fifteen

202 21 0
                                    

aku termenung memandang keluar tingkap, tak sedar yang dah sampai depan rumah. suara lembut chef menyedarkan aku kepada realiti.

"seol, dah sampai ni. taknak keluar ke?" walaupun cara dia bercakap dengan aku masih agak sinis, tapi bersyukurlah yang dia nak bertanggungjawab atas segalanya.

dan aku harap dia bertanggungjawab untuk perasaan aku yang makin subur untuk dia :")

"o- oh. terima kasih hantar saya balik" aku membuka tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta untuk keluar.

"kalau ada apa apa, call je aku"

aku menutup pintu kereta seusai turun dari keretanya.

"takde apa kot rasanya. chef baliklah, hari makin lewat nanti"

dia mengangguk dengan wajah tanpa senyuman dia. tetap handsome jugak. dia ni sebenarnya rela ke tak nak kahwin dengan aku? haih banyaknya persoalan dalam kepala aku ni.

"elok elok"

"okey"

beberapa saat selepas itu, keretanya mula berlalu pergi. aku menolak rambut ke belakang telinga sebelum mengeluh perlahan. kemudian aku berpusing untuk masuk ke rumah. beberapa langkah sebelum sampai ke pintu, ada suara menyapa aku dari belakang.

"han seol"

segera aku berpusing. apa lagi yang dia nak?

"nak apa?"

"awak dah jatuh hati dengan dia kan?"

"takde kena mengena dengan kau"

"saya tak tahu berapa kali saya patut terangkan tapi tolonglah han seol. kalini, berikan saya peluang. percayakan saya. saya tak buat benda macam tu seol! awak kenal saya. 4 tahun kita kenal seol! masa tu cukup untuk awak betul betul kenal saya" walaupun dalam sinar lampu malam yang samar samar, aku nampak air matanya mengalir di pipi.

"benda dah lepas pun kan rowoon? ye aku mengaku aku memang betul betul marahkan kau, tapi dah takde guna kalau aku nak marah kau lebih lebih. cukuplah sebelum ni. aku dah lama lepaskan kau pergi. pergilah kepada sejeong. dia berhak dapatkan kasih sayang kau lebih daripada aku. aku ni hanyalah perempuan yang kau kutip 4 tahun lepas. aku bukan sesiapa pun, rowoon. lagipun aku bakal berkahwin"

riak wajahnya terus bertukar. dia kerling jari aku. lalu dia tersenyum sinis sambil mendongak ke langit. seketika kemudian, dia memandang aku semula.

"cincin tu.. dia punya la tu? awak terima? awak betul cintakan dia?"

aku.. tak pasti nak jawab apa sebenarnya.

"jawab han seol. betul ke awak cintakan dia? macam tu je awak ubah perasaan awak?" dia memegang kedua dua bahu aku lalu dia goncangkan bahu aku.

dalam masa satu saat, tubuh rowoon terus ke belakang dek ditolak seseorang. pinggang aku juga ditarik rapat dengan tubuhnya. mulut aku melopong pandang orang tu.

chef—

kenapa dia datang balik sini? bukan dia dah balik ke?

"che- chef—"

"jangan kacau dan jangan berani kau sentuh han seol aku"

han seol aku..?

JANTUNG AKU SKSKSK.

"why should i? i know her better than you"

"tak bermaksud kau patut kacau hak orang lain. kau dah lepaskan dia lama, and now dia ialah hak aku. kau tak berhak kacau hubungan kitorang"

"baliklah rowoon. jangan buat kecoh dekat sini" aku menyelit untuk meredakan kekacauan yang ada.

"seol, benarkan saya bincang dengan awak seol. saya merayu" rowoon menarik tangan kiri aku dan memegangnya dengan kedua dua belah tangan.

fake love ; hwangminhyunWhere stories live. Discover now