🌛⛲🌜
Taehyung duduk termenung di atas katil. Sudah seminggu Jimin tinggalkan dia. Walaupun ada sedikit rasa benci terhadap Jimin, tapi dia tetap sayangkan Jimin sebagai kawan.
Kadangkala, Taehyung tak dapat tampung rasa bersalahnya selepas dia menumbuk Jimin tempoh hari, jadi dia hanya mampu menangis. Matanya juga bertambah bengkak.
Pintu bilik dibuka, Puan Kim masuk bersama dulang berisi makanan. Dia memandang air mata Taehyung yang mengalir dipipi. Perlahan dia duduk dibirai katil.
"Tae, makan sayang. Kamu tu kena makan banyak sikit, kalau tak makan nanti kamu sakit"
Taehyung menyeka air matanya dengan lengan baju.
"Biarlah Tae sakit. Tak ada orang kisah" balas Taehyung bersahaja.
"Siapa kata tak ada orang kisah? Eomma ada disini dan eomma nak kamu jaga kesihatan. Kalau kamu sakit, nanti eomma yang kasihan. Eomma ni pun bukan muda lagi, dah tua. Umur dah hampir 50 tahun" terangnya.
Taehyung hanya mengeluh. Puan Kim bangun dari duduk.
"Eomma pergi dulu. Makanan ni jangan lupa habiskan. Penat eomma masak untuk kamu"
Puan Kim mengeluh perlahan sebelum meninggalkan Taehyung yang seperti manusia separuh patung. Taehyung perlahan-lahan baring dan melelapkan mata. Jimin baliklah ! Aku rindu kau !
🍃
Sebulan berlalu. Penyakit Jimin juga tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Jungkook buntu. Begitu juga Hyena. Mereka bertiga kini sedang berada di dalam wad khas untuk Jimin.
Seorang doktor Mat Salleh bernama John memasuki wad mereka.
"Sorry for disturbing you Mr. Park and Doctor Lee. But can I have a words with Doctor Jeon for a while? This thing is very important" katanya.
"Yeah sure" balas Jungkook lalu mengikuti Doktor John ke luar wad.
Jungkook menutup pintu wad dan memulakan perbualan dengan Doktor John. Tapi saya dah translate, so inilah perbualan mereka.
"Tadi saya pergi bilik x-ray dan tengok bahagian perut Jimin. Dan saya dapati ada satu ketumbuhan berdekatan kawasan perut. Ketumbuhan tu boleh menyebabkan kegagalan beberapa fungsi dan boleh membawa maut" Doktor John berhenti seketika mencari nafas sebelum menyambung.
"Jadi kami sarankan, Jimin jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan itu. Lepas pembedahan, kami rasa, berkemungkinan keselamatan nyawa dia hanya 50-50"
Jungkook memegang dagunya. Dia berfikir juga. Kalau buat pembedahan, mungkin Jimin boleh selamat.
"Kalau nak buat pembedahan, saya perlukan tanda tangan Encik Jeon dan Encik Park"
"Tunggu sekejap, saya pergi cakap dengan dia" Jungkook masuk kembali ke dalam wad. Dia mendekati Jimin dengan wajah risau. Jimin perasan perubahan wajah Jungkook dan segera bertanya.
"Jungkook, kenapa muka sedih semacam je ni? Doktor John bagitau apa?"
Doktor John mendekati mereka bertiga. Jungkook memandang Doktor John sebelum memulakan penceritaan.
Jimin hanya menunduk. Berfikir sama ada dia mahu lakukannya atau tak.
"Fikir masak-masak hyung. Mungkin hyung boleh sembuh lepas pembedahan"
Jimin berdiam diri seketika. Selepas berfikir dia mengangguk lalu berkata.
"Lakukan pembedahan"
Doktor John segera memberi surat untuk melakukan pembedahan kepada Jimin dan Jungkook untuk ditanda tangani.
"Doktor Lee. Ikut saya sekejap. Untuk settlekan hal ni" arah Doktor John kepada Hyena.
"Baik" Hyena mengikuti John dan menghilangkan diri.
"Hyung harap. Ni adalah jalan terbaik" kata Jimin.
"Jangan risau hyung. Jungkook pasti semuanya akan OK"
Jimin hanya membalas dengan senyuman. Aku haraplah.
"Jungkook. Hyung nak cakap sesuatu boleh?"
Jungkook duduk dikerusi disediakan. Lalu memandang Jimin penuh tekun.
"Kalau-kalau hyung tak selamat lepas pembedahan, dan hyung mati. Jangan bagitau Taehyung boleh?"
Dahi Jungkook berkerut.
"Kenapa tak boleh bagitau Taehyung hyung?" soal Jungkook kehairanan.
Jimin melepaskan keluhan. Dia tarik nafas sebelum kembali berbicara.
"Walaupun dah sebulan lebih hyung tinggalkan dia, hyung pasti, yang dia tengah risaukan hyung. Hyung tau, yang dia dah benci hyung. Tapi dia mesti risaukan hyung. Dan kalau dia tahu hyung dah tak ada, hyung takut, kalau-kalau dia jadi tak siuman dan cuba bunuh diri macam sebelum ni. Bagi dia masa baru boleh bagitau dia"
Penerangan dari Jimin mendiamkan Jungkook. Jungkook hanya mengangguk.
"Oh, ada lagi satu yang hyung nak minta tolong dari kau"
Jungkook membetulkan duduknya sebelum menyoal.
"Apa dia?"
Jimin tersenyum. Semoga kau suka dengan hadiah sempena peninggalan aku, Taehyung.
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfic[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19