han seol
aku bangun awal dan bersiap untuk ke tempat kerja yang baru. tempat kerja baru, hidup baru. new life style.
aku ke tempat kerja dengan berjalan kaki sebab jarak bilik sewa dengan restoran tu pun tak la jauh mana, setakat kaki aku boleh bertahan lagi tu okey la.
aku masuk ke restoran itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. ele kat pintu ni kalau orang bukak pintu pun boleh dengar bunyi loceng so buat apa nak ketuk. ah lantakla kalau mamat tu tengah buat apa pun.
suruh orang datang awal lagi.
aku intai kiri kanan restoran tu, takde orang. ceh cakap je lebih. tengok tengok aku jugak yang sampai dulu.
"awal sampai" tegur chef semalam. dia baru je turun tangga. mungkin bilik dia kat tingkat atas.
"ye la chef suruh saya sampai awal semalam. saya datang la awal"
"ANNYEONGHASEYOOO" pintu dikuak dan beberapa orang lelaki datang dengan senyuman.
k aku tak kenal dan ini betul betul buat rasa awkward. sape dorang ni? langkah dorang pun terhenti dan pandang aku pelik.
"ni pekerja baru kita" chef yang aku tak tau nama dia tu memperkenalkan aku kepada 4 orang lelaki tu.
aku menunduk mesra. mungkin ni pekerja pekerja dekat sini.
"annyeonghaseyo, saya han seol. selamat berkenalan"
"wahhhh ada pekerja baruuu" sorang tu melompat lompat.
lagi sorang berjoget joget. yang lagi sorang tu tercegat je dan satu satunya yang senyum kat aku ialah lelaki yang pakai baju hitam.
memang pekerja pekerja kat sini pelik pelik eh?
"okey semua dah boleh ready untuk masuk dapur" arahan daripada chef telah diberikan.
aku mana pernah kerja kat restoran macam ni, jadi aku memang tak tau mana nak pergi.
seseorang menahan lengan aku dan buatkan aku berpaling.
"biar saya tunjukkan awak tempat ni" dia senyum mesra, lelaki yang berbaju hitam tadi.
"eh takpe la, susah awak je. baik awak pergi kerja"
"mana ada. ni arahan chef, saya kena ikut"
"kalau macam tu..." aku mengangguk tanda setuju.
pekerja kat sini boleh tahan la hensem. tapi kalau nak dibandingkan dengan chef dia, ehem chef dia lebih sikit la.
ingat sunwoo la seol, ingat sunwoo.
kau kalau tak menggatal tak sah kan?
-
semakin hari aku menjadi semakin rapat dengan chef yang aku pun tak pasti nama dia tapi sejak semalam aku dah dapat padamkan ke'confuse'an aku terhadap nama dia. dulu aku ingatkan nama dia mihun, pelik la jugak.
rupanya minhyun.
tapi hubungan aku takde la baik mana pun dengan dia. aku rasa aku je kot yang terlebih perasan bila dia ajar aku something contohnya macam mana nak potong sayur. belajar tentang satu masakan tu atau beberapa teknik. bagi aku dia ni macam heartless sikit tapi caring ha camtu ah.
YOU ARE READING
fake love ; hwangminhyun
Fanfictionstatus 》 completed "loving you is hard but i won't never regret it" - han seol •geumvengers-2019