15 ↪End

332 31 20
                                    

💧

Taehyung membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat gambar, buku dan sebuah telefon pintar. Dia mengambil beberapa keping gambar. Gambar tu diambil semasa mereka berdua sekolah menengah. Dia amati setiap keping gambar yang ada disitu.

Air matanya deras mengalir. Dia ambil buku itu dan membukanya. Buku itu merupakan diari Jimin. Di dalamnya tertulis segala kenangan manis mereka bersama.

Taehyung menangis teresak – esak. Dia memegang dadanya. Nafasnya rasa tersekat.

"Jimin aku rindu kau"

Taehyung ambil pula telefon pintar itu. Telefon itu kepunyaan Jimin. Dia membuka galeri, semuanya gambar Jimin selfie bersama Taehyung.

Dan satu video yang dirakam telah menarik perhatiannya. Video dimana, pada satu malam beberapa bulan yang lepas, mereka berdua bernyanyi dan menari sehingga pukul 2 atau 3 pagi begitu.

Selesai menonton video yang berdurasi 2 jam itu. Taehyung menangis kembali. Matanya merah, dan dia menekup mukanya dengan tangan.

Guruh berbunyi, dan hari menunjukkan tanda – tanda hujan akan turun. Taehyung memandang ke langit, awan kelabu berada diatasnya.

"Hujan? Memang faham betul dengan keadaan aku" kata Taehyung perlahan.

"Taehyung"

Taehyung memandang hadapannya. Jimin dengan pakaian putih berdiri dihadapannya dengan jarak 3 meter. Taehyung bangun kerana ingin mendekatinya.

"Taehyung. Jangan dekat" arah Jimin.

Taehyung duduk kembali.

"Jimin. Kau tau tak aku rindu kau?"

Jimin menunduk.

"Tau. Aku pun rindu kau" balas Jimin.

"Kenapa kau sembunyikan penyakit kau dari aku?"

"Aku tak nak kau risau"

"Kau tau tak? Lepas aku tau kau ada penyakit, aku rasa macam diri ni tak berguna. Rasa macam, betapa bodohnya aku sebab tak hiraukan kesihatan kawan sendiri" jelas Taehyung.

"Tak Tae. Kau tak bodoh"

Taehyung hanya menunduk. Air matanya mengalir dan jatuh ke tanah.

"Tae, aku rasa, dah sampai masanya untuk aku pergi"

Taehyung memandang Jimin semula.

"Tak, kau tak boleh tinggal aku. Aku dah dapat melihat semula. Aku nak luangkan masa dengan kawan aku. Kau tak boleh tinggalkan aku !"

Jimin tersenyum.

"Tak Tae. Aku tak pernah tinggalkan kau. Aku sentiasa ada dalam diri kau. Kau nak tau tak? Aku dermakan mata aku untuk kau. Jadi apa yang kau nampak, ibarat macam aku pun nampak benda yang sama. Aku tak tinggalkan kau kan?"

Taehyung termenung seketika.

"Aku pergi dulu"

Roh Jimin perlahan – lahan menghilang. Taehyung bangun dan berlari kearahnya. Namun belum sempat Taehyung memeluk Jimin, rohnya sudah lenyap. Taehyung tersungkur. Dia melutut lalu menumbuk tanah yang beralaskan rumput.

"PARK JIMIN !! JANGAN TINGGALKAN AKU !!"

Taehyung menjerit sambil kepalanya memandang langit

"Maafkan aku sebab tak dapat tunaikan hasrat kau, Tae"

🌈

Sudah setahun berlalu sejak peristiwa itu berlaku. Taehyung duduk termenung di katil sambil matanya memandang ke luar tingkap. Tangisan bayi dibiarkan.

Pintu bilik dibuka, seorang wanita yang memakai apron masuk sambil membebel.

"Awak. Baby nangis kenapa awak biarkan je?" Hyena menyoal Taehyung.

Bayi di dalam katil bayi diangkat. Hyena berasa hairan melihat keadaan Taehyung. Perlahan dia mendekatinya. Dia memandang kearah tempat yang dipandang Taehyung. Lalu dia mencuit suaminya.

"Awak"

Taehyung tersedar dari lamunan. Lalu memandang si isteri.

"Ya. Ada apa?" soal Taehyung kembali sayu.

"Err tak ada apa-apalah"

Hasrat ingin menyoal kembali terhenti apabila melihat wajah redup dan sayu si suami.

Taehyung mengangguk dan kembali memandang ke luar tingkap dan termenung. Hyena berpusing untuk ke dapur, untuk kembali memasak. Semasa dia berpusing, dia ternampak satu kotak yang sudah dibuka di atas meja berdekatan.

Dia menghampiri kotak itu dan melihat isinya. Semuanya berkaitan Jimin. Hyena pelik, kenapa suaminya buka semula kotak ini?

Hyena memandang kalendar di tepi kotak itu. Satu bulatan ditanda pada tarikh disitu.

"Oh patutlah" Hyena mengeluh sebelum dia meninggalkan bilik.

Hari ini merupakan ulang tahun kematian Jimin. Sudah genap setahun dia pergi. Sejak itu, kehidupan Taehyung berubah serta merta.

Segala pesanan Jimin di ikuti. Dia juga sudah berkahwin dengan Hyena sebulan selepas pengkebumian Jimin. Dan kini mereka hidup bahagia. Taehyung mempunyai seorang anak lelaki bernama Taekwon yang baru berumur beberapa bulan.

Taehyung mengambil alih tugas Puan Kim untuk kendalikan syarikat dan dia dapat tahu ibubapa Jimin sudah lama bankrap dan melarikan diri entah kemana.

Hyena menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia berhenti menjadi doktor kerana ingin fokus pada rumah tangga.

Jungkook pula menjadi ketua doktor di hospital. Dia sentiasa sibuk dengan kes di hospital yang melibatkan nyawa pesakit. Setiap kali hujung minggu, dia akan ke rumah Taehyung untuk berbual dengannya dan bermain dengan Taekwon.

Taehyung mendekati beranda. Dia memandang segenap kawasan disitu.

"Jimin kau nampak tak pemandangan ni? Cantik kan" kata Taehyung lalu tersenyum.

Begitulah kisah hidup dua orang jejaka bernama Kim Taehyung dan Park Jimin. Disini Taehyung ingin berpesan sedikit.

"Hargailah sahabat anda dan keluarga. Lagi satu, hargailah mata anda. Jikalau anda sudah buta, amat susah jika ingin mencari penggantinya"

Dengan itu, tamatlah sudah kisah Kim Taehyung dan Park Jimin. Kita berjumpa lagi di lain waktu, lain watak, lain buku dan lain masa. See you soon !

💜

Thank you for always supporting this book. Especially to reader yang dah vote buku ini. Terima kasih diucapkan. Kalau anda ada permintaan, silakanlah komen. Jangan malu-malu.

Here🚨➡

C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸Where stories live. Discover now