Baik Semula?

166 14 0
                                    

Aku mendaki tangga bangunan setinggi tiga tingkat itu. Tingkat bawah sekali atau yang pertama ialah pejabat. Dan tingkat kedua ialah perpustakaan. Kadang-kadang aku mengeluh juga. Kenapalah kelas dekat tingkat atas perpustakaan. Nak buat bising pun tak boleh.

Sewaktu lalu di hadapan kelas aku berselisih dengan Yaya yang sedang keluar kelas. Aku tahan dia.

"Yaya, kelas ada kat bilik kaunseling."

"Em." Dia hanya mengangguk. Nampaknya macam dia dah tahu sebelum aku bagitahu.

Aku pandang ke dalam kelas melalui ruang-ruang kosong antara tingkap kaca kelas. Ada pemberitahuan ditulis pada papan putih oleh budak kelas kami.

'Weh, kelas kat bilik kaunseling. SEKARANG! Bawa pensel dan buku kosong.'

Amboi, besar-besar dia tulis kat papan putih tu. Siap mention nama aku dengan Yaya sekali dengan bahagian bawah papan putih.

"Err... ok." Aku menggaru belakang leher aku yang tak gatal sebelum mula beredar.

Tiba-tiba nama aku dipanggil oleh Yaya. "Fang."

"Hm?" aku menoleh.

"Terima kasih bagitahu." Katanya sebelum beredar menuju ke tempat yang sepatutnya.

Aku terkaku. Terkejut. Yelah, Yaya tiba-tiba cakap terima kasih. Sebelum ni nak bercakap dengan aku pun tak mahu. Yang paling mengejutkan. Aku nampak tadi dia cuba nak senyum masa ucap terima kasih. Namun entah apa yang menghalang dia. Nampaknya, ada petanda yang hubungan kami akan semakin baik.

Well,memang tepat tekaan aku. Yaya nampaknya dah semakin ok dengan aku sejak beberapa minggu ni. Maksudnya sekarang dia dah lebih selesa bercakap dengan aku. Seolah-olah segala-galanya baik sahaja.

Walaubagaimana pun, dia langsung tak sentuh cerita masa kitorang kecil dulu. Aku pun tak berani nak bertanya lebih. Aku sebenarnya rasa kekok pula bila dia bercakap dengan aku. Aku tak tahu kenapa.

Boboiboy, Ochobot, Gopal dan Ying pun perasan dengan perubahan Yaya. Aku sedar tentang kesedaran diorang tu. Tapi diorang pun masih cuba berlagak macam tak perasan apa-apa walaupun dah bertimbun pelbagai persoalan dalam minda diorang.

Hahaha... tak apalah. Belum masanya untuk diorang tahu keadaan aku dan Yaya sekarang ni. Cuma... aku masih tak patut rahsiakan 'perkara ni' pada Yaya.

##########

"Em... Yaya." Setelah lebih 15 minit berfikir aku cuba panggil dia yang sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya.

Kami sedang duduk di pondok berbumbung berdekatan gerai kokotiam Tok Aba. Yang lain masih belum sampai. Boboiboy dan Ochobot pula sedang membantu Tok Aba sementara tunggu yang lain sampai.

"Hmm? Kenapa?" soal Yaya sambil memandang aku.

"Aku... ada perkara yang nak bagitahu kau."

"Perkara apa?

"Err... aku..." aku jadi teragak-agak pula. Apahal aku ni?

Yaya masih menunggu jawapan aku.

"Aku tahu tentang-"

Telefon Yaya tiba-tiba berdering. Kuat pulak tu. Terkejut aku. Cis.

"Oh, maaf Fang. Ying call aku." Dia menjawab panggilan Ying.

Aku menghela nafas. Haih...

"Eh, ada ke? Bila? Kenapa?" soal Yaya bertubi-tubi pada Ying. Dia jeda seketika.

"Ok... tapi Gopal tak sampai lagi."

Jeda.

"Ok, ok. Kitorang gerak sekarang. Jumpa kau kat balai terus eh? Ok. Bye." Panggilan telefon dimatikan. Dia terus pandang aku cemas.

"Jom ke balai polis."

"Ha?!" Oh, tidak. Aku ada buat salah ke?

##########

Boboiboy menolak pintu kaca Balai Polis Pulau Rintis. Perlahan-lahan dia menapak masuk diikuti Yaya, Ochobot dan aku.

Masuk-masuk saja Ying dan Gopal sudah duduk menunggu di sebuah bilik yang terdapat beberapa buah sofa dan meja kopi. Di atas meja tu ada beberapa helaian kertas yang kelihatan amat formal dan penting. Dua orang pegawai polis turut ada dalam bilik tersebut.

##########

Yaya:

"Maaf sebab mengganggu kalian. Ikutkan saya dan pihak polis tak mahu libatkan kalian dalam kes ni. Cuma, dah bertahun-tahun kami jalankan siasatan tapi masih tak ada hasil." Pegawai polis bermisai hitam lebat itu kelihatan benar-benar terdesak.

"Kami tahu kalian semua ada pepesiksaan penting tahun ni. Tapi, kes ni tak sepatutnya dibiarkan. Boleh tak Detektif Yaya dan kawan-kawan bantu kami dalam kes ni?" soal pegawai polis bermisai itu lagi. Nampaknya, dia benar-benar mengharapkan kami dapat membantu dia.

Perasaan aku mula berbelah bahagi. Aku tak yakin aku dapat bantu. Sedangkan pihak polis pun tak dapat selesaikan kes ni.

"Jangan risau. Kami akan cuba elakkan kamu semua dari menghadapi sebarang risiko. Kalian cuma perlu mencari klu atau apa-apa petunjuk seterusnya. Selebihnya pihak kami akan bertindak." Pegawai polis itu cuba meyakinkan aku.

Aku memandang ke arah kawan-kawan aku yang lain. Diorang setuju ke?

Ying memegang tangan aku. "Tak apa Yaya. Kita cuba bantu pihak polis.walaupun kes ni sangat merbahaya. Aku yakin kita boleh." Dia memberi kata-kata perangsang semangat.

"Aku ok saja. Rasanya yang lain pun ok kan?" soal Boboiboy pada yang lain.

"Em. Aku on." Balas Ochobot. Gopal dan Fang pula hanya menangguk.

Aku tersenyum walaupun tawar. "Baik. Kami terima kes ni."

Dua orang pegawai polis itu tersenyum.

"Baguslah. Baik, kami akan terangkan lebih lanjut tentang kes ni."

"Em."

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now