HARI itu adalah hari dimana Zafran dan Aisyah cuti. Jadi Zafran telah membawa Aisyah bersiar-siar sambil mencari barang keperluan mereka. Selalunya mereka akan ke pasaraya yang berada berhampiran dengan rumah Aisyah bagi mencari keperluan dapur. Namun hari itu sengaja Zafran membawanya ke pasaraya yang agak jauh dari rumahnya.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni? Kata nak pergi cari barang dapur."
"Nak pergi cari barang dapurlah ni. Tapi sebelum tu kita carilah dulu apa yang patut."
"Apa yang patut? Maksud awak?" Aisyah mengerutkan dahinya.
"Iyalah... Cari baju awak ka, seluar awak ka, barang keperluan peribadi awak ka."
"Barang keperluan peribadi saya ya. Urm... Baju? Dah banyak. Seluar? Pun dah banyak. Yang lain? Apa lagi eh? Urmm... Saya nak beli apa wak? Semua dah ada."
"Kita beli baju awaklah."
"Tak payah. Baju saya banyak dah dalam almari. Lagipun baju yang awak belikan bulan lepas pun saya tak pakai lagi. Tak payahlah membazir."
"Alah... Duit saya. Bukan duit awak."
"Memanglah duit awak. Tapi membazirkan tu kan bestfriend syaitan. Saya tak nak bakal suami saya ni kawan baik dengan syaitan."
"Habis tu kita nak pergi mana?"
"Kita pergi makan, lepas tu kita beli barang dapur, lepas tu kita balik. Lagipun Farah tak sihat. Jadi kesian dia sorang-sorang dekat rumah."
"Kata nak pergi tengok wayanglah, main bowlinglah. Tak jadilah ni?"
"Ehh... Bilanya saya kata nak pergi tu semua. Saya tak pernah cakap apa-apa pun. Awak yang rancang tak tanya orang dulu."
"Hurmmm... Takpalah... Saya main sorang-soranglah nampak gayanya." Zafran mengeluh kehampaan.
"Alalala... Merajuk... Tua-tua pun nak merajuk. Tak malu. Alah... Nanti-nantilah kita pergi. Kita pergi lain kali ya. Kesianlah dekat Farah."
"Ya.. Saya gurau ja lah. Haa... Nak makan mana ni?"
"Situ" Aisyah menunjuk jarinya ke arah restoran yang berada di hadapan mereka.
Jadi kereta Zafran berhenti berhampiran dengan restoran tersebut.
"Awak... Kedai emas tu ada buat jualanlah. Kita masuk nak?"
"Nak masuk buat apa?" Balas Aisyah tergamam.
"Iyalah... Kita kan nak kahwin nanti, jadi apa salahnya kalau beli siap-siap. Lagipun ada potongan 10 peratus tu."
"Awak.... Kita nak bernikah lambat lagi kan. Lagipun kita bertunang pun belum."
"Takpa... Kita cari siap-siap nanti senang. Lagipun saya rasa saya tak nak bertunang lama-lamalah. Kita tunang kejab, lepas tu kita nikah ja terus." Zafran tertawa galak.
"Ishhh.. Gatal sangat dah nak menikahlah ni. Ha yalah yalah. Kita singgah."
Zafran dan Aisyah menuju ke arah kedai emas yang dimaksudkan itu. Dilihat dan dibeleknya satu persatu cincin yang diberikan oleh pemilik kedai tersebut.
"Cantik kan yang ni?"
"Cantik... Tapi tak secantik orang yang memakainya." Balas Zafran sambil tersenyum manis.
"Yang ni berapa ya?" Tanya Aisyah kepada pemilik kedai.
"Kalau yang ini RM3000. Tapi sekarang kita ada buat jualan, kita akan bagi diskaun sebanyak 10 peratus. Jadi harganya RM2700 sahaja."
"Ohh... Ok ok. Urmm... Kalau yang bawah seribu ada tak?" Balas Aisyah.
"Ada. Cik boleh tengok dekat hujung sana." Beritahu pemilik kedai tersebut sambil menunjukkan jarinya ke arah meja kaca yang berada di penjuru kedai.
Aisyah menuju ke arah meja kaca yang menyimpan emas tersebut meninggalkan Zafran di belakang. Dia hanya membelek-belek cincin yang berada di hadapannya.
"Awak nak yang mana?" Soal Zafran sambil matanya memerhatikan cincin-cincin yang berada di dalam meja kaca tersebut.
"Urmmm... Saya ambil yang ni ja lah." Jawab Aisyah sambil menunjuk ke arah cincin yang berharga RM500.
"Yang tadi tu?"
"Tak payahlah. Mahal sangat. Lagipun membazir ja."
"Betul ni. Pasti?"
"Yep... Pasti."
"Kalau macam tu bagi sini cincin tu. Saya nak bayar."
