"Hoi, ok tak?" Sergah seseorang dari sebelahku.
Aku menoleh.
"Apahal kau?"
"Tak adalah. Termenung saja. Nah, aku belikan kau air." Lelaki berambut perang gelap itu menghulurkan sebotol air kepadaku.
Aku menyambutnya dan mengucapkan terima kasih.
Dia duduk di atas kerusi di sebelahku.
"Aku nak tidur dulu. Nanti dah sampai kejutkan aku."
"Em."
Dia melelapkan mata setelah bersandar pada kerusi kereta api tersebut. Aku melemparkan pandangan aku keluar tingkap sebelum mengeluarkan sebuah telefon pintar dari poketku.
Telefon Fang.
Aku membuka kata laluan dan membaca beberapa buah coretan pada aplikasi nota di telefonnya. Diari.
'Pulau Rintis.'
'Yo, aku bukanlah seorang yang suka tulis diari tapi, aku rasa macam perlu untuk aku tulis.'
Aku scroll ke bawah.
'Hari ini aku jejakkan kaki di Pulau Rintis. Yes, after 12 years! Jadi mula-mula sekali aku perlu bersihkan rumah lama sebelum aku tinggal di situ. Ya, sangatlah bersepah. Tapi bila jejak saja kaki dalam rumah tu, segala memori bersama mak dan ayah aku terimbas. Sedihlah...'
Scroll.
'Heyyo! Hari ini hari pertama aku akan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis. Wau, tak sangka besar betul sekolah ni. Beberapa minggu sebelum sampai sini aku dah daftar secara online. Jadi, aku hanya perlu ke pejabat dan sahkan kehadiran aku.'
Scroll.
'Waktu aku masuk kelas, orang pertama sekali aku nampak Yaya. Rindunya! Dah 12 tahun. Walaupun aku nampak dia tak gembira dengan kehadiran aku, tapi aku nampak dia dah ada ramai kawan. Wah, seronoknya! Ying, Boboiboy, Gopal dan Ochobot. Yang paling bestnya diorang semua okey untuk berkawan dengan aku.'
Scroll.
'Aku rasa Yaya masih marahkan aku. Kenapa? Aku dah cuba nak terangkan pada dia tapi dia tak mahu dengar. Susahlah macam ni.'
Scroll.
'Abang kata Hanna mustahil untuk dihapuskan. Betul ke? Mungkin sebab Hanna masih ada kesan kuasa abang dan aku.'
Aku termenung tatkala membaca ayat tersebut.
"Oi, menung?" Bahu aku ditepuk.
"Senyaplah, Sai. Tadi kau kata nak tidur."
"Hehe..."
Aku membuka beg sandangku. Mencari sesuatu yang penting.
Tiada?
Di mana? Seingat aku... aku ada bawa. Argh... takkanlah.
###########
5 tahun kemudian...
Totoitoy:
Selesai makan malam, bergegas aku menaiki tangga namun langkah aku terhenti tatkala mak memanggil aku.
"Otoi, nak naik belajar ke?"
Aku menoleh, memandang ke arah wajah mak yang sedang mengelap meja makan.
"Nanti Otoi belajar. Sekejap saja Otoi nak naik ke bilik kakak."
"Iyalah, jangan lupa belajar malam ni. PT3 dah nak dekat."
"Baik mak!" Segera aku meneruskan langkahku.
Sampai sahaja di tingkat atas segera aku berlari ke sebuah bilik dan menguak pintu tersebut.
Aku menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Setiap sudut aku renung sambil mengimbas memori indah bersama kakak.
Rindu sangat. Sudah tiga tahun kakak tinggalkan kami. Pergi menuju kepada Yang Kekal.
Rindu. Hanya itu sahaja yang aku dapat ungapkan tentang perasaan ini.
Aku menghempaskan diri di atas katil bercadar merah jambu cerah itu. Kemas. Bersih. Hampir setiap hari aku membersihkan bilik ini. Demi memori bersamanya tak aku lupa.
Aku melelapkan mata kerana terlalu mengantuk. Penatlah hari ni... banyak perkara jadi dekat sekolah tadi.
Bip! Bip! Bip!
Baru sahaja hendak dibuai mimpi aku terjaga akibat satu bunyi asing.
Aku menoleh ke sekeliling. Malas betul nak bangun mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.
Aku bangun perlahan-lahan mencari punca bunyi itu. Bunyinya seperti alat pengesan saja.
Semakin aku mendekati suatu arah, semakin kuat bunyi tersebut. Aku menundukkan badan tatkala sampai disebuah rak yang terdapat sebuah kotak di tingkat bawah sekali.
Tak pernah tengok pun kotak ni?
Aku membuka kotak itu. Bunyi semakin kuat. Sah, bunyi itu dari sini.
Aku menyelukkan tangan, menyelongkar isinya. Hinggalah aku terpegang sebuah alat yang sedang bergetar sedikit akibat berbunyi.
Apa ni? Aku cuba menekan satu butang berwarna merah.
Alat itu berhenti berbunyi. Dalam keadaan mamai aku menelek alat itu. Remote control?
Deruan angin malam yang masuk melalui tingkap mengejutkan aku sedikit. Sejuk.
Aku meletakkan alat itu kembali dan bergerak ke tingkap untuk menutupnya.
Seram sejuk.
Aku rasa seperti ada sesuatu di belakangku.
"Hai." Satu suara mengejutkan aku. Aku menoleh.
"Ka... kakak?"
'Dia' tersenyum memandangku. Segera aku mendakapnya.
"Ka-kakak... Urghhh... Totoitoy rindu akak!" Aku memeluknya erat.
Ketika itu, aku dapat rasakan dia membalas pelukanku. Tak hangat. Sejuk. Namun, aku tak endah. Rindu yang tertanam di benak aku lepaskan.
Aku rasa... aku mungkin terlalu rindu dan mamai. Mungkin... ini imaginasiku sahaja. Tak hairanlah.
"Adik." 'Dia' memanggilku.
Aku mendongakkan kepala memandang wajahnya. Agak kabur.
"Boleh tolong kakak?" Soalnya.
Aku mengangguk.
"Ok, tolong apa?"
'Dia' mendekatkan wajahnya pada telingaku dan berbisik halus.
"Tolong kakak untuk hidup semula."
Aku memandangnya dengan wajah hairan. Sekejap... aku rasa tak sedap hati. Namun aku masih bersetuju.
"Terima kasih."
Gelap.
"HihihihHihIHIHIHIhihihHihIHIHiihihi..."
"AAAaaaaRrrGGhhhhHHHHHhhhhHHHH!!!"
##########
Tamat?
YOU ARE READING
Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]
Fiksi PenggemarSiapa sangka disebalik peribadi Yaya yang baik dan peramah itu ada kisah hitam silamnya. Sejak Fang berpindah ke sekolahnya Yaya seperti membenci akan Fang. Ying perasan akan keanehan itu dan memberitahu kepada Boboiboy dan Ochobot. Ketika mereka...