PART 10

32 3 0
                                    

HATINYA sayu dibelai oleh kerinduan yang datang menyapa. Aisyah masih membelek-belek surat yang diberikan oleh Nur padanya tadi. Surat tersebut masih lagi belum dibuka. Masih kemas di dalam sampulnya. Fikirannya masih terubang-ambing bagaikan kapal layar yang dipukul ombak. Jantungnya pula berdegup kencang bagaikan gunung berapi yang berada di kemuncak.

Diangkatnya surat tersebut dan diletaknya semula. Sekali lagi diangkat Aisyah. Kali ini dia nekad untuk membukanya. Lalu perlahan kepala sampul itu dikoyaknya. Ditarik keluar surat yang diisi di dalamnya.

Kehadapan Aisyahku sayang,

Saya tahu awak masih marahkan saya. Saya tahu apa yang saya telah lakukan pada awak tidak boleh dimaafkan. Namun percayalah, saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa lakukannya.

Aisyah... Sepanjang hidup saya di dunia ini, saya tidak pernah cintakan perempuan lain selain dari awak. Saya hanya habiskan masa saya dengan belajar demi menurut kehendak Mama dan Papa saya. Saya tidak pernah kenal apa itu cinta sebelum saya kenal dengan awak. Percayalah, awak adalah cinta pertama dan terakhir saya.

Aisyah... Saya dah lakukan satu kesilapan yang paling besar dalam hidup saya. Tapi saya berjanji yang saya akan tebus semula segala kesilapan saya satu hari nanti.

Cuma saya harap, awak dapat maafkan kesalahan saya dan sentiasa doakan saya.

Jika awak baca surat ni, itu bermakna awak telah dilantik sebagai pengurus sementara syarikat. Saya harap awak kekallah di syarikat ini. Berusaha bangunkan syarikat ini walaupun saya tahu ia perit untuk awak hadapi.

In Syaa Allah, satu hari nanti saya akan pulang untuk memperbetulkan segalanya. Saya harap awak terus berdoa agar Allah mempermudahkan urusan saya.

Saya cuma ingin awak tahu yang saya cintakan awak dan tidak ada sesiapapun yang dapat menggantikan awak dalam diri saya. Awaklah cinta saya. Cinta pertama dan mungkin akan menjadi yang terakhir dalam hidup saya. Jika ditukarkan segunung emas sekalipun tidak mampu membeli cinta saya kepada awak. Awak adalah sebahagian dari nyawa saya dan kini, sebahagian itu saya akan abdikan menjadi kenangan masa lalu kita. Kenangan yang akan bersemadi selamanya menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.

Itu sahaja yang saya yang ingin luahkan. Semoga awak sentiasa berada di bawah nauganNya.

Yang selalu menyintaimu,
- Zafran -

Perlahan Aisyah meletakkan surat tersebut di atas meja. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir sepi membasahi pipinya yang kemerah-merahan. Terasa dirinya bagai dihempam batu kerinduan. Walaupun luka dihatinya jelas masih berdarah, namun dia tidak mampu menafikan cinta dan rindunya pada Zafran.

"Nur... Masuk bilik saya kejab."

Aisyah menekan butang di telefon seperti yang diberitahu oleh Nur. Sambil mengesatkan sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya, Aisyah menatapi surat tersebut. Dia melihat pada tulisan yang agak pudar warnanya. Seolah-olah seperti ada titisan air yang telah tertumpah padanya.

"Assalamualaikum..."

Suara Nur mengejutkan Aisyah dari lamunannya.

"Waalaikumsalam... Masuk."

"Ya Cik Aisyah. Cik Aisyah nak apa-apa ka?"

"Duduklah dulu. Saya memang nak sesuatu dari awak."

Nur menarik kerusi yang berada di hadapan meja Aisyah. Matanya terkebil-kebil melihat gelagat Aisyah yang langsung tidak melontarkan senyuman padanya. Dipandang Nur pada kertas yang terbentang di atas meja Aisyah. Dipandang pula dia wajah Aisyah yang agak suram umpama bunga kehilangan serinya.

Dia CintakuWhere stories live. Discover now