"jangan suruh saya balik kalau sebab perempuan ni"
"gayoung.. jom ikut eonnie balik. omma rindu gayoung sangat" lirih suara gaeun. tangannya cuba mencapai tangan seol, namun seol cepat menarik semula tangannya.
mustahil. mustahil gaeun ialah darah dagingnya!
"siapa gayoung? saya tak kenal dia dan jangan panggil saya dengan nama tu. saya tak suka!"
"awak tu gayoung.. lee gayoung. tak ingat ke?"
seol tersenyum sinis. lepas dah puas hina dia, tiba tiba nak kata dia ni darah daging dorang? nonsense!
"saya hanyalah han seol yang awak dan mak awak hina tentang kehidupan saya. mustahil untuk saya jadi adik awak"
"eonnie tahu eonnie salah, gayoung. memang eonnie jahat. tapi kalau kami tahu gayoung ialah seol, percayalah, kami takkan cakap macam tu"
"oh kalau orang lain boleh la korang hina sesuka hati? sorryla, tapi dah salah orang ni. malangnya saya ni han seol" sengaja ditekankan sebutan han seol.
tiba tiba gaeun menarik lengan aku pantas. tak sempat dia nak bagi reaksi.
"parut ni. gayoung ada parut ni. gayoung jatuh basikal dulu"
seol menarik semula lengannya. rasa tak selesa bila parutnya didedahkan.
"semua orang boleh ada parut macam ni, awak. tolongla kembali kepada realiti, saya memang bukan adik awak"
"baliklah, seol.. eonnie merayu.. kalau bukan sebab eonnie, tolonglah buat untuk omma. dia rindukan seol sangat"
"kalau betul dia omma saya, dia akan muncul depan mata saya sendiri. bukan dengan cara ni" lantas, seol menghiraukan mereka berdua. kaki laju melangkah meninggalkan kawasan itu. jiwanya rapuh, mudah goyah bila terima berita sebegini.
mustahil.. mustahil aku dah jumpa keluarga aku semula!
-
sejeong memegang dahi seol yang sedang nyenyak tidur. sudah dikejut beberapa kali, masih juga tak bangun. bibirnya kering, pucat je muka.
"panasnya badan kau ni, seol. kau pergi mana semalam ni? pergi mahkamah je kan? naik risau aku dengan kau ni tau" sejeong bangun dari tilam, bangun untuk mengambil air dan tuala.
"sejeong.." tangan sejeong dipegang perlahan.
"bila masa pulak kau bangun ni?"
"nak air.."
"hah kejap kejap! aku pergi ambik kejap" berkejaran sejeong ke dapur.
seol memusingkan tubuhnya ke kanan. badannya sakit sakit, sah demam dah ni. telefonnya sudah dimatikan sejak semalam. tak putus putus minhyun memberi mesej. tak habis dengan tu, nombor yang tak dikenali juga memenuhi ruangan mesej. dia pasti, tu daripada gaeun. terus dia matikan telefon, mengganggu je!
"nah air. minum perlahan lahan" sejeong menghulurkan cawan berisi air kepada seol selepas membantu seol duduk.
"macam mana kau boleh demam tiba tiba ni weh? terkejut sangat ke yang kau dah nak bercerai dengan minhyun?"
YOU ARE READING
fake love ; hwangminhyun
Fanfictionstatus 》 completed "loving you is hard but i won't never regret it" - han seol •geumvengers-2019