Bab 7💞

6 1 0
                                    

       Dirumah Tengku Fairuz Azman's terdapat beberapa buah kereta yang ada disitu serta khemah yang besar seakan mengadakan jamuan mahupun majlis pada hari tersebut.

    Terdapat satu suara  disebalik bilik yang indah sekali pada sudut hujung bilik itu serta agak jauh dari bilik yang lain.

        

        "Kim,tak nak tunang dengan dia!  Kim nak cinta hati ,kim!! Kenapa orang selalu paksa kim buat sesuatu yang bukan atas keputusan kim?! "jerit dia dengan penuh kesakitan

       Dia terasa dia tidak mampu capai pilihan yang dia inginkan. Namun dia terpaksa memilih dan mengikut arahan daddynya. Dia terasa dirinya tidak berguna. Sungguh dia tak mampu...

   *Tuk!! Tuk!! Tuk!!*

        Tiba-tiba bunyi ketukan pintu biliknya kedengaran. Tanpa menunggu masa dia pun terus buka pintu.

       "KIM!!!  Napa tak siap lagi ni!! Kejap lagi nak ambik gambar pertunangan Kim dengan Afrinaz ." terkejut Tengku Anis Bathirah apabila melihat anak sulungnya masih lagi tak bersiap  kerana majlis sarung cincin tunang sudah berlangsung tadi hanya tinggal untuk bergambar sahaja.

        "Ma.....! Kim taknak buat semua ini. Kenapa daddy paksa kim, Ma..?!"kata fairil dengan muka yang agak serabut sedikit terasa tertekan dengan semua ini.

         "Daddy buat semua ini pasti ada sebab. Untuk kepentingan kim jugak. "balas Tengku Anis Bathirah dengan lembut

       "Tapi ,Ma....?!"belum sempat fairil habiskan kata-katanya

      "Takda!! Takda!! Sekarang ni......!! Kim pergi siap.! Mama bagi 10 minit kim bersiap. Pakai baju yang mama bagi semalam." pintas simama kerana  dia tahy makin lama mereka bercakap makin lama makin lambat lah mereka turun ke bawah nanti.

       Selepas 10 minit berlalu, kelihatan susuk tubuh seseorang jejaka turun ke dari tangga tingkat atas dengan pakaian yang cukup menonjolkan ketampanan yang sungguh kacak sehinggakan memukau para gadis belah saudara mara fairil dan tunang pilihan keluarganya.

        "Wah!! jejaka melaya sudah turun!!! "jerit seorang sepupu fairil sambil tersenyum sinis.

         Semua terus memandang kearah yang dimana sepupu fairil menjerit tadi. Semua orang pakat berkata sesama sendiri kerana si dia sungguh tampan orangnya.

        "Encik tunang mari gambar bersama cik tunang yang sungguh jelita ini. "kata si bapak saudara fairil.

          Sewaktu  orang sibuk sedang bercakap, fairil sempat menjeling kearah tunang dia. Dalam hatinya terasa sebak kerana bukan Aina yang ada disitu, seakan-akan dia mendustai cintanya pada si cinta. Namun,dia terus membuat muka tersenyum apabila orang mengusik tetapi hatinya sakit dan mencampur aduk dengan semua yang terjadi.sungguh hatinya terasa sempit untuk menahan rasa ini.

         "Sepadankan mereka, Abang Amar. Tidak sangka mereka seperti korang dulu. Tersipu-sipu sahaja kelatah mereka. "kata bapak saudara
Fairil dengan ketawa yang sukar dia ingin katakan apabila melihat anak saudara dia mirip seperti abang ipar dan akakknya.

      "Hal dulu jangan disebut. Malu abang nanti,nak buat macam mana. Akak anis kamu tu comel sangat waktu itu. Mana aku tak tersipu -sipu. "balas Tengku Anuar Faril dengan jenaka yang sedikit apabila adik iparnya ungkit tentang pertunangnya waktu dahulu.

       Semua yang ada,disitu terus tergelak.

     Fairil nak tak nak sahaja melakukannya tetapi dia terpaksa. Dia terpaksa berpura-pura ketawa, senyum dan buat muka bahagia agar tiada yang tahu tentang hatinya.

      Selepas sahaja majlis prtunangan Fairil dan Afrinaz pada hari itu. Macam-macam aktiviti dan acara daddy mummy fairil rancangkan untuk buat dia bersama dengan Afrinaz.  Sampai satu tahap dia hampir -hampir melupakan si buah hatinya.

       Namun dia sendiri menyuruh  beberapa orang suruhannya mencari Aina tetapi tidak  jumpa. Setiap hari dia merindui Aina sampaikan dia sendiri keliru dimanakah lagi tempat dia nak cari. Semua tempat dia dah cari tapi hasilnya tetap tak jumpa..

Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now