Yaya:Di sebuah bangunan blok B tiga tingkat selalunya kelihatan lengang kerana terdapat pejabat dan perpustakaan sekolah.
Tapi, hanya sebuah kelas tingkatan 5 yang masih bising kerana guru yang mengajar tidak hadir. Nampaknya kesedaran tentang peperiksaan SPM yang mereka akan hadapi masih tiada. Haih... inilah remaja zaman sekarang. Kelas aku pula tu...
"Hmm..." Aku mengeluh kecil. Kepala diletakkan di atas meja. Keletihan.
"Ini semua pasal mimpi 2 hari lepas..." Aku terimbas kembali mimpi itu.
Kelihatan seorang budak lelaki duduk di hadapan aku. Dia tersenyum dan memanggil aku, "Hanna!"
Aku terkejut. Nama itu amat dibenci oleh aku. Kenangan silam muncul kembali.
"Yaya!" Satu suara memecahkan lamunan aku.
Aku mendongakkan kepala. "Boboiboy..."
"Hey, nah." Boboiboy menghulur beberapa keping kertas putih bersaiz A4.
Aku menyambutnya. "Apa ni?"
"Kad jemputan kahwin."
"Huh?!!"
"Hahaha... aku gurau. Cikgu bagi untuk kau tampal pada papan kenyataan pengawas di belakang dewan."
"Kenapa tak bagi pada setiusaha pengawas?"
"Arrr... kau bagilah pada dia." Boboiboy terus beredar dari situ.
Aku membelek kertas-kertas itu. "Jadual bertugas pengawas." Aku baru teringat, pada minggu lepas para pengawas sebulat suara melantik aku sebagai ketua pengawas.
"Tanggungjawab..." perkara itu amat berat bagi aku. Walaupun aku sudah terbiasa dengannya dari sekolah rendah.
"Yaya..." Nana duduk di atas sebuah kerusi di sebelah aku, yang mana asalnya itu tempat duduk Ying. Namun, Ying keluar sebentar. Entah ke mana. Sejak dia menjadi penolong ketua kelas makin sibuk pula dia.
"Kenapa?" Soal aku sambil cuba tersenyum macam selalu walaupun 'mood' aku tak beberapa baik 2 hari ni. Ini semua pasal mimpi tulah.
"Kau ada nampak budak baru tak hari ni?" Soalan pelik itu pula dia tanya.
"Ouh... tak adalah. Suzy yang suruh tanya. Sebab dia kata dia macam ada nampak budak baru. Tak silap, budak tu pun satu 'batch' ngan kita. Mungkin juga masuk kelas ni." Katanya dengan nada sedikit teruja.
Aku diam.
Mungkin ada benarnya sebab aku nampak juga tadi seorang budak lelaki sedang duduk di pejabat dengan beg galasnya.
Takkan pelajar biasa pergi pejabat pakai beg masa waktu belajar.
Ying masuk ke kelas dengan membawa beberapa buah buku dan beg kain di tangannya.
Nana terus beredar dari tempat duduk Ying. Semua pelajar lain turut mengambil tempat duduk mereka.
Nampak sangatlah Ying bawa buku-buku cikgu. Maksudnya cikgu sedang dalam perjalanan ke sini.
Ying duduk di sebelah aku sambil tersenyum.
"Cikgu on the way?" soal aku ringkas.
"Ya. Lambat sikit sebab ada urusan. Nasib baik aku pergi jumpa dan ingatkan cikgu." Dia tersenyum puas. Huih... banggalah tu.
"Ya... tahniah penolong ketua kelas!" Aku tersenyum. Ying terus duduk di sebelah aku apabila mendengar bunyi tapak kasut guru kelas kami.
Guru kelas kami mula menapak masuk ke dalam kelas.
"Bangun!" Suara ketua kelas memberi arahan. Aku agak terkejut dan sempat memandang ke belakang. Boboiboy. Ketua kelas kami tahun ni.
Aku tak dibenarkan menjadi ketua kelas tahun ini. Mungkin sebab aku dah dapat jawatan ketua pengawas. Nanti takut dilabel tamak kuasa pula kalau aku pegang semua jawatan.
"Selamat pagi cikgu!"
"Selamat pagi cikgu!" seisi kelas turut mengucapkan selamat selepas ketua kelas.
"Selamat pagi. Kamu boleh duduk." Guru kelas kami meletakkan tas tangannya di atas meja guru.
Seorang murid baru melangkah masuk ke dalam kelas. Suasana yang agak sunyi sepi menyelubungi kelas kami.
Sehinggalah guru kelas mula bersuara. "Hari ini kamu ada rakan sekelas baru. Boleh ambil tempat duduk kamu."
Seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas.
Kejap? Itu-!!!!
Ying:
Aku memandang wajah budak baru tu. Penuh tak berperasaan.
Aku mengalihkan pandangan kepada kawan sekelas yang lain. Nampaknya semuanya terpaku. Lebih-lebih lagi perempuan. Terpesona sungguh.
Aku pandang semula budak baru tu. Tak adalah berupa mana. Stail rambut yang mencacak. Cermin mana yang memang bergaya. Kulit yang cerah, jelingan mata yang tajam dan hidung yang mancung. Tapi, dari pengamatan aku, reaksi mukanya menunjukkan dia agak anti-sosial.
Aku memicit dahi. Haih... kuat betul aku judge orang. Yaya pernah juga nasihat aku supaya tak nilai orang secara melulu. Tapi, sekali tengok aku dah rasa dia ni membosankan.
Budak baru tu terus ambil tempat di tempat duduk belakang. Pandangan semua pelajar perempuan masih dipaku. Aku menggeleng.
"Weh, Yaya..." Aku cuba nak berbisik sesuaty pada Yaya.
Namun, aku terhenti selepas nampak Yaya tunduk dengan muka yang menahan marah. Tanganya digenggam amat kuat. Aku boleh nampak buku-buku dan pennya terapung rendah.
Dia guna kuasa tanpa dia sedar.
"Ya-Yaya?"
Yaya terkejut. Buku-buku dan pennya yang terapung jatuh kembali. Dia pandang aku dengan muka cover masalah dia dengan senyuman tawar. "Ya?"
"Err... kau jaga kantin ke hari ni?" terus aku tukar soalan. Tak berani aku nak tanya apa masalah dia dengan keadaan sekarang ni.
"Hmm... tak minggu ni aku jaga blok 2." Yaya masih memberikan senyuman yang tawar.
"Ok..."
YOU ARE READING
Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanficSiapa sangka disebalik peribadi Yaya yang baik dan peramah itu ada kisah hitam silamnya. Sejak Fang berpindah ke sekolahnya Yaya seperti membenci akan Fang. Ying perasan akan keanehan itu dan memberitahu kepada Boboiboy dan Ochobot. Ketika mereka...