☕
Taehyung hanya tersenyum.
"Sebab aku-"
"Maaf lambat, saya ada hal tadi. Lama sangat ke?" Doktor Lee Hyena tiba-tiba masuk dan memotong kata-kata Taehyung.
"Tak adalah lama sangat" balas Jimin.
Doktor Lee tersenyum. Dia melihat rekod dihadapannya.
"Kim Taehyung siapa?" soalnya.
Taehyung yang sedar namanya dipanggil segera bersuara.
"S-Saya"
"Ooo. So awak jumpa saya sebab nak tahu sama ada awak ada peluang untuk melihat dunia balik, kan?"
"Err.. ye"
Dahi Taehyung berkerut. Macam mana dia tahu?
"Jangan nak hairan sangat. Kebanyakan pesakit yang jumpa saya, ada tujuan yang sama. Dan setakat ni, hampir semua dah boleh melihat"
Kata-kata Doktor Lee membuatkan Taehyung kagum dan semakin excited.
"Jadi saya ada peluang lah ni?" soal Taehyung.
"Ya dan tak"
"Apa yang ya dan apa yang tak?" soal Jimin pula.
Doktor Lee tersenyum.
"Ya sebab awak boleh melihat semula. Tak sebab, ianya mungkin mengambil masa yang lama untuk mencari penderma atau mata yang sesuai dengan awak"
Taehyung menunduk.
"Tapi jangan risau, saya akan usahakan"
Doktor Lee menekan butang di mejanya lalu berkata.
"Doktor Hyo masuk"
Pintu belakang diketuk dan seorang doktor wanita masuk.
"Doktor Hyo boleh bawa Taehyung pergi buat measurement for eyes"
Doktor Hyo mengangguk. Lalu dia membawa Taehyung. Tinggal lah Jimin dan Doktor Lee di situ. Ha jangan jeles !
"Nama awak siapa?" soal Doktor Lee.
"Jimin, Park Jimin"
Doktor Lee mengangguk.
"Awak abang dia ke?"
"Tak"
"Adik?"
"Muka kitorang ada seiras ke?"
"Then apa hubungan awak dengan Taehyung?" soalnya lagi.
"Kawan"
Doktor Lee mengangguk faham. Tiba-tiba Jimin batuk tak berhenti.
"Awak OK?"
Jimin hanya mengangguk. Batuknya semakin menjadi-jadi. Mukanya juga secara tiba-tiba menjadi pucat.
"Jimin, kalau awak sakit, kenapa still nak jaga Taehyung?" Hyena bertanya.
"Kalau Taehyung tahu aku sakit, aku takut dia jadi makin risau, lagi-lagi dengan keadaan dia macam tu. Lagipun aku kena selalu pantau dia. Walaupun sekarang dia nampak ceria, tapi sebelum ni dia pernah cuba bunuh diri"
Perkataan 'bunuh diri' terus mendiamkan Hyena. Pintu belakang dibuka dan Taehyung serta Doktor Hyo masuk. Taehyung kembali duduk disebelah Jimin.
"Taehyung, Jimin, awak berdua boleh balik dulu, nanti kalau ada apa-apa hal, saya call Jimin. Bagi pihak hospital masa untuk cari penderma. Seperti yang saya kata, nak cari penderma agak susah, jadi harap awak bersabar" terangnya.
"Tak apa, ambil lah masa sebanyak mana pun, lambat laun saya akan dapat melihat juga" balas Taehyung.
Jimin hanya tersenyum memandang Taehyung.
"Taehyung jom balik"
Taehyung bangun dan mereka keluar dari bilik Doktor Lee.
"Kenapa kehidupan kau sedih sangat, Kim Taehyung, Park Jimin?" kata Doktor Lee perlahan. Matanya bertakung dengan air mata.
"Doktor Lee ada cakap apa-apa ke?"
Hyena segera menyeka matanya lalu berkata.
"Tak ada apa. Awak boleh keluar"
Doktor Hyo mengangguk sebelum dia keluar meninggalkan Doktor Lee bersendirian.
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfic[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19