4 Bulan kemudian....
Sewaktu aku tengah berjalan tiba - tiba, aku terasa sakit pada bahagian didada sehinggakan aku terus terjatuh diatas jalan. Namun aku cuba untuk bangun semula tapi tak mampu kerana ia terlalu sakit untuk menahannya. Ada seorang Pakcik teksi bertanya keadaan kepada aku...
"Cik ok tak, cik? " tanya Pakcik teksi tadi.
Belum sempat aku menjawab pertanyaan nya, aku terus pengsan kerana badanku tidak mampu berlawan rasa sakit didada ini.
Pakcik teksi itu apabila mrlihat keadaan aku terus menepuk pipiku untuk meyedarkan diri aku tapi aku tetap tak bangun... Akhirnya ia pun meminta pertolongan orang yang lalu lalang disitu untuk mengangkat aku kedalam teksi dan terus pergi ke hospital yang terdekat dalam kadar segera.
Skip
Sebaik saja aku tersedar dari pengsan, aku melihat disebelah kiri aku ada seorang Doktor sedang bercakap sesuatu dengan nurse disitu. Bila doktor memandang kearah aku, ia terus bertanya keadaan ku...
"Cik ada rasa sakit mana-mana tempat pada anggota cik? " tanya doktor itu. Bila lihat nametag doktor itu terkelihatan ia tertulis nama *Dr. Aliya*
"Alhamdulillah, Saya ok. Tiada sakit mana - mana. Just terasa sakit pada bahagian dada sedikit"jawabku dengan pandangan tanda tanya. Seakan-akan meminta doktor itu terus terang akan persoalannya.
"Doktor.. Saya nak tanya.. Saya ada penyakit ka, doktor? Kerana sejak akhir ii ini saya kerap pening dan sakit dada, doktor."tanya aku pada Doktor Aliya kerna aku melihat macam ada sesuatu yang dia Cub sembunyikan dari aku...
"Awak ada penyakit, Cik Aina. Seperti mana saya katakan awak ada penyakit dan ia berada ditahap akhir iaitu kritikal. Apa yang boleh dikatakan penyakit awak susah untuk dirawat pulih kerana tiada penderma yang sesuai untuk hati awak... Awak hidap penyakit barah hati tahap akhir, Cik Aina."Doktor Aliya terpaksa ungkapkan kata-kata itu kerna pesakitnya sudah mengetahui akan penyakitnya.
Terus terkelu bicaraku apabila mengetahui penyakit itu sudah tahap bahaya.. Aku tak mampu bahagiakan dia...Tanpa sedar air matanya mengalir tapi ia cuba untuk bertanya satu soalan lagi..
"Dr...berapa lama lagi saya mampu bertahan dengan penyakit ini..? "soal aku dengan perasaan sedih mula hadir.
"Kami boleh jangka kan awak boleh bertahan selama satu bulan dan jika awak ingin melakukan pembedahan ia memakan 20% untuk awak bertahan. Itu saja saya mampu katakan. "jawab Dr. Aliya akan pertanyaan pesakitnya.. Dia tahu bukan mudah untuk menerima kenyataan akan berita yang diketahui oleh pesakitnya...
"Baiklah, nanti saya bagi slip ubat yang mana awak perlu ambil dan awak dibenarkan keluar esok petang sekiranya keadaan awak ok. Kalau tak da apa -apa saya keluar dahulu. Assalamualaikum. " sambung Dr Aliya apabila melihat pesakitnya senyap seperti terkelu akan berita yang diterima.
Selepas saja doktor tersebut beredar, aku terus mengeluarkan suara seakan ingin menjerit tapi kututup dengan tanganku.. Aku tak mampu menerima kenyataan ini... Bagaimana aku ingin beritahu pada ahli keluarga ku begitu juga dia.. Aku tak jangka keadaan ini terjadi sama sekali pada aku. Aku tidak bisa bayangkan bagaimana keadaan fairil bila mengetahui keadaan ku ini.
"Ya, Allah,engkau permudahkan lah urusan hambamu ini, Ya Allah. Berikan lah peluang terakhir hambamu ini untuk bersama insan tersayang buat kali terakhir, Ya Allah . Amin... amin arobanalamin... "bisik hati aku sambil memandang keluar tingkap.

YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romance🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...