thirteen

214 21 0
                                    

"kau mengandung ke?"

soalan chef buatkan aku terdiam. aku.. tak tahu nak balas apa.

"seol. ni oppa dah jumpa"

soalan chef tadi aku biarkan tak berjawab. harapnya takde siapa la yang dengar. yang dia ni pun satu, macam mana la boleh tanya macam tu kat aku.

jihoon menghulurkan aku sebotol minyak angin. aku sambut dan buka penutup sebelum tuangkan minyak pada tangan untuk disapukan pada dahi.

"asal bau minyak angin ni?" daehwi masuk ke dalam dapur dengan gaya yang terhidu hidu mencari punca bau tu.

"ehh han seol okey takkk? pucat je ni" woojin datang dengan muka risau dia.

"okey je lah. sikit je ni" aku cuma tayang senyuman kelat. tak larat nak senyum sebenarnya.

"ehem. aku nak pergi beli barang so siapa nak ikut?" ajak chef. aku buat tak tahu je. tak larat nak ikut.

"sayaaa!" guanlin mengangkat tangan laju laju.

"taknaklah. kau jaga kedai. han seol, ikut aku"

dia tahu aku tak larat lepastu paksa ikut dia pulak?

"tapi seol macam tak sihat je chef" terima kasihla daehwi kerana membackup aku.

"dah kalau dia tak sihat lepastu kita tinggalkan dia kat sini, kau rasa dia larat ke nak jaga kedai?"

"haah kan"

wah kenapa la dia boleh bagi alasan yang kukuh.

"seol, ikut aku sekarang. aku bagi 3 minit je"

"chef! 10 minit.. boleh?"

"cepat sikit"

haih kenapa la aku jugak yang dipilihnya?

-

aku hanya diam sepanjang perjalanan. entah kenapa, rasa mual aku hilang tiba tiba bila dengan dia.

"pening lagi ke?"

"kurang"

aku tengok jalan yang kami lalui ni lain. biasanya dia beli barang dekat pasar sana, kenapa lalu tempat lain ni?

"chef nak pergi mana sebenarnya ni?"

elok habis aku tuturkan soalan, dia membelokkan kereta ke perkarangan hospital.

apa pulak dahhh.

"kita pergi hospital buat apa?" polosnya aku bertanya.

"kau tak sihat kan?"

ke dia takut aku mengandung? macam tu?

aku teringat semula keputusan yang aku dapat tadi. dua line.. maksudnya... ya tuhan apa yang aku dah buat ni?

sebenarnya 10 minit yang aku mintak tu aku pergi tandas dulu. pengesan kehamilan tu memang aku spare dalam beg sebab period aku dah lama tak datang, last pun sebelum aku duduk rumah dia.

kalau dia bawak aku pergi hospital, memang dapat tahulah pasal result tu. aku kalau boleh taknaklah dia tahu. biarlah aku sorang je yang tahu aku tengah mengandung-

cam perempuan bodoh je aku ni.

"chef tak payahla buat macam ni. saya boleh pergi sendiri"

"kalau aku nak harap kau pergi sendiri, alamatnya memang tak la"

sudahnya, aku terperangkap. tak tahu nak bagi alasan apa lagi.

-

"chef duduk luar je la"

fake love ; hwangminhyunWhere stories live. Discover now