🌈
Jimin mengeluh berat. Dia memandang lantai sambil otaknya ligat berfikir.
"Betul ke, aku boleh sembuh?" soal Jimin.
Jungkook mengangguk, begitu juga Doktor Lee.
"Aku tak ada duit nak beli tiket kapal terbang" dalih Jimin.
"Kitorang yang bayar, hyung jangan risau. Semuanya hampir settle, cuma tinggal packing barang je" terang Jungkook.
"Kalau aku pergi luar negara, siapa nak jaga Taehyung?" soalnya lagi.
"Hyung. Boleh tak hyung fikir pasal diri sendiri dulu ! Hal ni melibatkan nyawa tau tak?!" jerit Jungkook secara tiba-tiba. Bukan apa, Jimin sibuk fikirkan orang lain, sampai diri sendiri tak terjaga.
"Kook. Sabar. Ni hospital. Jangan jerit-jerit" kata Lee Hyena.
Jimin menunduk.
"Kalau macam tu, bagi hyung 3 hari"
"Boleh. Lepas tu kau terus packing barang, Rabu malam kita gerak" balas Doktor Lee.
Jimin tersenyum lalu mengangguk. Tapi hatinya berasa berat nak tinggalkan Taehyung.
"Kalau dah tak ada apa-apa, aku balik dulu"
Jungkook dan Hyena mengangguk serentak. Jimin bangun dari kerusi sebab dia nak balik. Tiba-tiba kepalanya pening dan dia jatuh. Kepalanya terkena pemegang kerusi dan kepalanya berdarah.
"Hyung !!" Jungkook menjerit. Hyena juga terkejut.
🏥
Jimin membuka mata. Kepalanya berdenyut. Tangannya naik ke kepala, dia pegang balutan di situ. Dia pandang sekeliling, dia nampak Taehyung tidur dengan kepala di atas katilnya. Jimin tersenyum kecil. Dia segera duduk.
"Dekat sini pun kau boleh tidur?" kata Jimin perlahan.
"Aku tunggu kau lama sangat sampai mengantuk, sebab tu aku nak tidur" balas Taehyung dengan mata yang masih tertutup.
Kening Jimin diangkat.
"Tak tidur rupanya"
Taehyung mengangkat kepalanya.
"Kau OK?" Taehyung bertanya.
"Aku OK"
Taehyung mengeluh berat.
"Mesti kau sakit sebab aku kan? Sampai pengsan"
"Mana ada. Aku pengsan sebab kecuaian aku. Aku tak jaga kesihatan baik-baik. Bukan salah kau" balas Jimin tenang.
Taehyung hanya menunduk.
"Tae. Kau dengan siapa datang sini?" soal Jimin menukar topik.
"Eomma"
"Mana dia?"
Kebetulan, Puan Kim masuk dengan bungkusan makanan di tangan. Matanya bersinar melihat Jimin yang sedang berbual dengan Taehyung.
"Dah bangun?"
Jimin mengangguk. Makanan diletakkan dimeja tepi katil.
"Macam mana kamu boleh pengsan? Risau aunty dengan Taehyung tau"
Jimin hanya tergelak.
"Eh kau ni. Orang tengah serius dia gelak pula" kata Taehyung pula.
"Ala saja je gelak" balas Jimin.
Pintu wad dibuka, Jungkook masuk dengan rekod kesihatan ditangannya manakala Hyena masuk beberapa minit kemudian.
Selepas memeriksa keadaan Jimin, Jungkook mencatat sesuatu di rekodnya. Kemudian berpaling ke Puan Kim dan Taehyung.
"Puan Kim, Taehyung hyung, jangan risau, keadaan Jimin hyung stabil. Mungkin esok atau lusa dah boleh discharge"
Puan Kim dan Taehyung tersenyum lebar.
"Rasanya Puan Kim dengan Taehyung hyung dah boleh balik. Lagipun masa melawat dah nak habis. Esok boleh datang lagi" arah Jungkook.
"Ala tak nak. Tae nak teman Jimin dekat sini" kata Taehyung sambil memegang tepi katil Jimin. Macam budak-budak betul !
"Tae, esok kita boleh datang lagi. Kita bagi Jimin berehat malam ni . Esok Tae boleh teman dia" pujuk Puan Kim.
"Tae, aku OK dekat sini. Kau pun sepatutnya rehat dekat rumah, nanti jatuh sakit macam aku, aku yang risau. Lagipun dekat sini ada Doktor Jeon dengan Doktor Lee" kata Jimin pula.
Taehyung memuncungkan mulutnya.
"Hmm.. OK" Taehyung bangun dari duduk.
"Ha macam tu lah kawan Jimin ! Kawan Jimin semuanya baik-baik dan dengar cakap" kata Jimin menyedapkan hati Taehyung.
Taehyung tersenyum mendengar kata-kata Jimin. Puan Kim dan Tehyung meninggalkan wad. Jungkook memandang Jimin dengan wajah serius.
"Hyung, rasanya esok kita kena pergi luar negara. Sebab, tadi Jungkook check balik, penyakit hyung dah hampir ke tahap 4. Kalau lambat rawat, nanti hyung akan..."
"Mati" sambung Jimin. Dia menunduk. Jimin menekup wajahnya. Rambutnya ditarik perlahan. Dia melihat ke tangan. Semakin banyak rambut gugur, jadi memang betul lah Jimin dah nak... Tuhan ! Tolong selamatkan aku !
"Jungkook, terima kasih sebab rahsiakan pasal ni dari aunty Kim dengan Tae" kata Jimin.
"Hyung lah ni. Dosa Jungkook dah lah banyak, bertambah dosa bila menipu tadi. Huhu" perlinya.
Hyena yang sedar dengan kata-kata Jungkook segera menyepak kakinya.
"Argh !" Jungkook menjerit. Rekod kesihatan jatuh dan dia terlompat-lompat sambil memegang tempat yang disepak.
"Hyena kenapa kau sepak aku?" soal Jungkook.
"Mulut tak ada insurans. Main lepas je cakap. Padan muka" balas Hyena.
Jimin hanya gelak memandang mereka berdua. Kalau diorang berdua kahwin, rasanya hancur rumah tangga !
💜
YOU ARE READING
C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸
أدب الهواة[2019 VMIN MALAY FANFICTION] "I wish I could see a beautiful SCENERY with my own eyes" √ season 1 : 15 chap (C) season 1 : start : 18 | 05 | 19 end : 27 | 06 | 19