PART 7

41 3 0
                                    

PINTU kayu bilik Dato' Ramli yang dicacah dengan ukiran melayu lama itu perlahan diketuk Aisyah.

"Ya masuk." Suara Dato' Ramli samar-samar kedengaran.

Perlahan pintu bilik Dato' Ramli ditolak Aisyah. Berdegup kencang jantungnya bagaikan hendak meletup. Entah kenapalah tiba-tiba saja Dato' Ramli ingin berjumpa dengannya.

"Assalamualaikum..." Perlahan Aisyah memberi salam.

"Walaikumsalam... Ya Aisyah. Silakan masuk."

"Dato' nak jumpa saya ka?"

"Ya.. Silakan duduk. Saya sebenarnya ada perkara penting yang perlu saya bincangkan dengan awak."

Aisyah menarik kerusi yang berada di hadapan Dato' Ramli lalu melabuhkan punggungnya. Mata dan telinganya hanya tertumpu pada perkataan yang keluar dari mulut Dato' Ramli.

"Macam ni lah. Lebih baik saya berterus terang dengan awak. Sebenarnya Zafran tak lagi menguruskan syarikat ini. Jadi sekarang syarikat ini perlukan seorang pengurus sementara memandangkan anak saya Zafrel masih lagi belajar. Kalau awak bersetuju, saya akan naikkan pangkat awak sebagai pengurus sementara syarikat. Saya akan naikkan juga gaji awak dan awak jangan risau, gaji yang saya naikkan tu akan kekal walaupun selepas anak saya Zafrel mengambil alih syarikat ini."

"Tapi kenapa Tuan Zafran tak uruskan syarikat ni lagi Dato'? Dia pergi mana?" Soal Aisyah dengan wajah terkejut.

"Soal Zafran tu awak tak perlu nak ambil peduli. Dia sendiri yang tak mahu uruskan syarikat ni lagi. Sekarang saya perlukan jawapan awak secepat mungkin. Sebab hujung bulan ni saya perlu ke Brunei selama 2 minggu. Jadi saya perlukan jawapan segera."

"Baiklah Dato'... Nanti saya akan maklumkan dekat Dato'."

"Baiklah... Itu saja. Awak boleh balik ke bilik awak."

"Kejab... Saya ada satu lagi nak tanya awak."

Langkah Aisyah terhenti.

"Awak ada tahu tak Zafran ke mana? Sebab saya dapat info yang awak rapat dengan Zafran."

Aisyah tercengang dengan soalan yang keluar dari mulut Dato'. Berderau darahnya entah tidak tahu kenapa. Selama mereka bercinta, tidak ada siapa pun tahu hubungan mereka. Ianya kerana Aisyah sendiri yang tidak mahu hubungan mereka diketahui oleh orang lain sebelum mereka mempunyai ikatan yang sah. Aisyah tidak mahu hubungan dia dengan Zafran menjadi jurang antara dia dengan staf yang lain.

"Urmm... Saya pun tak tahu Dato'. Dia tak ada pula bagitau saya apa-apa." Jawab Aisyah dalam keadaan berpura-pura tenang.

Aisyah melangkah keluar dari bilik Dato' Ramli. Dia sebenarnya celaru dengan perasaan sendiri. Adakah dia perlu gembira atas kenaikan pangkat dan gaji tersebut atau perlu berduka.

Surat berhenti kerja diletakkan di atas mejanya. 10 minit berada di hadapan mejanya tanpa melakukan apa-apa. Diperhatikan Aisyah surat tersebut tanpa menoleh ke arah lain. Diambilnya, lalu diletakkan semula. Awal niatnya adalah untuk berhenti kerja kerana tidak sanggup berhadap wajah dengan Zafran setiap hari. Namun apa yang terjadi, adalah sebaliknya. Dia malah dipelawa untuk dinaikkan pangkat dan gaji.

"Hai Aisyah... Eh bukan awak tengah cuti lagi ka?" Sapa Nazri yang merupakan rakan sepejabat Aisyah.

"A'aa.. Aku datang pun sebab ada urusan sikit."

"Hah! Kau dah tahu ke belum Tuan Zafran kena pecat?"

"Dah... Dato' bagitau aku tadi. Tapi kenapa ya Tuan Zafran kena pecat?"

