1

375 41 9
                                    

🌞

Sabtu... 8:00 AM

Taehyung bangun dari tidur. Dia menggeliat sebelum kawannya, Jimin pimpin dia ke tandas.

"Aku tunggu dekat luar. Kalau kau nak apa-apa, jerit nama aku. OK?"

Taehyung angguk perlahan. Jimin menutup pintu tandas dan pergi ke katil. Dia mengemas apa yang patut sementara menunggu Taehyung selesai.

Ya, Jimin duduk satu bumbung dengan Taehyung. Jimin dah minta kebenaran makciknya dan parents Taehyung, jadi dia teman dan tolong Taehyung.

Jimin terdengar sesuatu jatuh dari dalam bilik air. Risau. Dia segera ke tandas.

"Taehyung. Kau OK?"

Jimin nampak Taehyung sedang mencangkung. Dengan berus gigi di lantai. Taehyung hanya tersenyum.

"Aku OK. Berus gigi terjatuh tadi. Hehe"

"Oh. OK. Hati-hati. Aku tunggu dekat luar"

Taehyung tersenyum lagi. Selepas Jimin menutup pintu, air mukanya berubah. Dia meraba sekeliling dan mengambil berus giginya yang jatuh.

"Sampai bila aku nak jadi macam ni je? Aku nak juga jadi orang normal. Buat macam-macam aktiviti tanpa halangan"

Taehyung mengeluh berat. Sudah 10 tahun dia buta. Umurnya sudah mencecah 25 tahun sekarang. Semasa berumur 15 tahun, keluarganya terlibat satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa bapanya.

Sebelum itu, ibubapanya berjumpa dan bersapa dengan pengetua sekolah, sebab mereka rakan baik, kemudian mereka bergerak balik.

Dan Taehyung disahkan buta akibat beberapa saraf otak yang tidak berfungsi. Selepas Taehyung tercampak keluar dari kereta dan kepalanya terhantuk pada jalan raya dengan kuat.

Semenjak itu, dia menjadi antisosial dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Dia suka duduk di dalam bilik. Tapi, selepas Jimin membantunya, Taehyung perlahan-lahan banyak bercakap dan kembali menjadi orang yang periang. Hingga lah kini.

"Jimin !"

Jimin yang mengelamun segera ke tandas apabila namanya dipanggil.

"Ya, kenapa?"

"Aku dah siap. Kenapa aku panggil kau banyak kali kau tak jawab? Kau pergi mana?"

Jimin tersenyum. Eh, bongok ! Kau ingat Taehyung nampak ke kau tengah senyum !

"Kau senyum ke?" soal Taehyung drastik.

"Eh macam mana tau?"

"Firasat hati" balas Taehyung.

Jimin pimpin Taehyung keluar bilik dan ke dapur. Pada asalnya, bilik Taehyung di tingkat 2, tapi selepas dia buta, biliknya ditukar di tingkat 1 dan berdekatan dapur.

Jimin menunduk dan tersenyum melihat Puan Kim yang sedang bersarapan di meja makan.

"Taehyung, Jimin, mari makan"

Mereka berdua mengangguk sebelum mengambil tempat. Jimin mengambil sandwich lalu diletak di pinggan Taehyung.

"Eomma, Jimin"

Panggilan Taehyung menghentikan perilaku Puan Kim dan Jimin.

"Ya sayang. Kenapa?" balas Puan Kim.

"Lepas ni. Boleh tak Taehyung nak pergi hospital?"

"Kau nak buat apa?" balas Jimin pula.

"Taehyung nak jumpa pakar. Manalah tau, Taehyung ada peluang nak melihat balik"

Puan Kim dan Jimin berpandangan. Selepas Puan Kim mengangguk, Jimin mula bersuara.

"OK. Nanti aku teman kau"

"Eomma?" soal Taehyung lagi.

"Sorry sayang. Eomma ada meeting pagi ni sampai petang. Eomma cuma boleh hantar bodyguard teman kamu berdua. OK?"

Taehyung hanya mengangguk dan tersenyum.

"OK"

💜

C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸Where stories live. Discover now