TERDENGAR samar-samar suara manja Farah memberi salam. Lantas Aisyah mengesat air matanya yang dari tadi masih lagi tidak berhenti. Lauk yang dipanaskannya tadi tidak sedikitpun dia jamahi.
"Assalamualaikum....."
Aisyah menuju ke arah pintu utama rumah bagi menyambut kepulangan mereka berdua.
"Waalaikumsalam..." Jawab Aisyah bersuara serak basah.
"Aghhh..... Penatnyaa..." Keluh Zalikha.
"Korang kenapa lambat sangat balik? Selalunya sebelum magrib dah sampai rumah." Soal Aisyah bernada riang bagi menyembunyikan tangis kedukaan di hatinya.
"Ikalah... Nak cari barang itulah inilah. Itu yang lambat tu. Eh mata kau kenapa Aisyah? Kenapa aku tengok macam bengkak ja. Kau sakit mata ka?" Farah mencelah.
"Alahh... Bukan cari barang apa pun. Barang untuk majlis pertunangan kau nantilah. Kau kan nak bertunang bulan depan. Jadi aku kenalah cari barang make up sebab barang make up aku dah nak habis. Lagipun sekarang diorang tengah buat promosi. Jadi aku boronglah apa yang patut. Nanti nak make up kau juga kan. Aku pun nak juga bercantik masa kau bertunang nanti. Mana tahu kalau teman lelaki kau tu ada adik lelaki. Bolehlah jadi suami aku..." Celoteh Zalikha.
"Ehhh... Tak payah nak mengarut. Habis si Azman tu kau nak letak dekat mana? Sampuk Farah lagi.
"Alah... Azman tu bakal suami aku. Yang ni kekasih gelap aku." Zalikha tertawa besar.
"Amboi amboi amboi... Sejak bila pandai berkasih gelap-gelap ni. Kan nanti gelap masa depan kau kot."
"Alah orang gurau ja pun. Aku ni setia tau. Walaupun beribu yang datang, walaupun si Azman tak sekaya Zafran, tapi dia tetap selama lama lama lama lamanya di hati aku tau." Zalikha tersenyum riang.
Aisyah hanya terdiam kelu sambil menundukkan wajahnya. Soalan yang ditanya Farah tidak dijawab. Dia tidak mampu menahan air matanya itu. Sekali lagi ia deras mengalir keluar. Bagaikan kawanan burung yang terlepas dari sangkar.
"Aisyah... Kau kenapa ni? Kau ada masalah ka?" Soal Farah yang berada tepat di hadapan Aisyah.
"Kau sakit ka Aisyah?" Soal Zalikha kebingungan.
Aisyah tidak mampu untuk meluahkan walau sebaris kata. Hanya yang terluah darinya pada waktu itu hanyalah deraian air mata. Farah merapatkan dirinya lalu memeluk tubuh Aisyah. Erat pelukannya terus menerus cuba untuk menenangkan Aisyah. Sambil perlahan suaranya berulang-ulang menanyakan kenapa.
Lidah Aisyah masih lagi kelu untuk berkata-kata. Dia menangis teresak-esak bagaikan anak kecil. Zalikha merapatkan dirinya dengan Aisyah. Dia pula mengajukan soalan yang sama.
"Kenapa Aisyah? Kenapa?"
Perkataan yang keluar dari mulut Farah dan Zalikha yang ketika itu masih lagi bingung dengan apa yang terjadi.
"Zaf....." Jawab Aisyah dalam keadaan teresak-esak.
"Zaf??? Kenapa dengan Zaf? Dia sakit ka?" Sampuk Zalikha yang cuba untuk menghuraikan persoalan.
"Ishh kau ni Ika. Janganlah tanya soalan yang bukan-bukan. Dia tengah sedih kau tanya soalan macam tu." Marah Farah sambil mengusap-usap belakang Aisyah.
"Kau sabar ya Aisyah. Apa pun ujian yang kau sedang tempuhi, percayalah Allah takkan uji kalau kau tak mampu. Allah juga takkan bagi ujian dekat orang yang Dia benci. Dia nak naikkan darjatkan kau. Sebab tu Dia bagi ujian dekat kau." Pujuk Farah.
Aisyah cuba untuk meredakan tangisannya. Air matanya masih lagi mengalir. Namun perlahan dia bersuara membuka cerita.
"Sebenarnya... Zaf... Dia... Dia sebenarnya dah beristeri." Cerita Aisyah sambil mengesat air matanya.
"What!!!! Dia dah kahwin. Dengan siapa?" Celah Zalikha.
"Ikaaaa!!!.." Sekali lagi Farah bersuara keras sambil memandang tepat ke wajah Zalikha.
"Okay sorry. Aku cuma nak tahu ja. Tak salah kan." Balas Zalikha.
