Setelah menghantar kekasihnya, Fairil terus pulang kerumah tanpa mengesyaki apa-apa yang berlaku di sana. Namun apabila sampai sahaja di tempat letak kereta kelihatan beberapa buah kereta yang sedikit banyak dari hari-hari yang biasa.
"Siapa pula yang berdatang ke rumah Mummy ni sampai takda tempat letak kereta nak disimpan.? Tempat letak kereta aku pun diambilnya sekali... Haih!" bisiknya secara bersendirian sambil memandang tempat kereta dengan sedikit kemarahan dan keluhan kerana tiada langsung tempat yang ingin meletakkan keretanya.Namun malangnya tiada....
Dia terus masuk ke rumah meninggalkan kereta diluar sementara waktu.....
Tiba -tiba
"Haaa!!!!! Baru pulang kim, berapa kali mummy pesan jangan sesekali pergi jumpa dia!tapi kim tetap jumpa dia.!! "sergah Tengku Anis apabila melihat sianak pulang ke rumah dengan selamat tetapi terselit kerisauan sekiranya fairil masuk ke dalam rumah nanti. Suasana pasti tegang,dia tidak mampu tenangkan mereka kerana kedua-duanya sangatlah degil dan kepala batu ya amat.
"Assalamualaikum, mummy. Cubalah bagi kim masuk dulu, janganlah dimarah di luar. Hish mummy ni. "tegur fairil dengan keletah mummynya namun dia buat endah tak endah akan soalan mummynya..
"Eh,mummy. Ada orang datang ke my ke my ada buat jamuan." tanya dia dengan tanda tanya bila melihat kasut yang banyak.
"Haih, kamu ni. Cubalah bagi mummy jawapan dulu. Kim! Kim! Tu kawan daddy kamu datang nak bincang tentang perkahwinan kamu dengan anak kawan daddy tu" balas Tengku anis dengan sedikit rasa was was apabila melihat muka anaknya macam ingin melepaskan api dari lubang yang panas.
"What!!! KAWIN DENGAN ANAK KAWAN Daddy!!!!! Aduh my, janganlah dibuat main. Kim takleh hidup tanpa Aina my. Jangan buat kim camni my. " terkejut fairil akan kata-kata mummy nya tentang perancangan daddynya. Apa yang buat daddynya suka ikut hati dan kepalanya tanpa tanya pendapat dia...
"Mummy tak nak bantu kamu,Kim.Anak kawan daddy kamu tu baik, cantik, bergaya, berketurunan tengku lagi apa yang tak puas hati kamu kim. Cuba bagitau mummy." terang Tengku Anis lagi sambil memujuk anaknya untuk melepaskan kekasih hatinya namun dia tahu benda itu sangatlah susah.
"Mummy, hati kim taknak lepaskan dia my mahupun lupakan dia my.. Apa lagi yang tak puas hati mummy dengan daddy sebenarnya... Aina sanggup buat segala-galanya takkan tidak terkesan satu perasaan pun pada dia malah korang cakap macam-macam tentang dia... Adil ka my... Aina seorang yang pandai masak, seorang yang penyayang, penyabar, pandai jaga hati orang tua, suka kanak-kanak dan sebagainya yang kim sendiri takleh nak huruaikan semua ni my. Tapi takkan sekelumit pun perasaan akan kebaikan yang diberikan oleh Aina pada mummy dan daddy.?!" cakap fairil lagi dengan sedikit sayu....
Belum sempat mummynya mahu membalas kata fairil, si daddy yang menyampuk dengan suara seakan-akan marah..
"Sebab dia tidak sama taraf dan darjat dengan kita! " kata daddy dengan sedikit keangkuhan dalam nadanya namun kata -kata itu membuatkan hati fairil sakit dan marah."Daddy pentingkan darjat!!! Sedangkan dulu daddy sanggup mempertahankan mummy bukan sama taraf dengan daddy,boleh saja daddy lakukan. Kenapa kim tidak boleh mempertahankan kisah cinta kami seperti mana kisah cinta daddy dengan mummy apabila ditentang dengan grandpa dan nenda.?!" kataku penuh perasaan.... Tanpa melihat muka daddy mummy yang seakan pucat dan terkejut akan percakapan sianak. Dia terus masuk ke rumah tanpa pedulikan tetamu dan pintu biliknya terus dihentakkan dengan begitu kuat sekali.
"TUM!!!!!!!!!!"
Dia terus pergi ke bilik air dan buka washroom namun secara tidak langsung air matanya mengalir dengan apa yang terjadi dalam hubungan mereka.... Semakin lama... Makin deras deraian air mata yang jatuh ke pipi sambil tubuhnya terkena air yang menimpa keatasnya..

YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romance🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...