambil melelapkan matanya. Satu panggilan telefon segera dijawab tanpa melihat nama pemanggil.
"Hello"
"Ni Park Jimin ke?"
"Ya saya. Siapa ni?"
"Saya Doktor Lee"
Mata Jimin terbuka luas, segera dia duduk bersila diatas katil.
"Ya Doktor Lee. Ada apa call pagi-pagi macam ni?"
"Macam ni. Tadi Jungkook call saya untuk datang hospital. Kitorang bincang pasal keputusan penyakit awak. Dan saya minta awak datang ke bilik saya pukul 8:00 AM nanti"
Jimin mengeluh berat sebelum membalas.
"OK. Terima kasih doktor"
"Sama-sama"
Panggilan telefon dimatikan. Jimin menekup wajahnya dengan telapak tangan. Dia menggenggam rambutnya. Selepas dilepaskan, beberapa helai rambutnya gugur.
"Apa ni? Kenapa rambut aku gugur?"
🕗
Jimin bersiap-siap nak ke hospital. Dia pergi ke bilik Taehyung. Taehyung masih tidur lena. Mungkin penat, sebab tadi malam mereka berjoget sakan sampai pukul 2 pagi. Pintu bilik Taehyung ditutup dan Jimin ke dapur.
Seperti yang dijangkakan, Puan Kim sedang menyediakan sarapan. Walaupun dirumah ini ada pembantu, tapi bahagian dapur diuruskan sendiri oleh Puan Kim. Sebab, Taehyung suka masakan eommanya. Dia tak nak makan masakan orang lain.
Jimin mendekati Puan Kim lalu menyapanya.
"Morning cik Kim"
"Eh Jimin. Morning" balasnya.
"Masak apa tu? Sedapnya bau" soal Jimin sambil hidungnya menghidu satu bauan yang sungguh menarik selera.
"Aunty masak nasi goreng je"
"Aunty pula dah? Haha aunty pun boleh" perli Jimin.
Jimin ketawa kecil. Dia duduk di meja berdekatan situ.
"Taehyung tak bangun lagi?" soal Puan Kim pula.
"Tak. Penat kot" balas Jimin.
"Happy dia semalam berjoget sakan sampai 2 pagi. Sampai lupa nak tidur" seloroh Puan Kim dengan senyuman dibibir.
Jimin dan Puan Kim ketawa kecil.
"Tapi Jimin. Kamu nak kemana pagi-pagi ni? Siap pakai beanie lagi. Jarang kamu pakai beanie"
Jimin mengeluh perlahan.
"Aunty. Lepas ni Jimin nak ke hospital sebab ada hal. Aunty tau kan sebab apa?"
Puan Kim hanya mengangguk. Api dimatikan dan dia duduk berhadapan dengan Jimin.
"Kalau Taehyung dah bangun, aunty tolong ganti tempat Jimin untuk hari ni. Boleh?"
![](https://img.wattpad.com/cover/188580476-288-k330767.jpg)
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfic[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19