Dendam Terpendam

126 14 0
                                    

Hanna ketawa lagi. "Bila korang mula tak pedulikan aku, aku mula kehilangan tenaga macam yang korang sangkakan.

Jadi, suatu hari aku jumpa satu cara untuk dapatkan tenaga daripada benda hidup yang lain."

Benda hidup lain? Gila! Ini gila!

"Mula-mula aku guna pada tumbuhan. Aku gunakan kuasa graviti untuk memampatkan bahagian yang menggunakan tenaga paling banyak.

Daun. Lepas itu, aku gunakan sedikit kuasa tenaga yang aku ada untuk sedut tenaga pada daun tu."

"Dan... daun tu hancur?" Soal Ying.

"Yah, tanpa sengaja." Kata Hanna selamba.

Aku terpandang pada kelopak-kelopak bunga layu yang bertaburan di atas lantai. Jadi, itu sebabnya kenapa banyak kelopak bunga. Dia ambil tenaga dari daun dan kemungkinan batangnya juga.

"Walau banyak manapun tenaga tumbuhan aku ambil, semuanya tak mampu menampung tenaga yang aku perlukan."

"Jadi..."

"Ya, aku ambil dari manusia. Aku ada juga cuba pada haiwan. Tapi hasilnya tak sememberangsangkan tenaga dari manusia." Hanna tersenyum.

Dia bangun dari tempat duduknya dan terbang ke arah kami.

"Tapi, ada pula untuk ambil tenaga dari manusia. Malangnya, ada had. Hanya satu organ yang paling bertenaga sahaja boleh aku gunakan untuk ambil tenaga untuk..."

Jeda.

"Untuk jadi manusia sebenar?" Soal Fang. Wajahnya menitiskan peluh dingin.

"Ya, kau tahu? Disebabkan jasa Suzy beberapa hari lepas, aku dapat naik ke satu peringkat lagi." Kata Hanna dengan penuh kegembiraan.

Aku mengetap bibir. "Tak guna. KAU BUNUH DIA UNTUK KAU DAPATKAN KEHIDUPAN KAU?!!"

Hanna tersengih. "Iya, diorang sepatutnya gembira dengan jasa yang amat berguna untuk aku."

"Kau pembunuh!" Marah Boboiboy.

Hanna menggeleng sambil ketawa. "Itu apa yang korang sangka."

Aku geram. Sampai hati kau Hanna!

Bukk!

Satu tumbukan aku bagi pada pipi Hanna.

"KAU TAK ADA HATI PERUT! JANGAN MIMPILAH UNTUK JADI MANUSIA!!!"

Mata merah jambu Hanna melirik ke arah aku. Senyumannya mati.

"Ini semua fasal kau..." Suara Hanna tipis kedengaran.

"Apa aku dah buat Hanna sampai kau jadi macam ni?!! Apa kena mengena dengan orang yang tak bersalah yang dibunuh?!!" Aku menahan tangisan. Apa salah orang yang dibunuh kalau aku puncanya?

"Kau ingat kau sorang sajakah ada hak untuk bahagia?!"

Suara Hanna tidak sesinis sebelum ini. Wajahnya serius menahan marah dan tangis.

"A- apa yang kau maksudkan ni?"

"Kau yang menyebabkan aku jadi macam ni!"

Hah?!!

"Kau sisihkan aku bila kau dah ada kawan lain. Kau lupakan kewujudan aku!"

A- aku... apa yang aku dah buat?

11 tahun lalu...

"Yaya, aku kena pergi sekarang..." ujar Fang. Aku tertunduk menahan sedih.

"Tapi... kau tak bagitahu pun kenapa kau perlu pindah."

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now