🐣
Taehyung yang sedang meraba sekeliling meja solek tersentak mendengar jeritan nyaring Jimin.
"Ha Jimin, ada pun kau. Dari tadi aku panggil. Kau pergi mana?"
"Kau tak apa-apa ke?" soal Jimin lalu mendekati Taehyung.
"Aku OK. Cuma aku terlanggar meja dan pasu kecil yang kau bagi aku tu jatuh pecah"
Perkataan pecah diperlahankan. Taehyung menunduk, takut-takut kalau Jimin marah kalau hadiah yang dia bagi dihancurkan.
"Tak apa, janji kau selamat"
Taehyung mengangkat muka lalu tersenyum. Puan Kim muncul dimuka pintu. Jimin mencangkung dan mengutip serpihan kaca yang bertaburan, takut dipijak pula oleh orang lain. Lagi-lagi Taehyung.
Puan Kim mendekati Taehyung dengan riak wajah risau. Dipegang pipi Taehyung.
"Tae OK?" soalnya.
Taehyung tersenyum sambil memegang tangan Puan Kim dipipinya.
"Tae OK. Don't worry" kata Taehyung lalu Puan Kim menariknya kedalam pelukan.
Jimin yang sedang mencangkung berpaling memandang dua beranak itu sambil tangannya masih mengumpul serpihan kaca itu. Sekuntum senyuman terbit dibibirnya.
"Arghh !" Jimin terjerit kecil. Jarinya ditekan dan titisan darah mula jatuh ke lantai.
Mendengar jeritan itu, Puan Kim melepaskan pelukan.
"Jimin kau OK ke?" soal Taehyung.
"A-Aku OK"
Jimin memandang Puan Kim lalu meletakkan jari telunjuk ke bibir. Puan Kim hanya mengangguk tanda faham. Puan Kim mengarahkan Jimin pergi bersihkan luka.
Selepas Jimin keluar, Puan Kim menarik anaknya ke katil lalu menyuruhnya duduk.
"Tae tunggu kejap tau"
Taehyung hanya mengangguk dan senyum. Puan Kim mengambil penyodok kecil serta penyapu tangan kecil ditepi meja solek Taehyung. Serpihan kaca selesai dibersihkan, dan dibuang di bakul sampah kecil ditepi pintu.
Puan Kim mendekati Taehyung dan duduk disebelahnya segera bertanya.
"Tae lapar tak? Tae nak makan apa? Cakap dengan eomma. Nanti eomma boleh masakkan"
"Tae tak kisah. Masakan eomma semuanya sedap"
Puan Kim hanya tersenyum lalu mengusap kepala Taehyung.
"OK. Eomma pergi masak dulu. Tunggu sini tau"
Puan Kim bangun dari duduk tapi ditarik semula oleh Taehyung.
"Jimin mana ma?"
"J-Jimin ada. Dia pergi mandi ke-kejap"
Taehyung hanya mengangguk dan melepaskan tangan eommanya. Puan Kim berlalu keluar bilik dan ke dapur. Eomma tipu !
Kebetulan Jimin pula masuk selepas selesai merawat jarinya yang luka. Dia duduk disebelah Taehyung.
"Jari kau OK?" soal Taehyung.
"Macam mana kau-"
"Tak semua benda kau boleh tipu dengan aku Jimin"
Jimin hanya tersenyum.
"Teruk sangat ke? Dalam tak?" soal Taehyung lagi"
"Tak lah. Sikit je. Lepas aku letak ubat dah OK" terang Jimin.
Mereka berdua berdiam diri untuk beberapa minit. Masing-masing mencari topik yang boleh dibualkan tapi apa?
"Jimin" panggil Taehyung.
"Ya?"
"Aku nak tanya soalan boleh?"
"Eh kau ni. Tak pernah-pernah kau minta izin dekat aku nak tanya soalan. Tanya jelah" kata Jimin.
Taehyung berdiam diri seketika. Jimin semakin hairan dan gemuruh. Apa yang kau nak tanya, Tae?
"Aku ni menyusahkan kau ke?" tanya Taehyung selepas lama berdiam diri.
Kali ni pula, penyakit cengkerik berpindah kepada Jimin. Jimin terkejut dengan soalan Taehyung. Kenapa kau fikir sampai macam tu sekali?
Taehyung menepuk perlahan riba Jimin. Membuatkan Jimin tersentak.
"Jimin. Jawablah" tegah Taehyung.
"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Jimin pula. Baguslah Jimin ni. Soalan pertama tak jawab tapi dia balas dengan soalan lain. Pandai !
"Sebab, selama 10 tahun ni. Aku rasa, aku dah banyak susahkan orang sekeliling aku. Eomma, Jungkook, pekerja dekat rumah ni dan... Kau. Kau yang paling banyak berjasa dengan aku. Sampai, kadang-kadang aku rasa macam, aku tak layak nak hidup lagi" terang Taehyung secara mantap, tepat dan padat.
Jimin jangan nangis ! Air mata Jimin mula bertakung. Dia segera menyeka air matanya menggunakan bahu agar tidak menitis.
"Tak. Kau tak pernah susahkan aku. Kau tak pernah susahkan orang sekeliling kau. Kitorang tak pernah terfikir pun pasal hal ni. Kitorang tolong kau dengan ikhlas. Manalah tau, lepas ni kau boleh balas jasa kitorang balik dengan macam-macam pertolongan lain"
Taehyung menunduk. Jimin berasa hairan dengan bahu Taehyung yang terhenjut-henjut. Tangan Jimin segera menaikkan wajah Taehyung. Wajah Taehyung sudah dibasahi dengan air mata. Jimin mengelap air mata Taehyung. Tapi dirinya juga turut menangis.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu isi hati mereka dan pengorbanan Jimin kepada Taehyung. Mari memanjatkan doa agar persahabatan mereka kekal selamanya.
💜
Oh gosh ! Aku hampir nangis time taip part ni ! I don't know why !
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfiction[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19