Aku beredar dari situ. Meninggalkan mereka yang lain.
"Eh, Yaya?!" Ochobot perasan akan tindakan aku.
##########
Malam itu, aku duduk di atas katil dan mencapai telefon pintar di atas meja belajar.
'Ying, aku perlu ke sekolah awal pagi esok. Kau pergi ke dengan diorang ya.' Aku menghantar pesanan ringkas kepada Ying melalui media Whatsapp.
Beberapa minit kemudian Ying membalas. 'Kenapa? Kau ada apa esok?'
Aku membalas mesejnya, 'Esok kan ada majlis persaraan pengetua sekolah. Jadi, aku perlu tolong cikgu pada awal-awal pagi.'
'Oh ya, ketua pengawas kita ni busy nanti. Ada nak bagi ucapan lagi... :D. Takpelah, aku boleh pergi sekolah dengan mereka nanti.'
'Aduh, lupa pula nak sediakan teks ucapan esok. Nasib baik kau ingatkan aku Ying. Terima kasih.'
'Sama-sama.'
##########
"Yaya, ambilkan stapler atas meja cikgu boleh? Rasanya pintu bilik guru dah tak berkunci." seorang guru bertudung biru dan berbaju kurung kuning pastel yang sedang menyiapkan saki baki hiasan pentas meminta bantuan aku.
"Boleh cikgu." Aku menangguk.
"Nak aku teman?" soal Iena yang turut membantu cikgu tersebut.
Aku menolak. "Tak apalah. Kau tolong cikgu. Biar aku yang ambil."
"Ok."
Aku pun berjalan ke bilik guru berseorangan. Jam di tangan kanan aku menunjukkan pukul 6.45 pagi. Masih awal lagi. Majlis bermula jam 7.30 pagi nanti.
Selepas sampai di bilik guru. Aku terus mencari meja cikgu tersebut dan mengambil stapler di atas mejanya. Tiba-tiba saja, aku terasa diekori. Seram sejuk.
Ah, aku endahkan saja perasaan itu. Mungkin sebab aku terbaca sebuah novel seram malam tadi. Aku terus keluar dari bilik guru tersebut secepat mungkin dan melalui koridor bersebelahan stor sukan lama.
"Yaya." Satu suara memanggil nama aku. Aku tersentak dan terkejut teramat sangat. Aku genggam kuat stapler yang ada pada tangan aku. Perlahan-lahan aku menoleh.
"Ha?!" aku terkejut. Fang berdiri bertentangan dengan aku. Aku menghela nafas. Bukan hantu rupanya tapi...
"Aku nak cakap dengan kau." Fang melangkah mendekati aku.
Aku terus memalingkan badan dan meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku terhantuk pada sesuatu di hadapan aku.
Aku memandang dinding hitam di hadapanku. "Ini..." aku lantas menoleh ke arah Fang. "Kau..." aku lihat Fang mengaktifkan kuasa bayangnya untuk membina dinding bayang untuk menghalang aku untuk lari dari dia. "Kau guna kuasa?!"
"Maaf. Aku terpaksa. Jangan pergi dulu. Aku perlu terangkan sesuatu pada kau pasal-"
"Tak perlu. Jangan kau sebut nama dia depan aku!" aku mula meninggikan suara tanda bertegas dan marah.
Fang terkejut.
"Kau... erghh! Aku tak nak jumpa kau lagi! Kenapa kau balik ke sini?! Apa kau tak puas lagi?!!" aku menengking.
Fang mula resah. "Yaya... aku-"
"Dah, berhenti! Aku-"
"AKU DAH CUBA!!!" fang meninggikan suara dan menyebabkan aku terdiam.
"Ak... aku dah cuba untuk lesapkan dia. Tapi tak boleh!"
Aku diam lagi.
"Tolonglah, aku ke sini untuk jaga kau dari 'dia'." Fang merayu.
Aku berpaling. Hati aku terasa sakit. Amat sakit. "Tak perlu Fang." Aku terus berlalu pergi dari situ setelah aku perasan yang dinding bayang yang dibina Fang lesap.
Malam tadi...
Boboiboy:
Ting!
Satu pesanan ringkas diterima oleh telefon aku. Aku mengambil telefon tersebut di atas meja makan.
Mesej Whatsapp dari Ying. 'Boboiboy, aku nak niminta tolong.'
"Aik? Dia mesej secara peribadi. Selalunya apa-apa yang nak diberitahu dia akan mesej dalam group Whatsapp." Monolog luaran aku perlahan.
"Hmm... mesej dari siapa?" soal Ochobot yang sedang baring di atas karpet sambil mengunyah kacang.
"Adalah." Aku senyum dan terus naik ke tingkat atas untuk masuk ke bilik. Aku dapat rasakan Ying ingin meminta bantuan peribadi.
Aku menaip dan membalas mesej Ying. 'Tolong apa?'
Beberapa saat kemudian Ying membalas, 'Kau perlu keluar awal pagi esok. Ikut Yaya senyap-senyap ke sekolah.'
Apakah?! Aku hairan. Kenapa pula?
'Kenapa?' balas aku.
'Intip pergerakan Yaya. Kau tahu kan sejak semalam dia berkelakuan pelik.'
'Ya. Jadi?'
'Kita perlu siasat. Esok pastikan Ochobot tak tahu kau keluar. Hanya kau dan aku saja yang tahu hal ni dulu.'
'Ok. Tapi kenapa aku?'
'Kau kan jiran Yaya. Kau akan dapat tahu bila Yaya akan keluar pagi esok. Boleh tak tolong aku ni?'
'Ya, baik.' Aku membalas ringkas. Malas pula memanjangkan perbualan. Ok, aku dah ada misi esok. Baik aku tidur awal untuk esok.
Aku terus masuk ke tandas untuk membersihkan diri sebelum tidur.
Keesokkan paginya.
Aku keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi tanpa pengetahuan Ochobot dan hanya memberi alasan kepada Tok Aba yang aku ada hal hari ini.
Dah dua minit berlalu sejak aku mengekori Yaya yang keluar rumah untuk ke sekolah awal-awal pagi. Tiada apa-apa yang mencurigakan.
Tiga minit berlalu, aku ternampak seseorang juga baru keluar dari satu lorong dan mengikuti Yaya secara senyap.
Aku cuba mengenal pasti orang tersebut. Lama aku merenungnya dari belakang aku sudah dapat kenal. Fang! Ya. Kejap, eh- Fang?!! Apa dia buat di sini?
Ok. Aku dah faham maksud Ying. Apa yang mencurigakan dia. Sejak Fang datang semalam. Yaya semakin pelik. Tapi, apa sebabnya?
Aku terus mengekori mereka sehingga sampai di sekolah dan sehinggalah aku melihat Yaya dan Fang berbual di koridor sekolah.
Aku mendengar segala perbulan mereka. Aku tak beberapa faham. Yang paling mengejutkan ialah Fang juga mempunyai kuasa.
Apakah?!!! Yang peliknya, dari cara perbualan mereka macam masing-masing dah mengenali sesama sendiri. Tapi... sejak bila?
Macam ada satu rahsia besar antara mereka. Apa ya? Tak apalah. Lebih baik aku beritahu Ying dulu dan berbincang dengannya.
YOU ARE READING
Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionSiapa sangka disebalik peribadi Yaya yang baik dan peramah itu ada kisah hitam silamnya. Sejak Fang berpindah ke sekolahnya Yaya seperti membenci akan Fang. Ying perasan akan keanehan itu dan memberitahu kepada Boboiboy dan Ochobot. Ketika mereka...