12

205 21 0
                                    

💧

Jungkook menelefon Puan Kim dan menyuruhnya ke hospital. Tanpa banyak tanya Puan Kim segera ke sana. Manakala Jungkook menyuruh Hyena menjaga Taehyung.

"Kenapa aku pula kena teman dia?" soal Hyena.

"Ala sekejap je. Tak lama lah. Aku nak settlekan hal dekat sini. Lagipun Aunty Kim on the way kesini"

"Takkan diorang tak ada maid?"

"Ada. Tapi Taehyung hyung tak suka maid. Dia anggap maid tu macam stranger" terang Jungkook.

"Aku pun stranger. Dia mana kenal aku" elak Hyena.

Jungkook mengeluh perlahan.

"Kau lupa ke? Dia pernah jumpa kau sebagai Doktor Lee. Lagipun aku rasa dia ingat pasal coklat yang kau bagi tu"

Hyena terkejut.

"Kau tahu?"

Jungkook hanya tergelak.

"Kau da perasaan lagi ke dekat Taehyung hyung? Kalau ada, aku harap kau buat apa yang Jimin hyung pesan"

Hyena menunduk. Dia juga keliru sedikit dengan perasaannya. Dan dia teringat sesuatu.

"Jungkook. Sebelum pembedahan, Jimin ada pesan dekat aku sesuatu"

Dahi Jungkook berkerut. Berapa banyak hyung nak kitorang tolong sebenarnya?

"Dia kata. Kalau nak kebumikan dia, tunggu Taehyung siap pembedahan mata. Tapi aku tak jumpa lagi penderma yang sesuai untuk Taehyung. Macam mana ni?" jelas Hyena.

"Takpa. Aku dah jumpa orang yang sesuai"

"Siapa?"

Jungkook hanya tersenyum memandang wajah berkerut Hyena.

"Takkanlah..."

🏡

Hyena sampai dihadapan rumah Taehyung. Hatinya ragu-ragu untuk masuk.

"Nak masuk ke tak nak? Nak masuk ke tak nak? Kalau tak masuk, kesian Taehyung oppa seorang diri. Tapi kalau masuk, aku malu. Ala macam mana ni?"

Hyena bercakap seorang diri. Dah macam orang gila pun ada. Dia memandang tingkap bilik Taehyung yang lama. Dia terkejut sebab nampak Taehyung di tingkat dua dan segera bersembunyi.

"Eh asal aku sembunyi ni? Dia bukan nampak aku. Ehehehe. Tapi kenapa muka dia macam tu? Macam nak buat something. Jap Jimin kata bilik dia dekat tingkap bawah. Kenapa dia boleh ada dekat atas pula ni?"

Hyena berlari masuk ke rumah Taehyung selepas merasakan sesuatu tragedi bakal berlaku dan merempuh masuk ke bilik itu.

"Taehyung !"

Taehyung yang baru mendekati beranda sedikit terkejut.

"S-Siapa kau?" soalnya.

"Perlu ke bunuh diri?" soal Hyena balik.

Taehyung menunduk.

"Salah ke? Jimin dah tinggal aku. Aku rasa aku tak diperlukan di dunia. Lagipun Doktor Lee tak jumpa lagi penderma mata" jelasnya.

"Tadi kau tanya aku siapa kan? Aku Doktor Lee. Dan aku dah jumpa penderma untuk kau"

Taehyung mengangkat muka.

"Betul ke?"

Hyena mengangguk. Eh Hyena ! Dia tak nampak !

"Ha iyelah. Dan maybe esok kau boleh mula pembedahan"

Taehyung berasa gembira. Dia meraba sekeliling mencari sesuatu.

"Kau cari apa?" soal Hyena.

"Aku cari kau. Mana kau?"

Hyena tersenyum sebelum mendekatinya. Dia mencapai tangan Taehyung. Lalu menarik Taehyung mendekatinya. Tarikannya kuat sangat, menyebabkan jarak dia dengan Taehyung pun rapat. Hatinya berdebar !

"Rendahnya kau" ejek Taehyung sambil tangannya mengusap kepala Hyena. Serabai terus rambutnya. Hyena mengecilkan matanya. Terasa dengan ejekan Taehyung. Dan Taehyung terus memeluk Hyena tanpa banyak bicara. Hyena kaku. Dia terkejut dan malu. Mukanya pun hampir merah.

"Lee Hyena. Kau budak yang bagi coklat dekat aku kan?"

Hyena membeku.

"Y-Ya"

Taehyung tersenyum.

"Kau masih suka aku?" soal Taehyung lagi.

Hyena diam. Taehyung melepaskan pelukan. Dan dia pegang wajah Hyena tapi matanya memandang lain.

"Hei, aku tanya ni. Jawablah"

Hyena menunduk. Dia dah buat keputusan. Dia lepaskan tangan Taehyung dari wajahnya. Dia cium sekilas bibir Taehyung. Dan hal itu membuatkan Taehyung tersenyum.

"Terima kasih"

💜

C ; (풍경) Scenery | VMIN 🌸Where stories live. Discover now