Bertemu

165 13 2
                                    

##########

"A... aku... o-okey." Kata Yaya. Dia cuba berdalih dari jawab soalan aku.

"Seriuslah?" soal Boboiboy Taufan.

Yaya mengangguk laju.

Aku melipat selimut dan menyangkutkannya di bahu aku. "Yaya, kenapa kau naik ke bumbung?" soal aku lagi sekali.

Yaya terdiam. Dia macam resah. "A-aku pergi dulu. Dah malam ni. Assalamualaikum."

"Eh- hei, Yaya!" tak sempat aku nak menahan dia, dia dah terbang dulu ke tingkap biliknya dan masuk. Kemudian, dia tutup tingkap dan langsir biliknya.

Apa perkara yang dia sedang rahsiakan?

Boboiboy menampar bahu aku. "Hoi!"

Aku terlompat dan hampir melatah panjang. "Eih, apahal?"

Boboiboy menjongket kedua keningnya dan bahunya. Bertanya kenapa.

Aku hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

##########

BAM!

"Aku nak tahu! Apa masalah korang berdua ni ha?!"

Aku renung tajam Gopal dan Boboiboy yang sedang makan burger bersaiz 'king' di hadapan aku.

"Rilekslah Ochobot. Makan dulu." Gopal tersengih sambil mempelawa aku makan.

"Aku serius ni. Dah tiga hari korang tangguh buat kerja ni. Esok kena hantarlah!"

Gopal dan Boboiboy hanya tersengih sebelum terkocoh-kocoh membuka buku latihan dan buku teks. Masing-masing mula menyiapkan kerja.

"Haiya Ochobot, kenapa lu asyik marah-marah ni?" soal Ying yang duduk berdekatan kami.

"Ntahnya dia ni. Beremosi betul dia beberapa hari ni." Sahut Gopal.

Aku menjelingnya.

Gopal menelan air liur sebelum kembali menulis.

"Jangan tegur bila dia tengah marah." Bisik Boboiboy namun dapat aku dengari.

Gopal mengangguk perlahan.

Aku kembali memandang ke arah Ying dan mengeluh perlahan sebelum kembali memulakan bicara. "Tak tahulah... rasa macam... pelik."

"Pelik?" soal Ying lagi.

"Aku... pun tak tahu kenapa." Kepala yang tak gatal digaru.

Ying menelengkan kepalanya. "Ni pasal Yaya dah lama tak datang ka?"

"Ish, ayat kau menimbulkan salah fahamlah."

Ying ketawa.

"Bukan macam tu. Sejak dua menjak ni dia asyik tak sihat."

Ying berdiam dan berfikir sejenak.

Kemudian dia berkata, "Betul juga. Haih, aku risau la. Kenapa agaknya ya? Aku ada tanya dia, tapi dia kata dia cuma tertekan dengan peperiksaan dan kes tu. Tapi... aku ragu-ragu."

"Hmm... mungkin sebab..."

"Pasal dia hampir jatuh dari bumbung hari tu ke?" Boboiboy tiba-tiba bersuara.

"Ha? Apa?! Dari bumbung?!!" Ying terkejut.

Aduh, Boboiboy! Apahal kau bagitahu Ying?!

"Eh- tak! Tak adalah! Apa kau merepek ni?" segera aku memijak kaki Boboiboy.

"Ouch!"

Ying mula gelabah. "Ha, seriuslah? Bila? Kenapa?!"

"Eh, tak adalah. Boboiboy memandai je. Eii... aku sepuk kau kang." Gelabah juga bila aku cuba nak cover apa yang Boboiboy terlepas cakap.

"Eh- tapi Ocho- Aaahh!" Boboiboy mengerang kesakitan. Apa dia tak faham-faham aku suruh dia diam dengan pijak kakinya.

"Ha? Tapi apa?" soal Ying.

"Tth- tak ada... apa-apa. Aku... sengaja merepek." Boboiboy tersenyum kelat sambil menahan sakit akibat kakinya yang dipijak aku.

