PART 1

47 7 0
                                    

HATINYA hancur. Hancur sehancur-hancurnya. Hancur bagaikan kaca yang dilepaskan dari ketinggian yang beribu batu. Aisyah tidak mampu untuk mengangkat wajahnya menatapi wajah Zafran. Dia hanya mampu tertunduk pilu menahan rasa sakit di hatinya yang bagaikan dihiris duri sembilu.

"Please Aisyah. Tolong jangan buat dekat saya macam ni. Awak sendiri pun tahu kan betapa sayangnya saya dekat awak."

Tidak henti-henti Zafran merayu kepada Aisyah. Aisyah tidak bersuara malah tidak juga memperdulikannya. Dia hanya berdiam kaku berhadap wajah dengan Zafran berbentengkan pintu pagar besi rumahnya. Tidak disangka selepas cinta yang diberi, kedustaan yang dia perolehi.

"Cakaplah... Jangan buat saya macam ni. Pleasee..." Rayu Zafran lagi.

"Kau nak aku cakap apa? Kau nak aku ucap terima kasih dekat kau sebab tipu aku selama ni. Macam tu?"

Zafran diam tersentap dengan apa yang keluar dari mulut Aisyah. Riak wajahnya masih lagi menagih simpati dari Aisyah.

"Tapi apa? Apa yang saya tipu awak sampai awak sanggup putuskan hubungan kita? Apa salah saya dekat awak? Apa yang saya dah buat sampai awak sanggup buat macam ni dekat saya?"

"Aku buat dekat kau ka kau buat dekat aku? Siapa yang punca sebenarnya? Kau ka aku?" Aisyah meninggikan suaranya.

"Ya kalau saya salah sekalipun, bagi tahu apa salah saya. Jangan tiba-tiba putuskan hubungan kita macam ni. Terus terang dengan saya. Jangan diamkan diri. Ini saya telefon tak angkat, saya mesej tak balas. Kenapa?"

"Kau nak tahu kenapa? Sebab kau dah beristeri."

Sayu suara Aisyah terdengar. Takungan air yang membening di kelopak matanya tidak dapat ditahannya lagi. Ia mengalir sepi membasahi pipi. Zafran, dia hanya mampu terdiam dan tergamam dengan apa yang keluar dari mulut Aisyah.

"Dari mana awak tahu semua ni?"

"Dari mana tu bukan masalahnya. Masalahnya sekarang, kau dah beristeri."

"Tapi Aisyah. Saya......"

"Sudahlah Zaf. Lebih baik kau balik. Lagipun dah nak malam. Tak manis duduk depan rumah anak gadis orang malam-malam. Kau balik jaga bini kau tu lagi baik dari kau ganggu hidup aku. Kita pun dah tak ada apa-apa hubungan lagi."

"Tapi Aisyah... Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Percayalah. Saya tak pernah cintakan wanita lain selain awak."

"Habis tu isteri kau tu apa? Orang gaji kau? Kau bayar hantaran dengan mas kahwin untuk puaskan nafsu dengan jaga makan minum kau ja ka? Hah???" Sekali lagi Aisyah meninggikan suaranya.

"Saya tak cintakan dia. Saya terpaksa kahwin dengan dia. Bukan kehendak saya."

"Sudahlah Zaf! Kau ingat ni drama ka? Alasan kau tu tak boleh pakai kau tahu tak! Cukuplah dengan madah pujangga kau tu. Dah tak laku. Kalau kau kata cinta kau dekat aku tu setinggi langit dan bumi, percayalah yang benci aku dekat kau lebih dari tu. Kau baliklah. Balik dekat isteri kau."

Petang itu keayuan gadisnya hilang dengan bahasanya yang amat kasar. Rasa hormat Aisyah kepada Zafran telah hilang. Apatah lagi rasa sayang. Hilang melayang. Akhirnya Aisyah meninggalkan Zafran seorang diri di luar rumahnya.

Matahari kian tenggelam. Cahayanya kian padam. Suara azan sayu bergema memanggil manusia untuk bersujud padaNya. Lalu Aisyah terus menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat atas. Zalikha dengan Farah masih lagi belum pulang dari kerja. Selalunya mereka akan tiba di rumah sebelum magrib.

Sudah lebih 2 tahun mereka menyewa di situ. Zalikha dan Farah bekerja di tempat yang sama manakala Aisyah pula bekerja di tempat yang lain. Jadi waktu kerja mereka tidak sama.

Hari itu juga genab setahun lapan bulan Aisyah menjalinkan hubungan cinta dengan Zafran. Mereka juga putuskan untuk bertunang bulan hadapan. Namun tidak disangka pengakhiran kisah cinta mereka berakhir dengan sebuah kedukaan.

