"Aku ada tengok satu cerita. Kisah robot yang mengganas selepas diciptakan. Robot tu hilang kawalan dan bunuh semua orang termasuk penciptanya, seorang profesor robotik. Jadi-"
"Kau takut Hanna akan hilang kawalan dan membahayakan semua orang?" soal Fang.
Aku diam. Ya, aku risau. Aku tak tahulah kalau perasaan ni ada sebab aku terpengaruh dengan cerita-cerita sains fiksyen sebegitu.
Fang duduk di sebelah aku.
"Jangan risaulah Yaya. Hanna bukannya robot. Dia bayang." Katanya.
Hanna memegang tangan aku. Aku memandang wajahnya.
"Saya ok sajalah." Dia melemparkan senyuman manis pada aku.
Aku tersenyum tawar.
"Kau ni berfikir terlalu jauh. Aku hanya cipta Hanna menggunakan kuasa aku dan kuasa abang aku sikit." kata Fang.
Aku agak terkejut. "Kuasa abang kau? kuasa tenaga?!"
"Ya! Itupun tanpa pengetahuan dia."
"Fang! Tak baiklah apa yang kau buat ni. Itu dikira mencuri tau tak?" aku bercekak pinggang.
Fang menyilangkan tangannya di atas dada. "Heh... alah. Nanti aku bagi tahulah pada dia."
"Kau buat aku makin risau tahu tak? Macam mana kalau abang kau tahu? Mesti dia marah."
Fang terdiam seketika sebelum berbicara.
"Ok, aku minta maaf. Nanti aku cakap dengan dia. Kalau dia marah, aku cakaplah benda ni dah jadi pun."
Aku merenung tajam Fang.
"Haih... yelah. Aku janji takkan guna kuasa abang aku lagi tanpa izin dia dan minta maaf pada dia."
Aku tersenyum. "Janji kau akan jadi budak yang baik ya?"
Fang tergelak. "Ya, janji. Kau pun, janji cari kawan yang baik macam aku!" katanya bersemangat.
Aku tertawa. "Baik."
Jari kelingking kami saling bertaut.
"Kawan selamanya."
"Janji!"
##########
Setitik air jatuh ke atas gambar Hanna dan aku. Lamunan aku terus hilang.Aku gosok bawah mata aku. Basah.
Aku simpan gambar tadi semula ke dalam laci. Kemudian, aku pandang jam dinding yang menunjukkan pukul 11.03 malam. Dah lewat. Baik aku tidur. Esok sekolah.
Perlahan-lahan aku melangkah ke katil dan terbaring lemah.
Yaya, sampai hati kau benci Fang. Dia kawan baik kau dulu. Korang dah janji untuk jadi kawan selamanya.
Kau jahat. Kau mungkiri janji. Bukankah memungkiri janji itu ciri orang munafik?
Tapi, Hanna...
Kau jadikan Hanna alasan untuk kau mungkiri janji?
Ta-tapi aku-
Alasan. Itu hanya alasan!
Aku... aku....
Aku terimbas kembali akan sebab aku 'membenci' Fang.
9 tahun lalu...
GdBuKK!
"Ergghh... Han- Hanna... berhenti! Tolong..." aku merayu dalam kesakitan. Lebam-lebam pada badan aku jelas kelihatan. Darah yang mengalir pada hujung bibir aku dilap menggunakan hujung lengan baju. Air mata meluncur laju.
"Berhenti? Lawak. Kau rasa aku kisah?!" kata Hanna keras sambil tersenyum sinis.
"Hanna... sudahlah..." kata aku sambil teresak-esak. Namun, Hanna tak endah.
"Kau halau Fang. Kau halang aku daripada dapat sumber tenaga aku? Kau tahu kan yang aku perlukan tenaga dari kuasa dia. Tapi kau halang dia ke sini. Kau halau dia! Kenapa?!" Hanna menengking.