Selesai saja membuat pembayaran, mereka berdua keluar menuju ke arah restoran yang berhampiran dengan kedai emas tersebut.
"Alamak awak!!! Saya tertinggal kad kredit saya dekat kedai emas tadi tu. Awak tunggu sini kejab ya. Saya nak pergi ambil. Awak tolong pesan Teh o Ais Lemon dekat saya ya."
"Aisyah.... Aisyah...."
Suara Farah mematikan lamunan Aisyah. Namun panggilan Farah tidak disahutnya. Kenangan di saat dia bersama Zafran membeli cincin untuk pernikahannya masih lagi terpahat sehingga ke detik ini. Matanya dari tadi hanya tertumpu pada sebentuk cincin yang diberikan Farah kepadanya tadi. Air matanya makin deras mengalir.
"Aisyah...."
Sekali lagi Farah memanggil namanya. Pintu biliknya yang tidak berkunci perlahan ditolak Farah. Perlahan Aisyah mengesat air mata yang membasahi pipinya. Dia cuba untuk menenangkan dirinya yang masih berada jauh di dalam lubuk kesedihan.
"Kau okay?" Tanya Farah.
Aisyah hanya berdiam diri. Matanya masih lagi tertumpu pada cincin yang berada tepat di hadapannya.
"Kau nak tahu tak Farah. Cincin ni, cincin yang aku suka. Tapi aku tak pilih cincin ni sebab mahal sangat. Tapi tak sangka cincin ni yang dia beli." Beritahu Aisyah sambil menyesat air matanya yang masih tidak berhenti.
"Jadi sekarang kau nak buat apa? Kau nak lepaskan Zaf dekat perempuan tu?" Tanya Farah.
"Entahlah Farah. Aku pun tak tahu nak buat lagi. Takkanlah aku nak rampas suami orang. Tapi... Aku sayangkan Zaf. Allah......."
"Aisyah... Kadang-kadang kita rasa apa yang kita nak tu baik untuk kita. Tapi sebenarnya tak. Mungkin yang kita nak tu hanya akan mendatangkan masalah dekat kita. Percayalah Aisyah. Apa yang terjadi ni pasti ada hikmahnya."
"Aku rasa aku nak berenti kerja. Aku nak balik kampung. Aku nak lupakan semuanya." Beritahu Aisyah dengan nada sayu.
"Apa pun keputusan kau, kau tanyalah Allah. Aku mungkin boleh bagi pendapat, tapi sebaiknya kau tanyalah Allah. Kau buat solat istiqarah banyak-banyak. Kau doa supaya Allah tunjukkan dekat kau jalan yang sepatutnya kau pilih. Sudahlah... Jangan lama-lama sangat bersedih. Nanti kalau kau sakit nanti kau juga yang susah. Aku tunggu kau dekat bawah. Kejab lagi kau turun makan ya."
Hanya tubuh dan jasad Aisyah yang berada di situ. Namun akalnya melayang terbang bersama lamunannya. Perlahan Farah bergerak meninggalkan Aisyah melayani perasaannya sendirian. Matanya masih lagi tidak berganjak dari memerhatikan cincin tersebut. Hatinya luluh dan hancur. Namun dalam masa yang sama sayang terhadap Zafran tidak dapat dia nafikan. Walaupun mulutnya kata benci, namun hatinya masih menyintai. Dia masih bercelaru dengan perasaannya sendiri. Kasih dan benci sedang berperang di dalam lubuk hatinya. Membuatkan dia berada di dalam dilema.
Sedang sibuk melayani perasaannya, tiba-tiba telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Aisyah mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam poket dan dibuka mesej tersebut.
"Aisyah..... Saya tahu apa yang saya buat tu salah. Saya tahu saya berdosa dekat awak. Saya juga tahu yang api kemarahan tak akan padam sampai bila-bila. Tapi untuk kali ni percayalah. Saya lakukannya bukan dengan kehendak saya. Saya terpaksa. Saya cuma nak awak tahu yang saya sangat cintakan awak dan saya akan cintakan awak sampai bila-bila. Maafkan salah dan silap saya. Semoga awak bahagia selamanya."
Mesej tersebut hanya dibacanya tanpa dibalas Aisyah. Dia membaringkan tubuhnya sambil melihat ke arah dinding langit melalui tingkap yang tidak ditutup jendela. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berserah padaNya.
'Bantulah aku ya Allah...........' Aisyah merintih sendirian.
Bersambung.......
YOU ARE READING
Dia Cintaku
RomanceKisah DIA CINTAKU merupakan kisah percintaan antara Aisyah dan Zafran yang berakhir dengan sebuah kedukaan di mana Aisyah telah mendapat tahu bahawa Zafran merupakan suami orang sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka. Namun, yang menjadi persoalan...