Perkenalan mereka bermula sewaktu Aisyah melakukan praktikal di sebuah syarikat yang mana dia bekerja sekarang ini. Sememangnya sarjana Aisyah adalah berkaitan dengan pemasaran. Jadi rezekinya dapat praktikal dan terus diserap masuk menjadi pekerja tetap.

Zafran Rafiqi b. Dato Hj Ramli. Dia merupakan anak kepada pemilik syarikat tersebut. Walaupun hidup dikelilingi dengan kemewahan, tetapi hidupnya sangat sederhana. Tidak seperti orang lain. Mudah terlena di dalam lautan harta. Jadi selepas empat bulan Aisyah berada di syarikat tersebut, dia meluahkan isi hatinya kepada Aisyah.

Melihat kepada personaliti dirinya, Aisyah tidak memikir panjang. Aisyah bersetuju untuk menjadi kekasihnya Zafran. Maka bermulalah bibit-bibit cinta antara mereka berdua. Kisah yang penuh dengan adegan cinta yang membawa lamunan ke mimpi lena. Kisah yang manis dari manisnya gula.

Namun tidak disangka begitu sadis pengakhiran kisah mereka berdua. Kisah yang Aisyah impikan ke alam perkahwinan berakhir di persimpangan jalan. Malah ia juga meninggalkan sebuah parut kedukaan.

Usai solat Aisyah terus mendapatkan senaskah Al Quran yang selama ini tersimpan rapi di dalam almari biliknya. Hati yang tidak tenteram cuba dia tenangkan dengan alunan kalamNya. Kepalanya betul-betul berserabut selepas apa yang terjadi.

Helaian Al Quran Aisyah selak sehelai demi sehelai. Air matanya deras mengalir. Aisyah cuba untuk membaca namun bacaannya gagap. Mungkin kerana telah lama tidak membacanya.

"Allah......" Merintih Aisyah seorang diri.

Selama ini naskah tersebut tersimpan rapi di dalam almari. Namun sentuhnya jarang sekali. Kali terakhir sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki ke rumah sewanya. Lalu selepas dari itu dia terus hanyut dengan arus kesibukkan dunia dan cinta. Hingga dia lupa akan Dia.

Aisyah menangis semahunya. Segala pedih dan sakit dihatinya diluahkan pada Dia.

Menangis membuatkan perutnya berdendang kelaparan. Jadi dia turun ke dapur rumahnya. Terlihat dari jendela akan sebuah kereta Proton X70 miliknya Zafran masih lagi berada di luar rumah. Aisyah mendapatkan telefonnya yang berada di atas meja ruang tamu rumah. Sengaja dia tinggalkannya dalam keadaan mod senyap supaya ia tidak menganggu solatnya. Ianya kerana Zafran asyik menelefonnya tanpa henti.

Terlihat hampir tiga puluh empat panggilan yang tidak dijawab dan lebih dari seratus mesej yang tidak tak dibuka. Aisyah membiarkan ia sendiri di atas meja tanpa mengambil peduli. Lalu dia terus menuju ke arah dapur rumahnya.

Namun selang beberapa ketika terdengar suara Zafran memanggil namanya. Jadi sementara menunggu lauk yang berada di dalam oven dipanaskan, dia terus menuju ke arah Zafran yang masih berada di luar rumah.

"Kau nak apa lagi? Malam-malam duduk depan rumah anak dara orang. Kau tak malu ka? Kau baliklah! Nanti apa pula jiran-jiran kata."

"Saya akan balik. Tapi lepas awak maafkan saya dan beri peluang untuk saya jelaskan semuanya dekat awak." Balas Zafran.

"Sudahlah Zaf. Tak cukup lagikah hati aku kau koyak henyak. Apa lagi yang kau nak. Tolonglah Zaf. Aku merayu. Baliklah. Aku tak sanggup lagi. Kau baliklah....." Rayu Aisyah bertemankan air mata yang mengalir membasahi pipinya.

"Tapi......"

"Tolonglah Zaf. Tolonglah......" Kali ini air mata Aisyah deras mengalir.

Zafran hanya berdiam diri sambil memandang tepat ke arah mata Aisyah. Perlahan Zafran memalingkan tubuhnya menuju ke arah kereta. Sebelum memasuki keretanya, sekali lagi dia mengalihkan pandangannya tepat ke arah Aisyah. Terlihat matanya penuh dengan takungan air mata. Air mata penyesalan yang tidak dapat dia sangkalkan.

Bersambung...........

Dia CintakuWhere stories live. Discover now