Bab 13💞

6 1 0
                                    

          "Assalamualaikum, sa.. ha... bat" perlahan suara dia berkata dalam keadaan tersekat sedikit kerna tekatnya terlalu sakit untuk berkata.

          "Walaikummussalam, sahabat. Apa jadi dengan kau ni!! Mana sahabat aku yang kuat ni? Aku rindu dia..... "tanya Aqilah dengan nada yang seakan tegas namun air matanya tidak mahu berhenti mengalir  walaupun dia sudah mengelapnya.

        "Aku... Huhk!! "terhenti kata-katanya apabila ingin membalas percakapan sahabatnya yang sengal itu.

         "Kau, tak usahlah cakap."tegur Aqilah bila melihat dirinya terbatuk bila ingin membalas apa yang dia cakapkan tadi

         "Tapi... boleh kau tunaikan satu permintaan aku lagi.... Huhk!! Huhk!! "soal dia sambil menahan dirinya agar tidak terbatuk namun dia tak berjaya..

         "Boleh tapi.... tunggulah sampai kau dah sihat, dulu Aina !"Aqilah tidak bisa untuk menahan rasa sebak apabila melihat sahabatnya cuba memaksa dirinya untuk bercakap

      "Aku nak... Ka.. u... Kuat walaupun.... Aku takda nanti... Jan.. gan... Na... K.. al.... Aku nak kau cari kebahagiaan..... Huhk!huhk!!...aku nak kau cari kebahagiaan kau sendiri.... Jangan.... Sedih.... Bila aku tak.... Ma.. mpu ada... Bersama kau waktu.... Ha.. ri kebahagiaan itu.... Huhk!!huhk!! Satu lagi,sampaikan pada fairil.... Aku maafkan dia.... Na.. mun... Cinta aku... Pa.. da dia... tetap utuh... Aku... Tak... mampu huhk!! Aku tak mampu melupakan dia... Katakan pada dia.... Aku... tunggu... dia.. de.. kat sana...huhk!!! Huhk!! Huhk!!!

        Tiba-tiba Aina terbatuk sehinggakan terpercik darah diatas badan dan selimutnya. Begitu juga tiba - tiba degupan jantungnya menjadi tidak terkawal..

      Aqilah yang melihat menjadi terkelu dan terkejut namun cepat-cepat dia panggil doktor  apabila melihat keadaan sahabatnya menjadi tidak terkawal...

        Sewaktu Aqilah menunggu diluar bilik dengan tangisan yang semakin menurun apabila melihat keadaan yang berlaku pada Aina buatkan dia menjadi takut. Takut kehilangan sahabat nya..

        
       "Aqilah, bagaimana keadaan Aina.. Dia baik -baik saja kan? "tanya Puan Cahaya Balqis yang kepenatan berlari begitu juga yang lain.

      sewaktu itu mereka sedang makan di kantin hospital tetapi setelah mendapat info berkenaan keadaan Aina tiba -tiba gawat, semua yang mendengar itu terus lari tergesa-gesa.

       "Tak tahu, ibu. Aina tiba-tiba saja batuk and darah terpercik sewaktu dia batuk. Semua jadi kritikal apabila kadar degupan jantung Aina tak stabil,ibu." balas Aqilah dalam keadaan bergigil bila semuanya berlaku dengan pantas... Sungguh dia  benar -benar trauma dengan keadaan itu.

       Semua yang terdengar terus menangis kerana takut Aina akan meninggalkan mereka. Mereka takut  namun mereka redha walaupun berat untuk melepaskan dirinya.

         Pintu bilik ICU berbunyi menandakan ada orang keluar.....

     "Maafkan saya. Saya tidak dapat selamatkan beliau.  Kerana faktor dalaman sudah teruk. Menurut apa yang saya lihat, kanser itu sudah merebak ke semua sistem penting dalam badan. Maafkan saya ,sekali."terangkan doktor itu dengan wajah selamba namun dalam hatinya terasa sebak apabila melihat keluarga arwah meraung akan khabar yang dia terima.

        Semua yang terdengar terus terasa seakan petir menyambar, namun semua itu terasa mimpi tapi bukanlah sekadar mimpi ia ialah realiti.

  
        "Ya, Allah.... A...nak.... A.. Ku... Anak aku dah pergi...!!!!! "terjatuh siibu sebaik mendengar berita yang disampaikan oleh doktor itu....

Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now