Ying menghela nafas berat setelah memukul bahu Boboiboy. "Aih... kau ni. Janganlah main-main!"

"Ah- haha..." Boboiboy tertawa hambar. Dia menjeling tajam ke arah aku.

##########

Fang:

"Kau dah jumpa dia?" soal abang aku melalui panggilan telefon.

Aku mengeluh lemah sebelum membalas, "Belum." Satu keluhan dilepaskan.

"Aik, dah berbulan duduk di situ masih tak jumpa?" soalnya lagi.

Aku memandang ke arah tangan kananku yang memegang satu alat pengesan canggih. "Belum..."

"Kau jangan nak akap alat yang aku buat tu rosak."

"Taklah..." Hish, tak cakap apa-apa dah kena tuduh macam itu.

Selepas jeda beberapa saat, abang bersuara. "Tak apalah. Kau teruskan. Ingat Fang, hati-hati."

Aku mengangguk sebelum mendengar abang mematikan panggilan. Telefon bimbit aku masukkan ke dalam beg yang digalas.

Aku memandang ke arah sekeliling. Logik ke kalau aku cari dia di lorong-lorong ni? Banyak sampah dan suasana agak gelap.

"Mana kau ha?" aku mendongak ke langit. Malam-malam ni aku bersengkang mata keluar untuk menjejak Hanna. Aku perlu cari dia secepat mungkin. Kalau tak-

"Fang!~" satu suara perempuan mengejutkan aku. Aku segera menoleh ke belakang. Eh-

"Fang!" gadis itu segera berlari ke arah aku sebelum memeluk leher aku. Terkaku aku dibuatnya.

Tangan aku perlahan-lahan cuba untuk membalas pelukannya namun terhenti. "Ha-Hanna." Aku menyeru namanya perlahan.

Gadis itu meleraikan pelukannya. Matanya yang beriris merah menatap aku."Dah lama tak jumpa kau!" senyuman terlakar di wajahnya.

Tak tipu. Aku mula-mula tertawan juga bila melihatnya. Akhir sekali kami berjumpa 12 tahun lalu. Dari wajahnya yang bulat dan comel, kini lebih bujur dan lawa. Sama seperti Yaya.

Tit! Tit! Tit! Alat pengesan aku berbunyi.

"Eh, apa tu?" soal Hanna.

"Ouh, ini... tak ada apa." Segera aku menutup alat itu. Ish, kenapa kau tak bunyi awal-awal? Rosak ke?

"Ma-macam mana kau boleh ada di sini?" soal aku.

Hanna tertawa sebelum membalas. "Aku memang merayau-rayau kat sini. Tiba-tiba terserempak dengan kau. Hehehe..."

"Huh, buat apa merayau malam-malam ni?"

"Saja... mencari 'mangsa'. Hehe...:

"Mangsa?" A-apa maksudnya?

"Adalah... kau ni. Kenapa kat sini? Tak bahaya ke ke sini malam-malam?"

"Tak... tak ada apa. Saja. Ambil angin."

"Ouh... Okey! Aku nak kena pergi dulu."

"Nanti, Hanna." Aku menarik lengan bajunya.

Dia memandang aku kehairanan.

"Kau... ada pergi jumpa dengan Yaya ke?"

Beberapa saat jeda sebelum dia membalas. "Sepanjang kau tak ada di sini aku tak berjumpa dengan dia pun. Jangan risaulah. Cuma aku ada jumpa dia haritu."

A-apa?! Jadi... sebab itukah Yaya nampak senyap semacam beberapa hari ni?

"Hanna... kenapa kau-?"

"Jangan risaulah. Aku tak buat apa-apa pun dengan dia. Aku cuma rindu dia saja." Katanya sambil tersenyum manis.

Huh?!!

"Oklah. Dah lewat ni. Esok kau nak ke sekolah bukan? Aku pergi dulu. Chiao!" tanpa sempat aku membuka mulut dia terbang dan menghilangkan diri.

"Erghh..." Aku menggenggam kuat tangan aku.

"Aku takkan tertipu. Tunjukkan diri sebenar kau... Hanna."

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now