Perlahan Aisyah mengambil telefonnya. Dibuka pesanan ringkas yang diterimanya tengah hari tadi dan ditunjukkan kepada mereka berdua. Pesanan yang dia terima dari seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai isteri kepada Zafran. Dia juga menyisipkan beberapa keping foto Zafran bersamanya di dalam pesanan ringkas tersebut.
"Nah... Korang bacalah."
Farah hanya diam tergamam. Zalikha tidak mampu menahan segala persoalan yang menganggu akalnya. Lalu dia terus mengajukannya kepada Aisyah.
"Jadi kau dengan Zaf sekarang ni macam mana?" Soal Zalikha kepada Aisyah.
Aisyah tidak menjawab. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya sambil mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.
"Kau sabar ya Aisyah. Aku tahu kau kuat." Pujuk Farah.
"Tapi kan Aisyah......"
"Sudahlah Ika. Aisyah dah cukup serabut dah. Kau jangan tambah lagi serabut dia." Celah Farah mematikan ayat Zalikha.
"Kau mesti belum makan kan. Jom kita makan dulu. Tadi aku dengan Ika ada beli lauk. Kita makan sama-sama ya." Sambung Farah lagi.
"Takpalah... Aku tak ada selera. Dalam oven tu ada lauk yang aku beli tadi. Korang makanlah dulu. Aku nak naik solat Isyak kejab. Lagipun aku tak solat lagi."
Sambil mengeringkan air mata di pipi menggunakan lengan bajunya, perlahan Aisyah bangun menuju ke arah biliknya meninggalkan Farah dan Zalikha.
"Kesian dekat Aisyah kan Farah. Bulan depan nak bertunang, tapi tiba-tiba jadi macam ni." Bisik Zalikha.
"Itulah.. Mungkin bukan jodoh dia."
"Hurmm... Nasib baiklah encik jodoh aku tak macam tu."
"Ehh! Baik kau periksa betul-betul si Azman tu. Mana tahu kalau si Azman tu ada pasang dua ka?" Sakat Farah.
"Ehhh!!. Aku kenal sangat tau Azman tu. Dia takkan buat macam tu dekat aku. Dia sayang aku sorang ja tau."
"Ya lah tu. Habis yang mesej aku tiap-tiap malam ni Azman mana lak?"
"Kau jangan main-main Farah. Ni tak lawak tau."
"Haha... Tahu takut. Alah... Kalau ya pun apa salahnya kan. Kita jadi madu. Aku jadi bini muda. Kau jadi bini tua." Sakat Farah lagi.
"Ish taknak aku bermadu dengan kau. Tak sangguplah aku. Hari-hari nak hadap muka kau. Sudahlah kuat bebel. Herrrrr..."
"Apa? Kau ingat aku nak? Huh... Taknak aku si Azman tu. Bulat macam bola. Tapi kalau adik kau aku nak. Adik kau single lagi kan. Nanti bolehlah aku jadi adik ipar kau."
"Ehhhh... Takda! Takda! Takda! Dah! Kau jangan nak meroyan sangat. Aku dah lapar ni. Jomlah makan."
"Ya yaaa. Baik kakak iparku sayang." Jawab Farah sambil tersenyum kambing.
Tatkala mereka sedang bergurau senda di dapur, Aisyah masih berada di dalam biliknya. Masih lagi tidak berganjak dari tikar sejadahnya. Air matanya masih lagi mengalir sepi.
'Ya Allah... Jika ini yang kau tetapkan untukku. Aku redha ya Allah. Aku terima dengan hati terbuka. Namun kau berikanlah aku kekuatan untuk aku hadapinya. Kau bantulah aku untuk aku melupakan dia. Kau bantulah aku ya Allah.' Merintih Aisyah seorang diri.
Di saat jari yang terluka, maka mengalirlah darah keluar darinya. Ia terlihat nyata. Disapu ubat dan dibalutnya ia, maka lama kelamaan luka itu akan sembuh dengan sendirinya. Namun, hati yang terluka itu di mana darahnya? Di mana torehannya? Ia tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa. Maka apa ubatnya? Bagaimana nak merawatnya?
Jawapan itu hanya ada pada Dia. Hanya Dia sahaja yang mampu merawat luka yang bersembunyi di dalam jiwa. Dia sahaja yang mampu menyembuhkannya. Jadi, di saat hati kecil itu terluka, Aisyah tidak henti-henti merayu dan meminta. Sehingga akhirnya, dia terlena di atas tikar sejadah dan masih berbalut kain telekungnya.
Bersambung........
YOU ARE READING
Dia Cintaku
RomanceKisah DIA CINTAKU merupakan kisah percintaan antara Aisyah dan Zafran yang berakhir dengan sebuah kedukaan di mana Aisyah telah mendapat tahu bahawa Zafran merupakan suami orang sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka. Namun, yang menjadi persoalan...