Aku bangun perlahan-lahan. "Kau... kau tak patut hidup! Biar kau kehabisan tenaga! Supaya kau berhenti sakiti orang lain!"
BukK! Aku terjatuh selepas ditumbuk Hanna pada perut.
"Kau diam! Aku sakiti orang lain? Kau yang pentingkan diri sendiri! Apa aku tak ada hak untuk hidup?!" Hanna memijak tangan aku. Sakit!
Aku mengenggam kuat kaki Hanna yang memijak tangan aku. "Arghh! Kau... kau memang TAK ADA HAK!!!"
Yaya merentap kaki Hanna ke atas dan Hanna terjatuh. Yaya bingkas menahan kedua tangan dan badan Hanna.
"Kau tu cuma bayang saja!" Yaya geram.
Hanna ketawa. "Haha... jadi itu sebabnya kau sisihkan aku? Mentang-mentang aku cuma bayang. Kau tak pedulikan aku dah?"
"Tak... tak... aku tak pernah sisihkan kau. Kenapa kau cakap macam tu?!" air mata aku mula menitis.
Hanna menolak aku hingga terpelanting ke dinding.
"Kau tak sisihkan aku?! Heh, sejak Fang pindah kau dah jumpa kawan baru dan kau sisihkan aku. Dan setiap hujung minggu Fang kembali ke sini untuk jumpa kau. Korang pun sisihkan aku. Kau ingat... aku tak ada perasaan ke?!"
Aku hanya membisu. Aku tak sangka, Hanna begitu terasa dengan hal itu.
Hari Ahad...
"Fang... kan aku dah cakap! Jangan datang lagi! Kenapa kau masih tak faham!" Aku marah pada Fang. Dari dua minggu lepas aku dah bagi amaran pada dia. Tapi dia...
"Tapi Yaya... kenapa? Kenapa aku tak boleh datang lagi?! Yaya, jawab!" Fang menarik lengan aku.
"Fang... tolonglah. Kalau kau kawan aku, kau dengar cakap aku. Tolonglah..." aku merayu.
Fang tertunduk membisu.
"Fang..."
Fang kembali memandang aku. Kemudian, dia perasan segala luka dan lebam yang ada di muka dan tanganku.
"Yaya... kau kenapa ni?" soalnya cemas.
Aku hanya membisu. Hanna dah ugut aku supaya tak bagitahu Fang tentang dia. Tapi aku takkan biarkan Fang kembali lagi ke sini untuk membekalkan sumber tenaga kepada Hanna.
Fang sebenarnya tak tahu pun yang Hanna hidup menggunakan tenaga dari kuasanya.
"Yaya, jawab! Kenapa dengan kau ni?" soal Fang. "Kenapa kau luka?"
Aku menunduk. "Hanna..." kataku perlahan.
"Ha, Hanna?!" soalnya.
Aku merentap lenganku yang dipegangnya. "Tak! Pergi!" aku menolak bahunya.
Fang terkejut dengan tindakan ganas aku.
"Ya-Yaya? Kau dah kenapa?!" soalnya sambil cuba mendekatiku kembali.
"Kau pergi dari sini! Aku benci kau! Pergi. PERGI! AKU BENCI TENGOK MUKA KAU! JAUH DARI AKU!" aku menjauhi Fang sambil menengkingnya.
"Yaya-"
"PERGII!!!" Aku mencangkung sambil menutup telinga.
"Uh?!" Fang tersentap. Dia berpaling dariku. Tangannya kuat menggenggam.
"Baik." Dia terus berlari. Meninggalkan aku keseorangan.
Aku memandangnya yang sudah jauh. "Fang... erghh!" emosi aku bercelaru
YOU ARE READING
Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionSiapa sangka disebalik peribadi Yaya yang baik dan peramah itu ada kisah hitam silamnya. Sejak Fang berpindah ke sekolahnya Yaya seperti membenci akan Fang. Ying perasan akan keanehan itu dan memberitahu kepada Boboiboy dan Ochobot. Ketika mereka...