Bab 11

5 1 0
                                    

Sebulan kemudian........

      *Huhk!! Huhk!! Huhk!!!*

           "Sakitnya!!"rintih Aina dalam diam.

       Bunyi batuk masih lagi kedengaran tetapi makin lama makin kuat bunyinya walaupun dia sudah makan ubat tetap still tak elok lagi. Namun waktu dia sedang batuk, dia perasan ada ketulan darah kluar makin lama makin banyak jadinya sehinggakan dia terjatuh kerana tidak mampu bertahan rasa sakit itu.

       "Ya, Allah. AINA!!  Apa dah jadi ni!!Ya, Allah..anak aku....!!HUBBY!!!!!!! HUBBY!!!!!  Cepat hubby!!" jerit Puan Cahaya Balqis apabila melihat anaknya tiba-tiba terjatuh. Ingatkan saja-saja tapi bila ternampak darah di lantai buatkan dia menjadi risau dan tergamam waktu itu.

          Semua orang terus berlari ke bilik Aina setelah mendengar jeritan Puan Cahaya Balqis sebentar tadi. Encik Ahmad terus lari ke ruang tamu untuk mengambil kunci kereta apabila melihat si anak seakan-akan lemah itu.Semua yang ada disitu masih terasa terkelu dengan perkara yang baru terjadi ini.

          "Apa tunggu lagi!! Cepatlah angkat Aina. Masuk dalam kereta!! " tengking Puan Cahaya bila mereka masih tercegat di depan pintu.Terdengar sahaja suara petir si ibu terus mereka lari kearah Aina sambil itu Puan Cahaya sempat memakaikan tudung pada anaknya tadi.

           Bila sampai sahaja diluar rumah, Encik Ahmad sudah buka pintu belakang. Selepas meletakkan Aina,semua pakat lari masuk dalam kereta. Pintu semua sudah kunci sebelum mereka ingin pergi ke hospital ....

  *Skip*

                Sewaktu orang tengah lalu lalamg didepan bilik ICU. Terkedengaran suara tangisan yang sungguh sembilu apabila si anak sedang bertarung nyawa didalam sana.

         Tiba-tiba.... Seorang Doktor keluar dari bilik itu sambil memandang setiap wajah ahli pesakit dengan sayu.

           "Siapa disini ahli keluarga pesakit Cik Siti Nur Aina Binti Ahmad Hakimi? "tanya Doktor itu.

          "Saya ayah kepada pesakit tersebut, Doktor!"jawab Encik Ahmad dengan penuh debaran didada apabila melihat anaknya yang seakan-akan sedang berlawan dengan maut.

            "Apa yang ingin saya katakan ini harap semua bawak bertenang yea...menurut kami lihat CikAina sudah berada ditahap kritikal kerana dia mempunyai kanser hati tahap 3. Maaf, Kami tidak mampu selamatkan beliau tetapi sekarang ini dia memerlukan kata-kata buat kali terakhir. Banyak banyakkan berdoa semoga Cik Aina kembali kuat.Maafkan saya..."terang doktor itu dengan sedikit kesedihan apabila melihat si ibu meraung apabila si anak ingin meninggalkannya.

            "Ya, Allah.... Anak aku...... Kenapa,Aina tak nak bagitau ibu tentang perkara ni nak........ Tergamak hati mu,nak sembunyikan rahsia sebesar ini pada ibu.... "ngangis Puan Cahaya manakala yang lain turut menangis terutamanya Amira.

          Waktu itu, Encik Ahmad terjatuh apabila mendengar khabar kurang menyenangkan hatinya apabila mengetahui anak sulungnya akan pergi dari hidupnya. Sungguh  dia tidak mampu  terima semua ini secara mendadak...

         Doktor itu terus beredar apabila dia tidak sanggup melihat tayangan drama sebabak yang mampu mengalirkan air matanya.

          Disudut hujung dari bilik ICU, terkelihatan Amira cuba untuk telefon sahabatnya lagi seorang iaitu Aqilah kerana dia pergi melihat fairil menikah pada hari itu sambil tangannya bergetar dia cuba telefon sahabatnya untuk berjumpa wajah Aina buat kali terakhir sebelum dia pergi dari dunia ini.

Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now