PART 9

35 4 0
                                    

AISYAH telah membuat keputusannya untuk menerima tawaran dari Dato' Ramli. Jadi selepas termetrai penjanjian antara dia dan Dato' Ramli, maka hari ini dia menjejakkan kakinya ke pejabat sebagai pengurus sementara syarikat. Walaupun hanya sebagai pengurus sementara, tetapi ia memberi makna buat dirinya kerana gajinya telah dinaikkan. Tambahan pula adiknya telah menerima tawaran kemasukkan ke universiti. Jadi ia sedikit sebanyak telah membantu keluarga Aisyah.

"Selamat pagi Cik Aisyah."

"Selamat pagi Nur."

"Cik Aisyah jangan lupa ya. Kejab lagi Cik Aisyah ada meeting dengan ahli lembaga pengarah bagi memperkenalkan Cik Aisyah kepada lembaga Pengarah dan membincangan perjalanan syarikat ni. Lepas tu petang ni Cik Aisyah ada meeting semua staf."

"Satu lagi Dato' pesan, kalau Cik Aisyah ada apa-apa yang Cik Aisyah tak tahu, Cik Aisyah boleh terus rujuk dengan Dato' sementara Dato' ada dekat pejabat sekarang ni." Sambung Nur lagi.

"Ok terima kasih Nur. Nanti kalau ada apa-apa lagi Nur bagi tahu saya ya."

Aisyah bergerak menuju ke arah bilik Zafran yang kini telah menjadi biliknya. Jika diikutkan dalam kertas perjanjian yang Dato' beri padanya, dia akan menguruskan syarikat dalam tempoh setahun setengah memandangkan Zafrel akan tamat ijazahnya setelah tempoh tersebut.

Tombol pintu bilik Zafran dipulas Aisyah. Perlahan pintu ditolak. Terlihat sebuah kotak berada bersebelahan dengan pintu bilik Zafran. Mungkin ia adalah barang-barang milik Zafran yang masih belum dibawa keluar. Aisyah bergerak menuju ke arah meja pejabat. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Lalu dengan tiba-tiba Aisyah terus meluru keluar.

"Nur... Nur boleh tolong saya tak?"

"Tolong apa Cik Aisyah?"

"Tolong saya turunkan gambar Tuan Zafran dekat dinding tu. Saya tak mampu nak angkat sorang-sorang."

"Eh! En Nazri belum turunkan ka gambar tu. Hari tu Dato suruh dia uruskan bilik Tuan Zafran."

"Belum lah tu. Nur bukan tak kenal Nazri tu macam mana. Buat kerja tak pernahnya nak habis."

"Takpalah... Nur tolong Cik Aisyah. Tapi kejab lagi boleh tak? Nur nak uruskan dokumen ni kejab. Sebab meeting dengan pengarah kejab lagi Dato' nak tengok."

"Ok... Nanti bila Nur dah tak sibuk, Nur datang bilik saya ya."

"Lagi satu Nur. Urmm... Staf yang lain pergi mana ya? Kenapa sunyi ja dari tadi."

"Aaa... Diorang.. Ada meeting dengan Dato' rasanya."

"Meeting? Meeting apa lagi? Kenapa saya tak tahu pun?"

"Ni meeting pasal peralihan kuasa dalam hal pengurusan syarikat. Lagipun Cik Aisyah ada meeting dengan pengarah-pengarah kejab lagi. Jadi sebab tu Cik Aisyah berkecuali."

"Ohh... Ok."

Aisyah kembali ke biliknya. Dia sebenarnya agak tidak selesa untuk duduk di kerusi tersebut. Bukanlah kerana kerusi yang ditempah dari luar negara itu tidak selesa. Tetapi kerana dia terpaksa berhadap dengan potret Zafran yang luas terbentang di hadapannya.

Aisyah cuba mengalihkan perhatiannya dengan menyibukkan dirinya. Namun sesekali dia terpandang ke arah potret tersebut, fikirannya terus melayang. Terbayang dia akan saat dirinya bersama Zafran. Datang bertalu-talu kenangannya bersama Zafran bagaikan peluru. Perlahan-lahan membunuh jiwanya yang rapuh. Walau sekuat manapun Aisyah cuba menepis ingatannya terhadap Zafran, akalnya tetap tidak mampu. Tiba-tiba juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya. Walaupun mulutnya kata benci, tetapi jauh di sudut hatinya, cinta itu masih mekar berseri.

Di dalam kesedihan yang sedang membedung jiwanya, persoalan tentang kemana Zafran datang mengusik. Hingga ke hari ini dia masih lagi tertanya-tanya kemanakah Zafran telah menghilangkan dirinya. Kenapa Zafran sampai sanggup meninggalkan kerjanya. Apa sebenarnya yang terjadi. Apakah disebabkan dia?

