Maafkan Aku

167 13 2
                                    

Amaran! Bab ini mungkin mengandungi unsur yang mengecewakan pembaca. Seribu permohonan maaf diminta.

##########

Satu serpihan kaca yang agak besar diapungkan Hanna ke arah tangannya. Dia mengenggam serpihan kaca itu.

"Aku rasa... aku mampu bunuh kau tanpa gunakan kuasa. Biarlah kau mati secara normal."

"Kau... nak buat apa?" Aku bersuara lemah.

"Cabut nyawa kau."

Tak... jangan! Jangan!!!

Dia menagngkat tinggi serpihan kaca itu sebelum cuba menikam dada aku.

TIDAK!!!

Mata aku tepejam rapat. Kali ini aku pasrah... kalau ini adalah pengakhiran nafasku di bumi.

Srakk!!!

"Apa?"

Aku mendengar suara Hanna yang kedengaran dia seperti terkejut. Tapi... aku tak rasa sakit meskipun dengar bunyi tikaman.

Setitik cecair hangat jatuh di atas muka aku.

Hah? Apa ni?

Aku membuka mata.

Alangkah terkejutnya aku. Di depan aku ada seseorang.

Fang.

Dia memejamkan mata menahan kesakitan.

Aku memandang tubuhnya. Serpihan kaca tadi menimbusi dadanya. Darah dari kepalanya menitik pada wajah aku.

"Fang? Apa kau buat?"

Fang terbaring lemah ke tepi. Dia memandang aku. "Kan aku dah pernah kata pada kau. Aku janji untuk jaga kau dari dia."

Hanna berdecit sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Aku bangun dan menerpa ke arah Fang. "A- apa... kenapa kau lakukan ini?"

Fang hanya tersenyum. Dia menggelengkan kepala. "Kau... akan faham, Yaya."

"Tak... Fang! Kenapa?" Mata aku mula mengalirkan air mata kembali. Kenapa? Kenapa kau buat macam ni?

Kenapa kau cuba untuk mati sebab aku? Tak cukupkah yang lain dah jadi mangsa. Kenapa kau nak korbankan diri kau?

Pelbagai soalan di dalam benakku tak mampu dikeluarkan tatkala melihat Fang yang sedang berusaha mengumpul nafas.

"FANGGGGG!!!!" Satu suara dari jauh mengejutkan aku.

Aku dan Fang menoleh ke arah pemilik suara itu. Dia sedang berlari menuju ke arah kami.

"A- abang..."

Hah? Abang Fang?

Lelaki yang dikenali sebagai abang Fang itu menerpa ke arah adiknya. Dia mengangkat kepala adiknya dan meletakkannya di atas pehanya.

"Fang! Apa kau buat ni?"

"A-abang... maaf."

"Kau gila ke? Kan aku dah kata kau lemah! Kenapa tak panggil aku?" Tegas si abang memarahi adiknya meskipun hampir di hujung nyawa. Tapi aku tahu... dia tak marah. Cuma kecewa yang teramat.

"A- aku ok..." Ujar Fang lemah.

Abang Fang menoleh ke arah Hanna. Matanya penuh amarah.

"Kau mungkir janji kau!!!"

Apa? Janji?

Hanna tersenyum sinis. "Kau... percayakan aku? Tolonglah, itu salah kebodohan kau. Sedangkan janji manusia pun tak ada jaminan untuk ditepati, kau berharap aku tunaikan janji."

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now