13

213 21 0
                                    

🍃

Taehyung sudah lama selesai menjalani pembedahan matanya. Dan kini Doktor Lee, Puan Kim dan Jungkook berada di wadnya sempena hari pembukaan balutan dimata Taehyung.

"Tae, dah ready?" soal Hyena.

Taehyung menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan. Satu anggukan daripanya, Hyena terus memulakan kerjanya. Balutan dibuka perlahan-lahan. Selesai dibuka, mata Taehyung masih tutup.

"Eh kenapa gelap ni?" soal Taehyung.

"Hyung bukalah kelopak mata tu dulu. Hyung tutup je, memang lah tak nampak" tegur Jungkook.

Jungkook, Hyena dan Taehyung ketawa dengan lawak Taehyung. Puan Kim pula sedang serius. Sebab dia risau, kalau-kalau pembedahan tu tak jadi.

Taehyung membuka matanya. Anak matanya memandang sekeliling wad. Dia memandang mereka bertiga yang berada dihadapannya sambil menyebut nama.

"Eomma"

"Jungkook"

"Hyena"

Taehyung terus tersenyum. Dia memandang tangannya. Dia berasa gembira sangat sebab dapat melihat kembali. Betapa rindunya dia dengan keindahan didunia !

"Eomma Taehyung dah boleh melihat !" Taehyung terjerit.

Puan Kim, Hyena dan Jungkook juga turut tersenyum melihat keadaan Taehyung.

"Eomma bersyukur" Puan Kim segera memeluk Taehyung seerat mungkin. Pelukan dilepaskan. Dan Taehyung memandang mereka bertiga lagi, seolah-olah mencari sesuatu. Atau lebih tepat, dia mencari seseorang.

"Eomma. Jimin mana? Dia tak balik lagi ke? Dia tak tau ke Taehyung dah buat pembedahan"

Puan Kim, Jungkook dan Hyena berpandangan antara satu sama lain.

"J-Jimin tau kamu buat pembedahan. Eomma dah bagitau. Dia kata bila-bila nanti dia balik."

Puan Kim membalas lalu berpura senyum melihat Taehyung. Taehyung pula tersenyum gembira. Tak sabar rasanya nak keluar hospital.

"Hyena. Bila aku boleh keluar hospital?" soal Taehyung.

Hyena segera check keadaan Taehyung. Dia mencatat sesuatu direkod kesihatan lalu berkata.

"Esok mungkin"

Taehyung tersenyum lagi. Jimin ! Aku dah dapat melihat !

🚨

Taehyung  semalam dah keluar dari hospital. Dan kini dia berada di kawasan perkuburan. Pagi tadi, Puan Kim baru bagitau tentang kematian Jimin kepadanya. Taehyung pula nangis tak berhenti apabila mendengar berita itu.

"Kenapa kau dah pergi dulu dari aku Jimin? Aku dah dapat melihat. Tapi kau pula dah tak ada. Aku baru rancang nak pergi melancong bersama dengan kau. Kenapa Jimin? Kenapa !"

Taehyung duduk dihadapan kubur Jimin sambil menunduk, dia menangis lagi. Air mata mengalir tak henti-henti. Puan Kim yang memerhati Taehyung dari jauh mendekatinya. Dia keluarkan satu sampul surat dari begnya dan diberi kepada Taehyung.

"Tae, Jimin bagi eomma surat ni. Dia suruh bagi pada kamu sebelum dia tinggalkan rumah"

Taehyung memandang Puan Kim dan surat itu silih berganti. Taehyung mengelap air matanya sedikit sebelum menyambut surat itu.

"Eomma nak jumpa orang. Nak settlekan sesuatu. Kalau dah habis baca, kamu baliklah. Eomma dah sediakan driver untuk kamu" kata Puan Kim lalu berjalan meninggalkan Taehyung.

Taehyung memandang sampul surat itu. Disitu tertulis 'To : Kim Taehyung'. Taehyung segera membuka kertas itu. Tulisan Jimin yang teratur dibaca.

"Tae, maafkan aku sebab dah tinggalkan kau. Aku ada sediakan hadiah untuk kau. Kau masuk bilik aku, dan cari sampul surat yang sama dekat dalam laci meja"

Tanpa berlengah Taehyung segera bangun dan mendekati keretanya. Dia memandang lama kubur Jimin dari jauh. Hatinya berat mahu menerima kenyataan bahawa Jimin dah tiada.

Taehyung masuk ke perut kereta. Dan drivernya membawa Taehyung pulang ke rumah. Taehyung memandang kubur Jimin lagi. Dan dia nampak satu figura di sebelah kubur Jimin dengan baju putih sedang melambai kearah.

"Jimin" kata Taehyung perlahan.

Roh Jimin hanya melambai kearah Taehyung dan tersenyum. Sebelum perlahan-lahan rohnya hilang.

💜

C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸Where stories live. Discover now