Disiplin ii

154 14 2
                                    

Swarrppp!!!

Aku tersentak bila cikgu disiplin sekolah yang agak garang tapi tak segarang guru fizik aku merontan mejanya sendiri.

Aduh... dah cukuplah dengan bebelan tak perlulah main rotan-rotan. Luluh jantung ni nanti. Tapi, sekurang-kurangnya bebelan cikgu ni taklah setajam dan sebingit bebelan abang. Aih... tiba-tiba rindu pulak dekat abang.

"Kalau cikgu pukul saya, saya bagitahu bapak saya supaya saman cikgu!" suara lantang budak di sebelah aku mengejutkan aku yang mengelamun.

"Cikgu ingat saya takut dengan cikgu?!" budak tu bersuara lagi. Muka cikgu dah cuak.

Aku naik bengang. Budak ni! Dahla bersalah, kurang ajar pulak tu.

Thupp!

Aku terus tumbuk tepat bawah antara dua tulang rusuk dia. Sorry bro. Itu tindakkan refleks.

"Arghh!" budak tu terus tersungkur. Kawan-kawan dia terkejut dan cuak. Cikgu pun sama.

"Fang?!" Yaya terjerit perlahan. Namun, aku perasan.

"Ke-kenapa kamu?" cikgu terkebil-kebil pandang aku.

##########

"Kamu semua boleh beredar. Jangan ulangi kesalahan kamu lagi." Cikgu bagi amaran pada budak-budak pembuli tadi. Kemudian mereka bertiga berdar.

Cikgu beralih pada budak yang dibuli tadi. "Kamu sepatutnya kena berani dan laporkan pada cikgu kalau perkara ni berlaku lagi. Faham?"

Budak tu cuma mengangguk dan beredar selepas meminta diri.

Hanya tinggal aku, Yaya dan cikgu disiplin saja dalam bilik tu.

"Cikgu, surat ni." Yaya menghulurkan beberapa keping kertas yang dipegangnya kepada cikgu itu.

Cikgu tu terus tahu surat apa yang dimaksudkan. "Em, letak atas meja saya."

Yaya menangguk dan menuju ke meja cikgu yang ada di sudut bilik disiplin tersebut.

Cikgu memandang aku. "Kamu... kenapa kamu boleh terlibat dalam hal ni?"

"Saya cuma tolong budak tu dari kena buli."

Cikgu merenung aku. "Saya tak pernah nampak kamu. Kamu budak baru?"

"Ya." Aku dan Yaya menjawab serentak. Aku terkejut. Aku dan Yaya saling memandang. Kekok.

Yaya terus meminta diri untuk keluar dari bilik tu.

Cikgu menggaru kepala. "Kamu dari kelas mana?"

"5 Jujur."

"Oh! Yaya tunggu sekejap." Cikgu memanggil Yaya tiba-tiba.

Yaya yang baru saja nak menyarungkan kasutnya terhenti. "Err... kenapa cikgu?"

"Sekejap." Cikgu beralih kepada aku. "Kamu jangan buat hal sangat. Kamu tu budak kelas pandai. Rekod sekolah lama kamu pun bersih. Jadi, jangan 'kotor'kannya. Faham?" dia bagi senyuman yang menyeramkan.

"Err... ba-baik cikgu."

"Dah. Masuk kelas. Yaya, kamu bawa dia. Kamu sekelas dengan dia kan?"

Yaya hanya mengangguk dan akur dengan arahan cikgu.

"Terima kasih cikgu." Aku menunduk pada cikgu sebelum keluar dari 'mahkamah mini' itu.

Sementara aku pakai kasut. Aku perasan Yaya langsung tak pandang aku. Hei, bukannya aku minta dipandang. Tapi, dia sibuk tengok jam sambil melemparkan pandangannya ke sekeliling sekolah. Aku tahu dia rasa terpaksa untuk tunggu aku.

"Dah." Aku bangun setelah pakai kasut dan bersedia untuk masuk kelas.

Yaya hanya pandang kasut aku sebelum dia mula berjalan. Aku hanya mengikuti dia dari belakang.

Aku tengok jam tangan aku. Dah habis sejam aku duduk dalam 'mahkamah mini' tu tadi. Patutlah Yaya macam resah semacam. Sekarang ni waktu Sejarah. Habislah.

Perjalanan menuju ke kelas tiba-tiba terasa lama. Dah la situasi ni agak kekok. Kami langsung tak bercakap. Stay cool. Aku lelaki.

"Em... kenapa kau pukul budak tu tadi?" soal Yaya tiba-tiba.

Aku agak terkejut. Jadi aku ambil masa untuk jawab soalan tu. "Dia dah melampau. Ada ke patut dia kurang ajar macam tu sekali dengan cikgu?" soal aku tak puas hati.

Namun, Yaya tak memberi respon. Dia hanya mendengus perlahan. Tak pasti sama ada dia marahkan aku ataupun budak tadi.

Aku menggosok belakang leher. "Erk... ak-aku pun salah juga. Aku tak patut bertindak guna emosi. Kawal aku boleh sabar sikit dan berfikir secara rasional tadi mesti kita tak perlu duduk kat bilik disiplin tu lama-lama."

Dari tepi, aku perasan air muka Yaya berubah. Erk- aku ada salah cakap ke? Atau dia terasa dengan kata-kata aku? Haih... nampaknya lebih baik aku diamkan diri.

"Eh-?!!" Yaya tiba-tiba merentas laluan aku. Aku hampir terlanggar dia. Nasib baik sempat brek. Sempat juga dia pandang aku tak puas hati. Dia nak ke mana? Aku toleh ke arah dia yang sedang menaiki tangga.

Ah ya... naik kelas. Aku lupa. Eish...

"Fang! Fang!" satu suara menyeru nama aku.

Aku memandang ke arah pemilik suara itu, Boboiboy. "Apa hal?"

Boboiboy termengah-mengah berlari ke arah aku. "Kau... hah.... hah..."

"Apa?"

"Cikgu tak masuk kelas harini. Ada mensyuarat. Jadi, kelas dekat bilik kaunseling. Ada cikgu akan ganti. Jangan lupa bawa buku kosong dengan pensel."

"Oh ok." Aku hanya menangguk.

"Mana kau pergi tadi ha? Dari waktu rehat aku tak nampak kau."

"Mmm... panjang ceritanya. Aku naik kelas dulu. Ambik barang."

"Eh, kejap. Kau ada nampak Yaya? Dia pun menghilang juga tadi."

"Kat kelas."

"Oh, nanti kau bagitahu dia juga ya. Aku kena pergi tandas. Ciao!" Boboiboy terus beredar meninggalkan aku. Nampaknya macam tak tahan sangat dah tu.

"Ok." 

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now