Rumah Usang

107 13 0
                                    

Tapi... cakap tentang tempat tu berhantu. Agaknya, aku boleh jumpa Hanna di situkah?

Kalau ya, aku sanggup ambil risiko ke sana.

##########

Aku memicit dahi. Stress! Kenapalah aku tak mampu tolak desakan mereka?

"Hey, Fang! Cepatlah, bawa kami ke sana. Biar aku buktikan tempat tu sebenarnya tak ada hantu pun!" Kata Boboiboy sambil menarik lengan sahabatnya, Gopal yang sedang dalam ketakutan.

"De-dey! Betullah kat situ ada hantu. Kan dah ramai orang cakap macam tu." Gopal menarik-narik tangan Boboiboy.

"Itu rumor sahajalah." Kata Ochobot sambil mengunyah gula-gula. Malas melayan Gopal. Tapi, kalau benar dia juga mahu saksikan dengan matanya.

"Setuju!" Ying mengiyakan kata Ochobot.

Aku mengeluh perlahan. Beg galas yang digalas di bahu aku betulkan.

Sebenarnya aku memang berniat nak ke rumah yang dikatakan berhantu itu untuk cari Hanna. Banyak perkara aku nak urusankan dengan dia.

Disebabkan yang aku nak cari tu Hanna bukannya hantu, aku pergilah waktu siang. Yalah, Hanna kan bayang. Hm... bayang jadian agaknya.

Boleh pulaklah aku terserempak dengan Boboiboy dan kawan-kawan dia. Haih... mereka desak nak ikut aku lepas tahu aku nak ke sana. Kononnya nak buktikan kewujudan hantu.

Aduh... masalah lagi besar ialah Yaya pun ada sekali. Kalau rezeki aku jumpa Hanna harini... takkan aku nak biarkan Yaya bersemuka dengan dia. Matilah aku kalau macam ini.

Macam mana nak lari dari hal ni? Mereka asyik tarik aku setiap kali aku nak larikan diri. Aihhh.... susah weh!

"Fang, tak sangka kau pun berminat dengan hal hantu ni." Ujar Yaya.

"Eh, bukanlah."

"Habis itu?"

"HmmMmMMM...." APA AKU NAK JAWAB NI?!!

"Dah sampai hutan!" Jeritan Boboiboy mengejutkan aku.

Gopal ketakutan. "Wei, seriuslah aku nak teruskan juga?"

"Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan." Sempat lagi Ochobot berperibahasa sambil melemparkan senyuman ke arah Gopal.

"Mari." Boboiboy menarik lengan Gopal. "Aku akan buktikan. Tak ada pun rumah berhantu yang diorang ceritakan tu."

Gopal mula menangis sambil berdoa agar usianya dipanjangkan.

"Eh, aku rasa kkita patut batalkan saja niat kita ni. Esok-esoklah kita pergi." Aku cuba melarikan diri sekali lagi.

"Op, kau nak pergi mana hah?" Ochobot dan Gopal menarik aku.

"Huhu... temanlah aku Fang." Gopal memujuk. Tadi kata tak nak ikut! Sekarang dia pun tarik aku! Apahal ni?!!

"Eh- eh... ha- hari dah nak malam ni."

"Jangan bagi alasan tak logiklah Si Cacak." Ying bercekak pinggang di hadapan aku.

"Kau panggil aku Si Cacak? Kurang asam betul. Aku berani lagikan popular tahu?"

"Eleh, ini semua hanya omong-omongan kosong saja." Bidas Boboiboy.

"Kalau berani sangat bawaklah kitorang ke rumah hantu tu." Kata Ochobot selamba.

"Erk!"

"Ha... mari." Mereka semua menyeret aku ke dalam hutan.

Setelah beberapa minit berjalan kami tiba di sebuah rumah yang sering diceritakan itu. Taklah seperti yang aku bayangkan.

Rumah itu tidaklah sebesar mana. Cuma rumah banglo sederhana dua tingkat dan tiada pintu mahupun tingkap.

Lumut-lumut hijau memenuhi dinding rumah tersebut. Dah macam pusat flora yang lusuh sahaja.

Dengan ragu-ragu aku menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut. Diikuti dengan mereka.

"Tak ada pun hantu." Ujar Boboiboy sambil bercekak pinggang. Dia memandang sekeliling. Kosong. Hanya penuh dengan tumbuhan yang menjalar.

"Uhuhuhu... nanti dia keluar. Baik kita balik dulu." Pujuk Gopal.

"Jangan mengadalah."

Aku memerhati sekeliling, membiarkan yang lain bersembang. Tatkala mata aku melilau, aku perasan sesuatu yang pelik pada lantai di hadapan tangga rumah tersebut.

Kelopak bunga?

Segera aku ke sana dan mengutip kelopak bunga tersebut. Ada beberapa lagi kelopak bunga di kawasan berdekatan. Semuanya sudah layu dan ada yang hampir reput.

Aku terfikir. Apakah benar apa yang pegawai polis tu cakap haritu?

Tiba-tiba sesuatu berbunyi dari dalam beg aku. Segera aku memeriksa.

"Ti- tidak..." Alat pengesan yang abang bagi tu berbunyi. Maksudnya-

Aku memandang ke arah mereka. "Korang, keluar dari sini!"

"Eh, kenapa ni Fang?" Soal Boboiboy.

"KELUAR AKU KATA!!!" Dengan segera aku berlari ke arah mereka seraya menarik lengan baju Yaya dan menyeretnya keluar.

"Korang kena keluar dari sini!" Aku beetegas.

Yaya meronta sedikit. "Eh- kenapa ni Fang?"

"Fang! Tunggu!" Yang lain cuba mengejar aku.

"Kita kena keluar sebelum-"

"Sebelum?"

Soalan Yaya membuat aku terdiam. Aku tak boleh sebut nama dia. Arghhh....

"Cepat sajalah!"

"Hey, nak ke mana?" Satu suara menyapa.

Aku menoleh perlahan-lahan ke arah siara tersebut. Aku dah agak.

"Eh, siapa dia ni?"

"Hey, nak ke mana?" Satu suara menyapa.

Aku menoleh perlahan-lahan ke arah siara tersebut. Aku dah agak.

"Eh, siapa dia ni?"

Satu susuk berjalan ke arah kami. Aku kenal dia walaupun belum melihat wajahnya.

"Kh- kau...?" Suara Yaya tergagap-gagap.

"Hei, rindu aku?"

"Tch, Hanna."

Hanna menyeringai.

"Hanna?" Boboiboy, Ying dan Ochobot saling berpandangan.

"Kenapa dia... nampak serupa denga Yaya?"

Hanna tersenyum sambil menuju ke arah kami.

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now