Terasa mahu suku si Amira itu namun Aqilah terus peluk Aina sambil mengatakan kata-kata semangat.
"Tak apalah, aku okay ja. Jom makan, tengok tu. Amira makan sampai lupa nak pelawa kita. " Aina cuba buat jenaka walaupun air matanya still jatuh ke pipinya.
"Si sengal ni,memanglah. Tadi punyalah beria nak marah-marah tapi akhirnya terus lupa bila nampak makanan. Ngok punya sahabat! "marah Aqilah sambil buat muka tak puas hati bila melihat amira buat muka selamba sambil makan.
15 minit kemudian....
"Aqilah, boleh tolong aku tak."tanya Aina dengan lembut sewaktu mereka sudah habis makan.
"Apa dia.?"soal dia dengan tanda tanya.
"Aku nak kau sampaikan Amanah aku untuk "dia" boleh sewaktu dia dah kahwin nanti. Boleh,kan?"Aina cuba kuatkan diri apabila mengatakan perkataan "dia" dengan penuh rindu tapi sakit yang terasa mencekam sanubarinya dalam diam. Dia tahu sudah kesuntukan masa. Dia terpaksa meminta Aqilah berikan pada Fairil daripada Amira kerna Amira akan gaduh dengan fairil nanti mahu jadi gawat pula.
"Boleh, Insyaallah nanti aku bagikan tapi apa beb"tanya Aqilah apabila melihat kerapuhan disebalik topeng sahabat nya itu namun dia cuma ingin tahu apakah amanah yang cuba dia sampaikan nanti.
"Ini sepucuk surat tapi mintak dia baca selepas selesai majlis itu nanti.Faham? Itu ja kot aku nak cakapkan" balas Aina dengan tenang.
"Insyaallah, aku cuba berikan pada dia. Yea" dengan bangganya dia mengatakan manakala Amira still blur.
"Apa yang korang borakkan dari tadi.? Blur aku! Eh!! Sengal, surat sapa yang kau pegang tu. Ada orang bagi ker.. Ayok!! Tak tayok!!! Aku bagitau tunang kau nanti!!" dengan blurnya Amira cakap sampaikan tergelak Aina dan Aqilah jadinya. Kes main game PUBG lah ni sampai tak dengar apa yang mereka katakan.
"Ngok, punya Amira. Itulah,main game tu puas-puas...!! Banyaklah orang bagi, ni si Aina ni suruh aku pegang. Haish!! Adalah bendanya. Kau tu sambung balik main game aku ngan Amira nak cau... Bai! Bai!! " marah Aqilah bila sahabat nya lambat pickup. Tanpa hiraukan panggilan kawannya, dia terus heret Aina jalan manakala Amira pula masih terkedek-kedek betulkan handbag dia.
YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romance🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...