⛅
Selepas sebulan...
Isnin... 5:00 PM
Jimin pergi ke dapur untuk minum air. Kebetulan Puan Kim juga disitu.
"Jimin?"
Jimin terkejut lalu menunduk sedikit kepada Puan Kim.
"Kamu nak minum ke?"
"Haah"
"Taehyung mana?"
"Dia dekat bilik. Tidur. Lepas baca buku tadi"
Puan Kim mengangguk. Jangan pelik ! Orang buta boleh membaca dengan hujung jari. Betul kan? Yang tulisan Braile tu. Betul ke ejaan macam tu?
Jimin terbatuk-batuk lagi. Dia menutup mulutnya.
"Jimin kamu OK?" Puan Kim mendekatinya.
Jimin melihat ke tangannya. Darah. Dia batuk berdarah.
"Jimin. Kamu tak apa-apa?" soal Puan Kim sebaik sahaja melihat darah ditangan Jimin.
Jimin segera ke sinki dan membasuh tangannya.
"Jimin"
"Makcik. Kalau saya sakit apa-apa, tolong jangan bagitau Taehyung. Dan lepas ni, kalau saya tak datang sini. Dan kalau Taehyung tanya. Cakap dengan dia, Jimin pergi luar negara atau apa-apa je. Tolong"
Puan Kim hanya mengangguk. Dia semakin risau melihat Jimin. Apa yang kau sembunyikan Jimin?
Jimin pergi bilik Taehyung lalu duduk ditepi katilnya. Tangan Taehyung dipegang. Diorang bukan gay tau !
"Tae, dah sebulan berlalu, tapi doktor tu tak ada call pun. Dan, mungkin lepas ni aku jarang ada dekat sini. Lepas ni, mak atau maid akan jaga kau. Maafkan aku, Tae"
"Jimin hyung, kau ke tu?"
Jimin memandang ke pintu. Satu figura sedang berdiri tegak disitu.
"Jungkook" Jimin berkata perlahan.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Jimin.
"Saja nak tengok Taehyung hyung. Lagipun minggu ni Jungkook ambil cuti. Nak rehat-rehat" terangnya.
"Jimin hyung. Jungkook nak cakap kejap dengan hyung? Dekat ruang tamu. Jungkook tunggu hyung"
Jungkook terus keluar bilik dan pergi ke ruang tamu. Jimin bangun tapi tangannya digenggam kuat oleh Taehyung.
"Jimin, kau demam ke? Kenapa tangan kau panas?" soal Taehyung perlahan. Almaklumlah, tengah mamai lagi.
"Mana ada aku demam, aku OK"
"Apa maksud kau, yang lepas ni kau tak ada dekat sini lagi?" Taehyung bertanya.
Jimin kembali duduk di katil. Kau dengar rupanya.
"Aku ada urusan yang kena aku settlekan" terangnya.
Mereka berdua diam seketika.
"Kau nak tau tak, kenapa aku nak tengok dunia balik?" kata Taehyung.
"Apa?"
"Aku nak kita berdua pergi travel dan buat macam-macam. Ambil gambar banyak-banyak. Jadikan kenangan"
Air mata Taehyung menitis. Jimin pula berasa sedih. Tapi aku tak yakin kalau aku boleh tunaikan semua tu untuk kau Tae.
"Jadi aku harap, kau ada bila aku perlukan kau"
"Aku keluar dulu" Jimin melepaskan genggaman tangannya.
Dia keluar dari bilik Taehyung dan menutup pintu perlahan. Hatinya sebak, tapi dia tahan. Semakin berat pula hati nak tinggalkan Taehyung. Dia hampiri Jungkook yang sedang main telefon pintar di ruang tamu.
"Ha kau nak cakap apa dengan hyung ni?" soal Jimin sebaik sahaja dia duduk disofa hadapan Jungkook.
Jungkook memandang Jimin sebelum dia letak telefon dihadapan Jimin.
"Jelaskan"
Dahi Jimin berkerut. Dia ambil telefon pintar itu dan melihat gambar itu.
"Hyung ada penyakit kan?"
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
Fanfiction[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19