Bab 5💞

14 2 0
                                    

     "Assalamualaikum, ibu. Akak dah balik. "kata Aina dengan sedikit nada tinggi sewaktu ingin membuka rumah.

         "Walaikummussalam, masuklah.  Ibu dekat dapur ni!!!!!"jerit Puan Cahaya dari dapur.

      Selepas saja mendengar kata-kata ibunya,Aina terus naik ke biliknya dan membersihkan dirinya.

        Setelah sepuluh berlalu, Aina terus solat asar selepas selesai memakai baju.

          Sewaktu memberi salam, Aina sempat berdoa..... "Ya Allah, Engkau mempermudahkan lah segala urusan kami. Ya Allah. Memudahkan lah urusan ibu bapa kami. Ya Allah, engkau lembutkan lah hati kedua-dua ibu bapa dan bakal mentua kami, ya Allah agar mereka merestui perkahwinan kami dan menerima kami dalam keluarga mereka begitu juga fairil memasukki dalam ahli keluarga ku ya Allah. Amin amin ya arrobanaalamin. "ucap Aina dengan suara yang sayu..

          Aina melihat jam pada tepi tempat beribadatnya... Kelihatan jam menunjukkan tepat pada pukul 5.15. Tanpa menunggu masa, dia pun turun ke bawah untuk berbincang dengan ahli keluarga nya.

      "Ibu ayah.. Boleh kita berbincang sekejap."kata Aina dengan perasaan takut. Namun dia perlu nampak yakin akan keputusan nya... Tetapi dia takut apa yang dia rasa akan terjadi iaitu *ayah dia tidak izinkan dia berkahwin dengan pilihan hatinya*.

          "Berbincang tentang apa yang akak nak tu kemudian dulu yea... Sebelum tu mari makan dahulu pastu baru semua pergi ke bilik mesyuarat di tingkatkan atas. Faham! "terang Encik Ahmad dengan wajah yang selamba namun nada yang tegas.

       "Baik,ayah!!" serentak kami adik beradik berkata.

       Dalam berapa minit kemudian, kami pun terus pergi ke bilik mesyuarat seperti mana dimaklumkan oleh ayah sebentar tadi.

    "Ha kak. Apa yang nak dibincangkan tadi?" tanya Encik Ahmad dengan tanda tanya.

     "Ibu ayah, akak nak kahwin dengan fairil boleh tak ayah. Kami sudah berbincang tentang perkahwinan tu.  Namun sekarang ini, kami just perlukan restu ayah ,ibu dan adik ii. " ucap Aina dengan sedikit kegelisahan... Macam-macam pikiran yang hadir dalam kepalanya.

        "Ah!! TIDAK BOLEH!!  Ayah tidak restu perkahwinan keputusan kamu berdua. Ayah sudah ada pilihan yang lebih tepat untuk akak. Antara nak atau taknak, ayah tetap akan kahwin kan kamu dengan anak kawan ayah. Sekarang kamu semua pergi masuk bilik... Apapun keputusan ayah adalah  untuk kepentingan kamu juga!" marah ayah pada Aina apabila mendengar anaknya ingin berkahwin dengan lelaki pilihan anaknya.

     Selepas saja mendengar kata-kata ayah. Aku terus masuk ke bilik dan terus menghempas kan badan ke atas katil.  Tanpa sedar air mata mengalir dengan deras kerana tidak dapat bersama dengan fairil disebabkan hanya dia saja yang mampu buatkan dirinya terasa damai.

         Aku terfikir untuk menelefon dia, tanpa ambil masa dia pun telefon dalam berapa minit itu terdengar suara seraknya seakan akan baru lepas ngangis.

       "Assalamualaikum,abang. Macam mana dengan keputusan mummy daddy,bang.mereka setuju? "soal aku dengan perasaan sedih dan risau yang mula mencengkam sanubariku

       "Walaikummussalam, sayang. Keputusannya ......ialah mummy  daddy tak setuju,sayang. Diorang nak abang kahwin dengan anak kawan mereka.. Abang tak sanggup berpisah dengan sayang! "lirih suaranya ku dengar... Diriku pun tak sanggup apatah lagi dia ...

         "Abang....sayang pun tak sanggup pisah dari abang... Tapi ayah nak sayang kahwin dengan anak kawan dia macam mana mummy daddy abang nak abang kahwin dengan pilihan mereka ..."

       Aku cuba memandang dinding atas sambil cuba untuk menahan tubir air mata menitis  mengalir.... Sesungguhnya dia tak sanggup hidup tanpa sidia..

           "Sayang, kita cuba cari ikhtiar lain yea.Nak tak? Sebab abang tak sanggup hidup dalam keadaan macam ni,sayang..!!"kata dia dengan fikiran yang agak serabut...

       "Macam ni lah, abang. Apa kata kita pergi sesuatu tempat yang lain untuk tenang kan fikiran kita dan sambil itu kita fikirkan macam mana nak buat family kita setuju, boleh abang.? " setelah puas berfikir hanya itulah satu-satunya jalan yang boleh mereka lakukan. Dia bertekad untuk cuba cara itu kerna dia tahu fairil mesti tengah serabut dengan masalah ini. Hanya satu ni saja cara boleh kami fikirkan idea dengan tenang walaupun dia tak tahu apa yang berlaku pada masa nanti..

      "Sayang.... Itu akan menyeksakan hati abang ini,sayang. Tapi... Kalau itu keputusan sayang, abang akan terima dan sayang kena janji dengan abang yang sayang kena jaga diri, kuatkan semangat sayang.  Selepas saja sayang cari ketenangan, sayang kena jumpa abang tau.."fairil sempat menyelit sedikit nasihat walaupun kerinduan di hati mula memainkan perasaan ....

           "Sayang akan cuba, abang. Abang pun kena janji yang abang jaga kesihatan abang dan jaga cinta kita. Semoga kita berjumpa lagi abang. Assalamualaikum kasih. " ucapku dengan sayu...

          "Demi sayang, abang  akan jaga kesihatan abang begitu juga sayang dan abang janji abang akan jaga cinta kita yea...Walaikummussalam... Cinta. "balas fairil dengan lirih.....

      Selepas saja dengar apa yang diucapkan oleh fairil, aku terus menangis kerana aku terpaksa berpisah dengan fairil demi memikirkan jalan penyelesaian semua ini.  Sewaktu aku menangis hiba akan semua ini tanpa sedari kelompak mataku mula menutup akhirnya aku tertidur sambil bertemankan air mata yang penuh duka.

Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now