Kes Detektif

178 15 2
                                    

'Kes pembunuhan kejam bersiri yang misteri'

Ish, rumitnya kes ni. Pembunuh betul-betul tak bagi klu. Macam... dia lakukan pembunuhan ni sacara rawak dan tanpa motif.

Aku mundar mandir di dalam bilik sambil menganalisis beberapa helaian kajian kes dan gambar-gambar mangsa yang diberikan pihak polis temph hari.

Dah beberapa kali aku menggaru kepala. Tangan pun dah penat menulis pelbagai andaian dan kemungkinan tentang corak dan motif kes ni.

Bila difikirkan balik. Aku dan Ying pernah berbual pasal perkara ini. Tapi, waktu tu aku hanya tahu keadaan kes ni sekadar apa yang orang ceritakan. Tak sangka ia sebenarnya lebih rumit.

Pada awalnya, kes pembunuhan itu nampak seperti dirancang. Tapi... berdasarkan apa yang pegawai polis hari tu cerita, waktu antara satu pembunuhan dengan pembunuhan yang lain tak tetap. Kadangkala diselangi hari, kadangkala minggu dan bulan.

"Ish, mangsa-mangsa ni kalihatan tak ada sebarang kaitan. Macam mana nak cari pembunuhnya?" Aku mengeluh.

Aku duduk di atas katil. Letih bermundar-mandir dari tadi.

Cuma, apa yang aku perasan ialah setiap mangsa hanya satu sahaja organ yang pecah dalam badan mereka. Tiada sebarang kesan tikaman atau apa-apa senjata yang digunakan pembunuh. Pelik. Seolah-olah dia gunakan...

"Ilmu hitam?" mata aku terbuntang bila terfikirkan perkara itu.

"Ish!" aku menggeleng laju seolah-olah menafikan andaian aku.

Tapi... tak mustahil juga. Kalau andaian aku betul, aku perlu tahu motifnya. Aih... susahlah kalau berterusan begini. Dah beberapa hari juga aku cuba memahami kes ni.

"Baik aku tanya yang lain."

Dengan segera aku mencapai telefon pintar di atas meja belajar dan menaip mesej dalam group whatsapp kepada kawan-kawan aku.

'Korang, ada apa-apa progres?'

Beberapa saat kemudian mesej aku dibalas.

'Not yet.' Balas Ochobot.

'Sorry Yaya. Aku pun tak jumpa apa-apa lagi. Yang lain pun sama.' Balas Ying.

Ying menghantar mesej lagi. 'Hei, mana Fang? Dia tak bagitahu apa-apa tentang progres dia ke?'

Haah lah. Aku pun baru perasan. Fang langsung tak beri respon tentang kajian dia pasal kes ni beberapa hari ni. Dia ke mana?

'Dia busylah tu...' balas Boboiboy.

'Haiya, busy apa ma? Aku tengok dia banyak termenung dalam kelas adalah.' Balas Ying disertai beberapa emoji geram.

'Uuuiii...Ying usha Fanglah.' Gopal yang senyap dari tadi membalas.

'Ey, kau apahal ha Gopal?!' Ying turut menghantar emoji marah yang besar selepas membalas mesej Gopal.

'Ayok Gopal. Habislah kau esok.' Boboiboy membalas disertai emoji ketawa.

'Sudah, sudah. Esok sekolah. Baik kita tidur.' Aku cuba menghentikan perbualan sebelum ianya berlarutan sampai ke esok.

'Hehe... akak Yaya dah marah.'Gopal terus offline selepas menghantar mesej. Huh, nak mengelat dari kena marahlah tu.

Aku mengeluh perlahan sebelum menutup telefon. Baik aku segera tidur dan sambung memikirkan hal ni esok. Pihak polis hanya bagi kami tempoh masa sebulan saja.

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now