Bukti 'Nyata'

147 12 1
                                    

"Aku takkan tertipu. Tunjukkan diri sebenar kau... Hanna."

Kringg! Kringg!

"Oich-!" Hampir terlatah aku bila telefon tiba-tiba berdering. Habis rosak mood serius aku.

Aku menatap skrin telefon. Abang? Kenapa dia call lagi?

Butang hijau diseret ke tepi skrin. "Hello?"

"MANA DIA? DIA ADA DI DEPAN KAU KE?!!" Bak halilintar suara itu menerjah ke telinga aku.

"Aduh! Siapa?"

"Hannalah. Dia ada dengan kau ke sekarang?" Suaranya sudah tak sekuat tadi.

"Tak. Tapi, tadi dia ada datang. Dia baru je pergi."

Tiada respon.

"Abang, macam mana abang tahu?"

Jeda beberapa saat sebelum abang bersuara. "Aku dapat isyarat dari alat pengesan itulah."

"Ouh."

"Hei, nak aku ke sana ke?"

Aku pelik. "Buat apa?"

"Tolong kaulah! Kau kan lemah."

Aku berdecit perlahan. "Tak, aku boleh buat sendiri... rasanya."

Jeda.

"Tadi, waktu aku jumpa dia. Dia dah lain."

"Dah lain?"

"Ya, dia macam... dah ada bentuk solid. Dah tak macam bayang. Aku dapat rasa bila dia peluk aku, macam ada haba dari badan dia."

"Maksud kau... dia dah menghampiri-"

"Entahlah. Aku tak yakin macam itu sekali. Tapi, aku pelik. Macam mana dia dapat tenaga selama ni?"

Abang terus diam dan menunggu aku menyambung bicara.

"Kalau ikutkan, baru beberapa bulan aku duduk di sini. Takkan disebabkan tenaga aku dia sudah sampai tahap ni."

"Hm... sebaiknya kau perlu perhatikan dia. Selalu."

"Susah nak jumpa dia. Dia pun macam mengelakkan diri dari aku."

"Kau lupa ke? Kali terakhir korang berjumpa korang bergaduh. Kau yang suruh dia pergi jauh-jauh dan jangan kacau Yaya lagi kan?"

"Ergh... memanglah. Tapi dia nampak ok saja bila jumpa aku tadi. Ceria. Tapi, aku masih tak percayakan dia. Dia tu licik."

Jeda sekali lagi.

"Abang, kau ada dengar tak pasal kes kat sini tu?"

"Kes mana? Yang pembunuhan ngeri tu ke?"

"Ha'ah, kes yang tak dapat dijejaki tu."

"Ada juga."

"Aku turut bantu diorang siasat kes ni."

"Jadi?"

"Emh. Tak ada progres lagi."

"Aku... ada syak seseorang. Rasanya."

"Hm? Siapa?"

"Tak apalah. Jaga diri kau. Apa-apa hal call aku. Kalau tak aku datang ke sana. Bye." Dengan pantas dia tukar topik dan menutup panggilan.

"Eih, dasar... Suka sangat buat suspenlah dia ni."

##########

"Roti, biskut... hmm... Milo nak ke?" Bisik aku sendirian dalam perjalanan ke kedai. Langit masih biru. Hari ini, hari sabtu. Adalah masa nak ke kedai pagi-pagi.

Macam ni rasanya hidup seorang diri. Tak ada nak beli bahan-bahan basah sangat. Mampu beli makanan macam tu sajalah. Nasib abang rajin hantar duit setiap minggu.

Pukul 9 pagi nanti ada study group pula dengan Boboiboy. Banyak kali mereka tanya aku kenapa tak datang. Malas aku kena soal banyak kali. Naik menyampah.

Sebenarnya aku menghilang selama ni sebab sibuk menjejaki Hanna. Aku perlu tahu mana dia sembunyi dan macam mana dia masih ada tenaga. Ish!

