Di sebuah rumah bak istana yang sangat cantik dengan pelamin yang sudah disiapkan dengan begitu indah disitu juga ada banyak bunga-bunga warna warni yang cukup cantik tersusun disetiap sudut pelamin serta khemah yang banyak...Kedengaran satu suara melaungkan kata *sah* oleh semua kaum lelaki. Terselit juga satu bunyi yang datang dari telefon seakan-akan menyuruh situan empu mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum, kenapa Mira. Kau ngangis napa? Ada apa-apa terjadi ka?"bisik Aqilah dengan perlahan sambil matanya memandang pihak lelaki cuba menyarung cincin pula selepas membaca doa.
"Walaikummussalam, beb... Aina kritikal....beb...!!! Dia nazak, beb!! Baik kau datang sini tengok keadaan dia"ngangis dia apabila melihat sahabatnya Aina sedang terbaring dalam keadaan banyak wayar dibadan tapi wajahnya terselit sebuah senyuman yang sangat indah dan cantik seakan tiada apa yang berlaku padanya.
"WHAT!!!!! Okay! Aku datang sekarang.. Tunggu aku kat situ.Antar lokasi kat aku! NOW!!! " terasa ingin menitiskan air mata apabila mendengar khabar berita yang sangat buruk baginya.
Yang ada disitu terkejut apabila mendengar suaranya menjerit dengan mukanya ingin menangis. Semua yang ada disitu jadi tanda tanya bila melihat keadaannya itu.
Tanpa buang masa, dia terus heret tunangnya ke kereta tetapi dia patah balik untuk sampaikan amanah yang sahabatnya suruh dia sampaikan.
"Maaf sebab buat kecoh dalam majlis kau tapi aku nak sampaikan surat dari sidia. Apapun sorry aku takleh lama-lama...aku kena pergi hospital. Assalamualaikum "kata Aqilah sambil menangis walaupun dia cuba menahan tapi dia gagal kerna risau akan berita yang didengar oleh sahabatnya lagi seorang iaitu Amira.
Belum sempat dia nak balas... Aqilah dengan tunangnya sudah beredar dari situ. Dia jadi tanda tanya apa yang berlaku sebenarnya apabila melihat surat yang diberikan oleh tunang sahabatnya itu... Namun dua tetap teruskan majlis itu.
*Skip*
Sampai sahaja di hospital, Aqilah terus lari ke bilik ICU yang ditempatkan Aina berada.... Namun Aniq tertinggal kebelakang tapi dia dapat jugak kejar tunangnya walaupun dia still tak faham apa yang Aqilah buat dekat sini? Siapa yang masuk hospital? Semuanya menjadi tanda tanya dalam fikiran nya."Amira, "dia" macam mana."tanpa sebarang kata - kata dia terus terang dengan pertanyaan tentang Aina
"Dia dah tak kuat,qilah......but dia nak jumpa kau... "jawab Amira sambil menangis apabila mengingat apa yang dia cakapkan bersama Aina sebentar tadi.
Amira terus masuk dalam bilik ICU itu. Dia terlihat Aina sedang bertarung nyawa dengan alat topeng oksigen itu tetapi Aina masih mengukirkan sebuah senyuman apabila melihat orang yang ditunggu -tunggu datang bertemunya. Dia terus menanggalkan topeng oksigen itu dari mulut nya....

YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romance🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...