"Kau tak tahu ka? Tuan Zafran dah hilang tak dapat dikesan. Sampai Dato' sendiri pun tak tahu dia kemana. Tapi tak tahulah kenapa meeting semalam reaksi Dato' macam marah sangat dengan Tuan Zafran. Ni pun aku baru selesai kemas bilik dia. Dato' kata nak cari pengurus sementara untuk ganti tempat Tuan Zafran. Sebab nanti anak dia si Zafrel tu akan ambil alih syarikat ni."

"Kau pernah jumpa ka si Zafrel tu?"

"Tak.. Aku tahu pun sebab Dato' yang bagi tahu dalam meeting tergempar semalam. Tapi kan Aisyah. Dato' jumpa kau buat apa ya?"

"Aa.. Takda apa pun. Ada urusan sikit. Hah, aku nak kena balik ni. Esok aku masuk kerja kita sembang lagi ya."

Bergegas Aisyah bergerak meninggalkan Nazri bagi mengelak untuk menjawab persoalannya. Bukannya apa, dia cuma tidak mahu ia menjadi perbualan rakan sepejabatnya yang lain. Lagipun, tidak semua di pejabatnya itu bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Tambah bila dapat tahu dia ditawarkan untuk menjadi pengurus sementara syarikat. Pasti ada memandang sinis padanya. Entah, mungkin lumrah manusia agaknya. Tidak boleh ikut senang bila orang senang. Hatinya pasti saja ingin berperang. Sentiasa tidak bersyukur pada apa yang dia ada dan tidak berpuas hati pada orang yang memilikinya.

Aisyah pulang dalam keadaan dilema. Dilema dalam membuat sebuah keputusan yang bakal mengubah hidupnya. Termenung dia sendirian di atas katil memikirkan hal tersebut. Apakah dia perlu memenuhi hajat Dato' yang inginkan dia menjadi pengurus sementara syarikat, ataupun untuk memenuhi hajat hatinya sendiri. Jika diikutkan hati, memang hendak saja dia serahkan surat tersebut kepada Dato'. Tapi tidak tahu kenapa tubuhnya seolah-olah kaku apabila berhadapan dengan Dato'. Lidahnya jadi kelu.

Dia membelek-belek sampul surat berhenti kerja yang diletak di atas katil berhadapan dengannya. Dikeluarkan surat yang berada di dalamnya. Diperhatikan semula susanan bahasanya supaya tidak ada kesilapan mengeja. Lalu diletakkan semula di atas katil di atas sampul surat tersebut.

"Kau menung apa tu?" Sapa Farah yang kebetulan lalu di hadapan biliknya.

Bilik yang pintunya tidak bertutup itu dimasuki Farah. Lalu Farah melabuhkan punggungnya di bucu katil menghadap ke arah Aisyah.

"Surat apa tu?"

"Surat berhenti kerja." Perlahan Aisyah bangun bersila dan mengalihkan badannya ke arah Farah.

"Kau yakin dengan keputusan kau?"

"Entahlah Farah. Aku pun tak tahu apa aku nak buat. Aku buntu Farah. Aku nak berhenti kerja sebab aku tak mampu nak berhadapan dengan Zafran. Tapi apa yang terjadi sebaliknya."

"Sebaliknya? Maksud kau?" Soal Farah kebingungan.

"Zafran dah tak lagi menguruskan syarikat dan tak ada siapa pun tahu kemana dia pergi. Sekarang, Dato' tawarkan aku untuk jadi pengurus sementara syarikat sebelum anak dia Zafrel ambil alih syarikat."

"Jadi apa keputusan kau? Kau tetap nak berhenti juga?"

"Entahlah Farah. Sekarang aku pun tak tahu nak buat apa."

"Macam ni lah. Apa kata kau buat solat istiqarah. Kau tanya Allah macam mana nak buat. In Syaa Allah... Aku yakin kau pasti akan dapat jawapan yang terbaik dalam hidup kau."

"Yalah.. Betul apa yang kau kata tu Farah. Mungkin aku patut mendahulukan buat solat istiqarah banyak-banyak. Lagipun aku memang betul-betul tak tahu nak buat apa lagi dah."

"Tapi sekarang kau tak perlu buat apa-apa lagi... Kau dah makan ka belum ni?"

"Belum lagi."

"Kalau macam tu, kau lupakan dulu masalah kau ni, kita turun makan dulu. Lepas perut dah kenyang, baru kau fikir semula masalah kau ni. Sudah... Jom turun."

Aisyah mengambil surat tersebut dan diletaknya di atas meja bersebelahan katilnya. Lalu mereka berdua menuju ke arah dapur bagi mengisi perut mereka yang menjerit kelaparan.

Bersambung.....

Dia CintakuWhere stories live. Discover now