"Kau memang sengaja. Apa lagi kau nak?!"
##########
"Terima kasih cikgu!"
"Terima kasih cikgu!!!"
Semua pelajar mengemas beg masing-masing untuk balik seleps guru yang mengajar beredar.
"Yaya?" Ying menegur aku.
"Ya, kenapa Ying?"
"Polis ada call kau tak?"
"Hmmm... tak pula. Kenapa?"
"Kan ada satu kes gempar yang terjadi sejak bulan lepas. Kita tak dipanggil untuk bantu siasatan mereka ke?"
"Ouh, kes pembunuhan beberapa orang remaja perempuan tu ya?"
Ying mengangguk.
"Kita tak pernah dapat uruskan kes macam tu. Lagipun, kita kan tahun ni ada SPM. Kalau diberi kes tu mesti mereka takut kita hilang fokus rasanya."
Ying diam sambil mengurut dagu. Sedang berfikir kebenaran kata-kata aku.
Ya, bila difikirkan balik. Kes pembunuhan yang dirancang oleh pembunuh yang sama belum diselesaikan pihak polis. Kes pembunuhan itu nampak seperti dirancang dan bersiri.
Yang menakutkannnya ialah mangsa-mangsa dibunuh dengan kejam tanpa senjata. Kebanyakkan mangsa mati dengan mengerikan kerana organ dalaman mereka pecah. Ada yang pecah perut, hati malah otak.
Bila dibedah siasat. Tiada tanda yang menunjukkan pembunuh meletakkan bahan letupan atau apa-apa yang dimasukkan dalam badan mangsa-mangsa.
Tapi, lagi menakutkan bila kejadian itu berlaku di Pulau Rintis. Entah beberapa orang lagi akan menjadi mangsa kalau penjenayah masih lagi berlegar-legar di bumi ini dengan tenang.
Ya Allah, harap-harap kes ini dapat dirungkaikan.
"Yaya, Ying. Korang nak balik tak ni?" soal Gopal dari tingkap bersebelahan Ying.
Aku tersedar dari lamunan. "Eh, ya! Jom. Mana Boboiboy dan Ochobot?" Aku memandang sekeliling. Mencari kelibat mereka.
"Diorang dah keluar ma..."
"Pergi tandas sekejap katanya." Tambah Gopal.
Aku mengangguk.
"Eh, Fang! Rumah kau kat mana?" Soal Gopal sambil memandang ke arah seseorang di belakang aku.
Aku dan Ying menoleh.
Kelihatan Fang sedang lalu di belakang kami. Dia memandang aku dan baru kemudiannya memandang Gopal.
Aku lantas menoleh dari memandangnya.
"Rumah aku dekat jalan lama." Balasnya.
"Ouh, nak ikut kitorang sekali?"
Ah, sudah. Jawablah tak nak Fang! Tak nak!!!
"Aku... "
Tolonglah! Tolonglah!
"Aku tak kisah," balas Fang selamba.
Damn! Siap kau Gopal!!!
"Haiya... korang baliklah berdua. Aku nak balik ngan Yaya dulu. Lagipun kau nak tunggu Ochobot dan Boboiboy dari tandas kan? Kami pergi dulu." Ying menarik lengan aku.
Oh, terima kasih Ying! kaulah bidadariku!~ Penyelamatku!
"Apa pula... ha, tu Boboiboy dan Ochobot! Diorang dah balik dari tandas. Jomlah balik sekali alang-alang." Gopal melambai Boboiboy dan Ochobot dari jauh.
Aku rasa betul-betul nak hantuk kepala aku pada tingkap kaca kelas. Kenapa?!!!
##########
Kami berjalan balik bersama-sama melalui jalan yang biasa kami lalui setiap hari. Cuma bezanya hari ini sebab ada Fang. Haih...
Bobboiboy, Ochobot dan Gopal rancak bersembang sesama sendiri manakala Fang hanya diam, berjalan beriringan dengan mereka.
Aku dan Ying berjalan bersama di belakang mereka. Perbualan aku dan Ying menjadi agak hambar dari biasa kerana aku kerap memandang ke arah Fang dengan harapan dia akan beredar untuk lalu jalan lain untuk pulang ke rumah dia.
"Aku balik dulu." Kata Fang setelah kami sampai di simpang tiga.
"Ouh, kau dah nak sampai rumah?" soal Boboiboy.
"Em, lalu lorong kanan ni."
"Bukan hujung lorong ni ada satu rumah saja?" soal Ochobot.
"Ya." Balas Fang.
"Takkanlah... rumah berhantu tu?" soal Gopal dengan muka cuak.
Ying menyiku Gopal. "Apa kau ni? Rumah tu tak berhantulah. Cuma dah lama je."
"Kau... tinggal situ?" soal Boboiboy pada Fang.
"Ha'ah. Rumah tu memang nampak lama dari luar. Tapi dalam dia masih elok. Oklah, aku balik dulu." Fang terus melangkah pulang melalui lorong itu.
"Esok kita pergi sekolah sama-sama juga ya!" kata Gopal kepada Fang yang tak beberapa jauh.
Fang hanya memberi isyarat tanpa berpaling dengan mengangkat ibu jarinya.
Aku beredar dari situ. Meninggalkan mereka yang lain.
"Eh, Yaya?!" Ochobot perasan akan tindakan aku.
YOU ARE READING
Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanficSiapa sangka disebalik peribadi Yaya yang baik dan peramah itu ada kisah hitam silamnya. Sejak Fang berpindah ke sekolahnya Yaya seperti membenci akan Fang. Ying perasan akan keanehan itu dan memberitahu kepada Boboiboy dan Ochobot. Ketika mereka...