Keesokan harinya, fairil menunggu sahabatnya ditempat biasa seperti yang dijanjikan terlihatan seseorang jejaka tampan memasuki ruang tengah Cafe itu seakan-akan mencari seseorang namun ternampak lambaian seseorang yang dicarinya.
"Assalamualaikum, sahabat yang dirindui. Apa khabar ?. Apapun aku lupa ucapkan Selamat Pengantin Baru."kata Aniq dengan gembira.
"Walaikummussalam, alhamdulillah baik-baik saja. Terima kasih. "dia tersenyum melihat kelatah sahabatnya yang gila-gila ini. Dia terperasan akan mata sahabatnya sedikit merah kemerahan seperti orang baru lepas ngangis.
"Ha!! Apa yang kau nak bincang tu beb? " tanya Aniq apabila teringat permintaan sahabatnya.
"Aku just nak tahu. Tentang Aina "fairil terus bertanya tentang soalan yang menjadi tanda tanya dalam fikiran nya sejak dia baca surat itu semalam.
"A... ina...! "tergagap dia menjawab soalan sahabatnya.
"Haah, Aina"pelik dia bila Aniq tiba-tiba tergagap. Setahunya sahabatnya lancar ja berkata.
"Hurm.. Apa yang kau nak tahu tentang dia"Ainq cuba elakkan untuk berjawab namun mulutnya lain pula bicaranya.
"Aina sakit apa, aina pergi mana!!"
"Ai... na... Aina dia...... "terasa payah untuk melafazkan kata-kata itu dia tak nak sahabatnya terluka bila mendengar khabar itu.
"Aina, Napa!!!!!!! "tepuk meja dengan kuat apabila dari tadi sahabatnya tergagap menjawab pertanyaan nya.
"AINA DAH MENINGGAL!! "
Terkejut Aniq sampai terlafaz kalimah yang dia tak ingin menyebutnya.
"WHAT!! "terasa ingin tercabut jantungnya apabila mendengar jawapan itu.
"Yea. Dia baru sahaja meninggal semalam. Tepat sahaja jam pukul 2.30 petang semalam. "terkejut fairil seakan-akan terdengar bunyi petir menyambar -yambar tanpa henti.
"Semua ni tipu kan... Bukan benarkan.... "kata fairil dengan perasaan tidak percaya.
" Semua itu benar sahabat. Dia sakit selama ini. Dia sakit barah hati tahap kritikal "ucap Aniq walaupun terasa payau ditekak.
Terkaku sebentar apabila mendengar tentang sesuatu yang selama ini dia langsung tak sedar. Baru hari ini dia terasa menyesal akan perbuatannya. Dia sudah melakukan kesilapan yanv besar.
Aniq terasa kasihan akan fairil namun dalam masa yang sama dia merasakan sahabatnya pun bersalah kerana menjadi seseorang yang penghancur dalam sebuah kesetiaan. Namun apa dayanya, kuasa Allah itu maha Adil. Kita sendiri tak mengerti. Dia membawa pergi Aina tetapi dia menggantikan Afrinaz yang merupakan isteri yang sah buat sahabatnya
YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romans🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...