"AAAAHHHHHhhh!" suara satu jeritan mengejutkan aku ketika melalui satu jalan. Nampaknya suara itu datang dari sebuah rumah.

Apahal tu?

Tak ada apa yang serius kot. Mungkin...

Langkah kakiku tak mampu kembali berjalan. Bulu roma tiba-tiba meremang. Perasaan tak enak muncul dibalik dada.

"AAAHHHHH!!!" Satu lagi jeritan kedengaran. Kali ini aku keliru. Jeritan itu disahuti dengan beberapa suara yang lain .

"TOLONGGG!!"

Langkah aku terhenti. Segera aku memalingkan langkah dan berlari ke arah suara tersebut.

Setelah beberapa minit berlari aku melihat sebuah rumah yang dikerumuni ramai orang.

Segera aku ke sana untuk melihat apa yang terjadi. Bukan kepoh. Cuma, aku rasa aku perlu tahu apa yang berlaku.

"Mati? Ish, kau ni." Satu suara kedengaran dari sekerumun manusia itu.

"Yalah. Dia muda lagi dah bunuh diri. Tak kesian pada family dia kah? Satu suara lagi menyahut.

"Ish, Joyah. Kau jangan memandai-mandai tuduh anak orang macam-macam." Satu suara lagi kedengaran.

Mati?

Tiba-tiba suara tangisan dan esakan semakin kuat kedengaran. Orang ramai mula ketepi, menjauhi pintu itama rumah itu.

Aku turut terdorong ke tepi. Beberapa saat kemudian kelihatan dua orang lelaki berbaju putih sedang mengusung sekujur mayat menggunakan pengusung dan membawanya ke dalam ambulans yang diparkir di tepi jalan.

Seorang lagi lelaki berbaju putih pula sedang menahan seorang wanita yang merupakan ibu mangsa daripada menarik-narik mayat anaknya sambil meraung.

A- aku macam kenal si mati. Suzy? Rakan sekelas aku?!!

"Sayang, sabar!" Seorang lelaki mendakap ibu Suzy daripada terus menerpa ke arah mayat anaknya. Mata lelaki itu mengalirkan air mata.

"Encik, salah seorang waris mangsa perlu ikut kami." Kata lelaki berbaju putih, pengawai kesihatan barangkali.

Lelaki tadi melepaskan dakapannya pada isterinya. Dia mengelap air matanya. "Biar saya encik."

Isterinya terduduk di atas lantai. Tangisannya tidak berhenti. Dia dipujuk oleh jiran-jirannya untuk bertenang.

Lelaki tadi mengikuti langkah pegawai kesihatan itu dan masuk ke dalam ambulans.

Aku masih terpempam melihat situasi tadi. Mana tidaknya. Mayat Suzy tadi kelihatan mengerikan. Darah keluar dari hidung dan telinganya. Kulitnya pucat dan urat timbul di sekeliling lehernya.

Apa jadi? Itu bukan kes bunuh diri.

"Nana, sabar." Satu suara yang aku kenali keeengaran. Aku segera menoleh ke arah suara tersebut.

"Nana..." Ying sedang memujuk Nana yang menangis.

"Ying, apa jadi?" Soal aku.

"Aku tak tahu. Aku pun baru sampai." Katanya.

Aku memandang Nana sayu. Ya, Suzy merupakan sahabat baiknya. Siapa sahaja yang tidak menangis bila sahabatnya 'pergi'.

Aku menghela nafas.

Kereta polis sampai berdekatan kami. Dua orang pegawai keluar dari perut kereta. Seorang menuju ke rumah Suzy dan lagi seorang menghampiri kami.

"Kamu berdua, kawan Detektif Yaya bukan?" Soalnya.

Aku dan Ying berpandangan sesama sendiri.

"Ya, kenapa?"

"Mari ikut ke balai."

Duh, apahal ni?!!

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now