twenty two

231 24 5
                                    

"macam mana kau tahu rumah aku ni? apa kau buat kat sini?" soal sejeong dengan tangan yang bersilang di dada.

"aku nak tumpang duduk rumah kau buat beberapa hari ni boleh?" dengan muka yang aku cuba tebalkan, aku menyoal.

"kenapa? dah takde dah suami yang kau sayang sangat tu huh?"

perlahan aku mendekati sejeong, tubuhnya aku peluk erat. bahu ni yang pernah dipinjamkan pada aku, sampai suatu ketika aku lupakan jasa bahu ni. badan sejeong jadi keras, mungkin tak sangka aku akan peluk dia.

"aku rindu kita yang dulu, sejeong. aku rindu kau. aku tahu aku jahat sebab bila ada masalah baru teringat kat kau. tapi aku dah tak tertanggung sakit ni dah. aku baru kahwin sebulan tapi dah nak bercerai. apa yang dah jadi dengan hidup aku ni?"

lantas tubuh aku ditolak perlahan. bahu aku dipegang erat sejeong. mata aku dipandang tepat olehnya.

"apa kau cakap tadi? kau nak bercerai?"

aku mengangguk lemah. rasanya cukuplah anggukan tu membayangkan yang aku memang dah tak berdaya lagi nak harungi semua masalah ni.

"kau diceraikan baru je lepas keguguran? kau kahwin dengan lelaki jenis apa ni?"

"bukan dia yang ceraikan aku, sejeong. aku yang mintak cerai dengan dia. aku yang banyak masalah dalam hubungan kami. lagipun mak dia tak sukakan aku pun. aku ni sendiri pun tak tahu keturunan mana, masakan mak dia nak terima aku yang tak tahu status diri ni?" aku tersenyum nipis, cuba untuk meringankan sedikit beban di dada.

"kau dah banyak menderita, seol. maafkan aku sebab aku layan kau buruk sejak dua menjak ni. aku- aku tak sangka yang kau dah menderita sebanyak ni. aku patutnya bantu kau- tapi- tapi—"

"dahla. takde apa yang kau salah. tu semua balasan untuk aku sebab tuduh kau macam macam. salah aku sendiri, sejeong. dah ditakdirkan nasib aku macam ni, aku tak boleh nak buat apa. yang penting, aku nak hubungan kita jadi macam dulu, bolehkan?"

sejeong tersenyum nipis seraya mengangguk kecil. tangannya menggenggam tangan aku. sekurang kurangnya ada orang yang masih nak berada di sisi aku dalam waktu macam ni.

-
no one

album yang menempatkan gambar gambar gayoung diselak perlahan lahan. terbit senyuman di bibirnya. anaknya yang bongsu itu, entah di mana keberadaannya sekarang.

bunyi pintu dibuka menyebabkan dia mengangkat kepala memandang gaeun yang baru masuk ke dalam rumah. mukanya nampak seperti jasad sahaja berada di situ, namun rohnya entah ke mana.

"gaeun, okey tak ni?"

gaeun tersentak. baru tersedar yang dia sudah berada di dalam rumah. senyuman dihadiahkan buat ibunya. kaki melangkah mendekati wanita separuh abad tersebut.

"omma buat apa tu? tengok gambar gayoung lagi ke?"

"hmm. nak tengok gayoung yang dah besar, tak dapat. mampu tengok ni je la"

senyuman gaeun makin pudar. dia menggigit bibirnya, teragak agak nak cakap sesuatu.

omma dah pernah jumpa dia, omma.

"gaeun nak cakap apa? cakaplah. omma dengar"

"macam mana kalau gaeun kata gaeun dah jumpa gayoung?"

tangan ibunya yang tadi ligat menyelak helaian demi helaian terhenti. matanya kaku memandang wajah gaeun.

"mana dia sekarang? macam mana dia? sihat? omma nak jumpa dia, gaeun" tangan gaeun diraih.

fake love ; hwangminhyunWhere stories live. Discover now