Sedang Aisyah sibuk melayani tanda tanya yang berlegar di kolam fikirannya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Assalamualaikum..." Perlahan pintu biliknya ditolak oleh Nur.

"Waalaikumsalam... Nur.. Nur dah siapkan kerja Nur?"

"Sudah... Hah, Cik Aisyah nak turunkan gambar yang ni ka?"

Aisyah tiba-tiba terdiam.

"Urmm... Takpalah Nur.. Biar ja lah dulu gambar tu dekat situ. Nanti Tuan Zafrel ambil alih syarikat ni, tukar ja dengan gambar Tuan Zafrel terus. Lagipun saya nak ingatkan diri saya, yang bilik ni bukan bilik saya."

"Betul ni Cik Aisyah tak nak turunkan gambar Tuan Zafran?"

"A'aa... Biar ja lah dekat situ dulu. Lagipun Tuan Zafran dah banyak berjasa dengan syarikat. Jadi, saya rasa tak pula sanggup nak turunkan gambar dia."

"Betul ni Cik Aisyah tak nak turunkan? Cik Aisyah tak takut?"

"Takut? Takut apa?" Aisyah terpinga-pinga tak keruan.

"Iyalah... Cik Aisyah tak takut ka kalau tiba-tiba Cik Aisyah rindu dekat Tuan Zafran?"

Kali ini Aisyah tersentap dengan apa yang keluar dari mulut Nur.

"Rindu? Aaa... Maksud Nur?"

"Macam ni lah Cik Aisyah. Biar saya berterus-terang ja dengan Cik Aisyah. Sebenarnya saya tahu apa hubungan Cik Aisyah dengan Tuan Zafran selama ni. Saya pun tahu apa yang berlaku antara Cik Aisyah dengan Tuan Zafran."

"Macam mana Nur boleh tahu?" Riak wajah Aisyah berubah.

"Cik Aisyah, saya kan setiausaha syarikat yang merangkap pembantu peribadi Tuan Zafran. Jadi setiap apa yang Tuan Zafran buat semua saya tahu. Cik Aisyah tak rasa hairan ka kenapa Dato' tiba-tiba cari Cik Aisyah dan tawarkan Cik Aisyah untuk jadi pengurus sementara syarikat?"

"Kenapa?"

"Semuanya sebab amanah Tuan Zafran sendiri. Dia tahu yang dia akan dipecat dengan tindakan dia. Jadi sebelum dia menghilangkan diri, dia ada datang pejabat untuk uruskan sisa-sisa kerja dia masih tidak siap sepenuhnya. Dia ada jumpa saya hari tu. Dia pesan dekat saya untuk saya cadangkan Cik Aisyah pada Dato' sebagai pengurus sementara syarikat. Tuan Zafran juga suruh saya pujuk Cik Aisyah kalau Cik Aisyah tak nak terima. Lagipun, dia tak nak Cik Aisyah berhenti kerja sebab dia."

"Dia ada datang pejabat?"

"A'aa... Tapi bukan waktu pejabat. Dia datang lepas waktu pejabat. Cik Aisyah pun kenal Tuan Zafran macam mana kan. Dia tak akan lepas tangan macam tu saja. Sebab tu peralihan kuasa untuk pengurus berjalan dengan lancar tanpa ada masalah. Tanpa ada masalah berkait dengan pengurusannya."

"Kali ini Aisyah tidak dapat menahan sebak yang menghimpit dadanya. Perlahan dia menundukkan kepala."

"Nur... Nur tahu Tuan Zafran dekat mana? Dia ada bagi tahu Nur tak?"

"Kalau yang itu Tuan Zafran tak bagi tahu dekat saya."

Aisyah hanya berdiam sepi. Lalu Nur merapatkan dirinya dengan Aisyah.

"Tapi Tuan Zafran minta saya sampaikan ni dekat Cik Aisyah." Beritahu Nur sambil menghulurkan sekeping surat kepada Aisyah.

Aisyah masih terbeku membisu. Nur meletakkan surat tersebut di atas meja Aisyah.

"Saya keluar dulu ya Cik Aisyah. Nanti kalau Cik Aisyah perlukan apa-apa, Cik Aisyah tekan ja butang nombor 3."

Nur bergerak keluar meninggalkan Aisyah keseorangan di dalam biliknya. Matanya dari tadi tidak beralih dari menatap potret Zafran. Sambil tangannya perlahan menggagau surat yang berada di atas meja tersebut.

Bersambung...

Dia CintakuWhere stories live. Discover now