Bab 14💞

7 1 0
                                    

Di tanah perkuburan, setelah siap menjirus air mawar di atas kubur sahabatnya. Aqilah sempat mengatakan .....

"Aina,aku akan tunaikan permintaan kau buat kali terakhir. Insyaallah, aku datang lagi jumpa kau.... "bisik hatinya dengan sayu... Dia akan rindu pada siempu ini... Rindu segala -galanya tentangnya..

*Skip*

Akhirnya, majlis persandingan selesai juga. Syukur alhamdulillah dihatinya,namun dia terasa kecewa apabila sahabatnya tidak hadir ke majlis pentingnya. Dia memerlukan kata-kata semangat sahabatnya walaupun dia ada dua sahabat iaitu Daniel dan Aniq namun dia lebih selesa bersama Aniq berbanding Danel.

"Assalamualaikum.."isterinya memberikan salam setelah membuka pintu bilik suaminya. Namun dia terkejut apabila melihat pakaian suaminya macam orang tak betul. Dengan Reben dekat leher hilang entah ke mana, kot dekat pinggang dengan rambut yang agak serabut sedikit.

"Walaikummussalam,.."jawab fairil dengan nada perlahan.

"Hubby, dah mandi. Kalau belum mandi... Sayang nak siapkan barang hubby?"soal isterinya dengan lembut.

"Haah, hubby nak mandi. Sayang siapkan dulu apa-apa yang patut ok. "jawab fairil sambil matanya terasa indah sekali apabila melihat wajah isterinya tanpa sebarang solekan di wajah apatah lagi rambutnya yang diikat mayang.. Sungguh jelita baginya.

"Baik, hubby"

Fairil terus masuk ke bilik air setelah mendengar kata suaminya. Namun tanpa dia sedar, isterinya mengukir sebuah senyuman misteri. Hanya dia yang tahu.

Tetapi baginya, apa yang dia inginkan tertunai juga. Sudah lama dia menunggu haknya menjadi miliknya. Tak tersangka dia dapat merampas fairil daripada Aina iaitu kekasih hati suaminya. Dia tahu tentang Aina apabila Mummy suaminya beritahu sewaktu mereka bertunang hari itu.

Setelah selesai makan malam bersama ahli keluarganya, dia terus naik ke bilik peribadinya yang terletak biliknya yang tiada sesiapa pun yang pernah masuk disitu. Namun dia teringat akan sesuatu iaitu surat. Surat yang diberikan oleh Aqilah yang merupakan tunang kepada Aniq. Sewaktu aqilah menyampaikan surat itu, dia seakan merisaukan sesuatu namun dia tidak pula mengerti.

Tanpa membuang masa, ia pun membaca surat itu tetapi lantas dia berasa terkejut apabila melihat ayat-ayat itu. Terbuntang mata apabila melihat surat itu,tangannya terasa bergigil yang sangat hebat serta badannya terasa ingin terjatuh bila membaca isi dalam surat itu.

Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now