Dua bulan berlalu...
Keadaan fairil semakin lama semakin teruk. Dulu dialah yang sering menceriakan suasana dengan sikap penghibur dan kenakalannya. Namun Semuanya lenyap disaat dia mengetahui seorang insan yang di sayang dan dicintainya pergi buat selama-lamany. Dia merasakan seakan semua yang terjadi itu kerana sikap pengecutnya dalam mempertahankan cinta mereka...namun semuanya sudah terlambat..
Perwatakannya kini bertukar kepada bengis,panas baran, sering memukul isterinya apabila isterinya menegur akan sikapnya.
Seperti biasa dia selalu pulang lewat tetapi semalam tidak seperti kebiasaan yang dia sering lakukan. Namun secara tiba-tiba isterinya memarahi dirinya malah bukan menyambut kepulangannya dengan baik.
Waktu itu,dia terasa tercabar. Dia mula membandingkan sikap isterinya dengan arwah Aina. Namun dia merasa rindu bila terkenang akan sidia..
"Abang sekarang dah tak macam dulu! Abang selalu balik lewat sampaikan saya masak pun abang langsung tak makan..!! APA NI,ABANG!!tengking isterinya sewaktu dia melangkah masuk ke dalam rumah.terkejut dia bila ditengking sebegitu.
Tidakkah dia mengetahui bahawa syurga dibawah telapak kaki suaminya..disaat dia mulai menengking suaminya..dianggap derhaka pada sisuami..Allahhu..
"Awak ni, kenapa.? Saya baru balik dari kerja! Penat tahu tak!awak tiba-tiba serang saya kenapa.Mana adab awak,PUAN TENGKU ADRIANA ILIASIQAH!!"
"Eh! Awak ni!! Saya marah dan tak puas hati sebab awak tak anggap saya macam isteri awak malah awak anggap saya ni macam dinding..sedangkan saya isteri awak yang sah!!!"
Adriana terus melepaskan kemarahannya yang di simpan selama berapa bulan ini pada suaminya biar dia tahu betapa sakit bila dibuat dirinya seperti tidak wujud dalam rumah ini.
"Suka hati awaklah nak kata apa. Yang saya tahu saya nak rehat."balas fairil dengan acuh tak acuh.
Terbuntang biji mata isterinya apabila mendengar kata-kata suaminya itu. Tanpa melanjutkan pergaduhan lebih jauh,mereka terus masuk ke bilik masing-masing...seorang bilik kiri..seorang bilik kanan.Sejak itulah mereka mula tidak bertegur sapa namun disebalik hati mereka, suami isteri ini ingin mempertahankan hubungan keluarga tetapi mereka sendiri tidak mengerti apa yang mereka ingin lakukan agar ia dapat dibetulkan dan jadi seperti sedia kala..
YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romansa🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...