Disebalik surat itu, tertulis......
Assalamualaikum, kasih yang merupakan kekasih cinta untuk Aina. Kasih, sebelum itu Aina ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkan, Aina sekiranya selama ini Aina terkasar bahasa dari segi percakapan mahupun perbuatan Aina sehingga mengguris hati kasih dalam tak sedar atau sedar. Maafkan Aina bila kita bersama selama ini kurang membahagiakan kasih dan seangkatan dengannya. Maafkan, Aina.
Aina tahu aina bukan seorang yang mampu membahagiakan hidup kasih serta memberikan sinaran bak bintang yang menemani bulan. Kasih tahu Aina terasa cukup gembira bersama kasih kerana dapat melihat senyuman manis kasih, gelak tawa kasih, manja kasih, marah kasih dan setiap duka kasih bersama Aina. Namun, cuma satu saja Aina tidak mampu lakukan. Aina tak mampu bertahan dan terus kuat disisi kasih. Tapi ketahuilah nama kasih masih terpahat dalam hati ini sampai bila-bila.
Kasih, sebuah cinta yang memberikan kita banyak benda yang sukar diungkapkan dengan kata -kata tetapi dengan sesuatu yang kita sendiri tak tersangka kasih._
Kasih, cuma satu sahaja ingin kasih perlu tahu Aina terasa happy kerana ada seseorang menggantikan tempat Aina bersama kasih. Kerana dia boleh tolong jaga kasih sementara Aina tiada disisi kasih. Tetapi cuma satu ku pinta mohon maaf kerana diriku sudah tidak mampu menemani hari -hari mu dengan begitu indah. Disaat ini, sekiranya dirimu membaca seisi kataku yang ikhlas dari hati tetapi ketahuilah diriku sudah pergi dari hidupmu buat selama lamanya. Selamat pengantin baru buat cinta kekasihku.
Yang ikhlas,
Cintamu Aina 💕
Air matanya terus mengalir tanpa dipinta. Esakkan suara mula kedengaran dibutir bibir. Sungguh, hatinya terasa menyesal akan perbuatannya. Dulu, dia pernah berjanji untuk terus setia namun sekarang dialah pemungkir janji.
Semuanya sudah terlambat, tetapi dia terkejut kerana kelihatan sedikit kesan seperti percikan darah sewaktu membacanya. Dia memerlukan kepastian. Mesti!!!
"Assalamualaikum, Aniq. Kau dekat mana, aku nak jumpa kau sekejap boleh tak. "tanya dia dengan tanda tanya yang serabut didadanya.
"Walaikummussalam, aku dekat rumah kawan tunang aku. Ada buat tahlil sikit. Esok sajalah kau jumpa aku"balas Aniq dengan suara lemah. Seakan akan tiada daya untuk mengatakan sesuatu
"Tapi ni penting aku perlukan kepastian dari kau?!!"tengking fairil apabila mendengar suara sahabatnya yang tak ingin menjumpanya
"Aku bukan tak nak jumpa kau tapi aku tidak terdaya. Fahamkanlah aku ni..."kata Aniq dengan malas namun dia cuba sembunyikan tentang disidia dari sahabat nya itu.
"Aku just nak tahu tentang Aina. Please!!! Aku merayu"lirih suara dia apabila dia benar -benar ingin mengetahui tentang si dia adakah dia mati ataupun hidup. Dia just nak tahu kebenaran sahaja bukannya benda lain.
"Apa kata jumpa aku eson jam pukul 10 pagi dekat tempat biasa. "kata Aniq
"Okay! "fairil sedikit lega apabila Aniq sudi berjumpa dia namun dua sempat terdengar bunyi orang menangis seakan suara Aqilah dan Amira tetapi dia ketepikan.
Setelah dia telefon sahabatnya, fairil terus beredar ke biliknya. Terkelihatan isterinya sedang berbaring diatas katil sambil tersenyum padanya namun dia terus pergi ke tandas bagi mencuci mukanya kelihatan sedikit sembap.
Afrinaz yang berada dikatil terasa hairan dengan kelatah suaminya apabila melihat suaminya langsung tidak menyapanya seperti hari-hari sebelumnya namun dia tepis mungkin suaminya stress pasal kerja. Bisikan hatinya terhenti apabila mendengar bunyi pintu tandas ditutup tapi tidak pula dia perasan suaminya sudah keluar.
Dia cuba ingin menyapa sisuami namun hal yang sama yang berlaku. Tiba-tiba....
"Sayang, tidur lah dulu. Hubhy nak turun bawah dulu nak minum air sekejap. "terang encik suami pada isterinya dengan sedikit senyuman pudar.
"Baik, hubby. Jangan lama-lama nanti sayang rindu sebab hubby tak ada disebelah sayang." sempat dia bergurau namun suaminya langsung tidak tertawa dengan lawaknya.
Apabila terasa tiada lagi perbualan yang ingin dibicarakan dia terus keluar tanpa sebarang tolehan kebelakang. Namun bagi Afrinaz terasa sakit akan suaminya yang seakan hilang dirinya yang dulu.

YOU ARE READING
Maafkan, Aku [SLOW UPDATE]
Romance🌹SINOPSIS 🌹 Sekiranya kau inginkan aku bersamamu.... Lihatlah di belakangmu ada insan yg tersayang, ayah dan ibumu kerana tanpa mereka... Tiadalah kamu maka sekiranya dirimu ingin sesuatu, maka mintalah izin dan restu dari mereka kerna tanpa...