PART 11

34 3 0
                                    

MAKA selesai sudah kedua-dua mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat bersama ahli pengarah sangat mendebarkan. Selama dia bekerja di situ, itulah kali pertama dia berurusan dengan ahli lembaga pengarah.

Berbeza dengan mesyuarat bersama staf syarikat. Mesyuarat tersebut lebih santai jika nak dibandingkan dengan mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah.

"Tahniah Cik Aisyah."

"Tahniah Cik Aisyah."

"Tahniah Aisyah."

"Wahh... Nampaknya lepas ni aku tak boleh lagilah nak bergurau senda dengan kau. Iyalah dah jadi bos baru kan." Sakat Nazri.

"Lepas ni kalau kau buat kerja main-main, aku potong gaji kau." Gurau Aisyah.

"Ehh janganlah macam tu. Aku ada isteri tau. Lainlah kalau kau nak jadi isteri nombor 2 aku. Kalau kau jadi isteri aku nombor 2, bukan setakat potong, seluruh aku gaji aku, aku bagi dekat kau." Nazri ketawa besar dapat menyakat Aisyah.

"Amboiii.. Seronoknya kau. Aku report dekat isteri kau baru kau tahu."

"Hah, Cik Aisyah. Ni dokumen minit mesyuarat hari ini. Nanti Cik Aisyah buat pengesahan ya. Lagi satu, barang-barang Tuan Zafran dalam bilik Cik Aisyah tu macam mana?" Celah Nur.

"Ehh... Kau nak pergi mana tu Nazri? Bukan Dato' suruh kau uruskan ka?"

"Ya... Ya... Kejab lagi aku angkat bawa keluar. Aku nak minun petang kejab. Dengar kau bebel panjang dalam meeting tadi buat aku laparlah. Lagipun aku tak makan lagi dari tadi ni. Jomlah belanja aku makan. Kau kan dah jadi bos sekarang."

"Eh banyaklah kau punya bos. Aku pengurus sementara ja. Nanti anak Dato' dah habis belajar, aku kena serah balik jawatan aku ni. Ha, kau pergilah. Tapi jangan mengulat lama sangat. Kalau tak aku potong gaji kau."

"Iya iyaaa... Lagipun aku pergi dekat Kafe bawah ni ja."

Nazri berlalu pergi manakala Aisyah pula kembali ke biliknya.

"Zafran Zafran.. Kemanalah kau pergi." Aisyah bermonolog sambil matanya merenung tepat ke arah potret Zafran.

Aisyah mengalihkan perhatiannya ke arah kabinet kaca dan sofa yang berada di penjuru bilik Zafran. Fikirannya terus dibuai oleh kenangan lalu.

"Bulan ni saya tak nampak apa-apa perubahan lagi. Jadi bulan ni saya tak akan bayar gaji awak satu sen pun." Beritahu Zafran yang pada waktu itu sedang menyandar di sofa tersebut.

"Eh tak bolehlah macam tu Tuan. Saya dah buat banyak perubahan dari segi pemasaran. Kalau Tuan tak percaya Tuan boleh rujuk semula kertas kerja saya. Semua saya rekod dalam tu. Lagipun Tuan sendiri perasan kan perubahan dalam keluk pemasaran syarikat meningkat sebanyak 5 peratus berbanding bulan lepas."

"Awak rasa peningkatan 5 peratus tu cukup ka nak bayar gaji awak?"

"Tapi Tuan..."

"Tak ada tapi tapi... Lagipun awak sendiri yang terima syarat yang saya letakkan. Awak sendiri yang tanda tangan perjanjian tu. Jadi, jangan salahkan saya."

Aisyah terus berlalu pergi meninggal Zafran tanpa sepatah kata. Hatinya menyumpah-nyumpah dirinya sendiri kerana telah memilih untuk melakukan praktikal di situ.

"Huh... Sudahlah sombong. Kedekut pulak tu. Menyesal aku praktikal dekat sini. Tapi macam mana ni. Rumah sewa nak kena bayar. Duit nak makan lagi. Makan dah lah mahal. Aduhh..." Keluh Aisyah sendirian.

"Hai Cik Aisyah. Gaji dah masuk pun kerut seribu lagi dahi tu."

"Masuk apanya Nur. Hurmm...."

"Eh... Tak masuk lagi ka? Rasanya tadi Tuan Zafran dah sahkan. Nama Aisyah sekali pun ada tadi. Saya yang serahkan dokumen pengesahan tu pada akauntan."

Dia CintakuWhere stories live. Discover now