Berhenti Siasat?

115 12 7
                                    

"Mari ikut ke balai."

Duh, apahal ni?!!

##########
Ktanggg!!!

Pintu kaca balai polis ditolak kasar.

"Maaf kami lewat." Ujar Boboiboy yang masih termengah-mengah akibat berlari. Di belakangnya terdapat Yaya, Gopal dan Ochobot yang turut tergesa-gesa.

"Mari duduk." Jemput pegawai polis tersebut.

Semasa mereka mula mengambil tempat duduk berdekatan aku dan Ying di ruang mesyuarat, mata pegawai polis tersebut sibuk memeriksa sama ada pintu tersebut masih baik ataupun tidak .

Uih, sayang betul dia pada pintu tu.

"Ada apa Tuan Inspektor panggil kami?" Soal Yaya selepas mengahnya mula hilang.

"Kamu tahu bukan tentang kes kawan kamu Suzy yang baru meninggal dunia pagi tadi?"

Kami berpandangan sesama sendiri. Masing-masing berasa pilu. Mana tidaknya, dia rakan sekolah kami.

"Y-ya." Balas Yaya.

"Haikal!" Jerit inspektor itu tiba-tiba.

Ktanggg!

Pintu kaca dihempas kasar sekali lagi. Kelihatan seorang pegawai polis yang lebih muda masuk ke dalam bilik mensyuarat sambil memegang beberapa buah fail kertas.

"Ya-ya, Tuan Inspektor!"

Inspektor tersebut memandang pegawai polis di hadapannya itu dengan tatapan serius. Berkemungkinan pegawai polis di hadapannya itu berpangkat lebih rendah daripada dirinya.

"Mana fail bedah siasat pagi tadi?"

"I-ini tuan!" Pegawai polis itu menyerahkan satu fail kertas berwarna kuning air yang dipegangnya tadi kepada inspektor tersebut.

"Terima kasih."

"Sama-sama tuan." Pegawai polis itu beredar selepas menghadiahkan sebuah senyuman kepada kami.

Kami membalas senyuman tersebut.

"Ini merupakan hasil bedah siasat kes kawan kamu." Fail itu ditolak ke arah kami.

Yaya mengambil fail itu dan membelek isinya. Dia mengeluarkan beberapa helaian kertas dan membacanya.

Kami menunggu responnya.

Selepas beberapa saat, Yaya perlahan-lahan menangkat kepalanya memandang kami seorang demi seorang. Dia berpeluh dingin.

"Ke-kenapa Yaya?" Soal Boboiboy.

Yaya tak menjawab namun hanya menggelengkan kepalanya kecil.

Melihat keadaan Yaya yang tak mampu berbicara, inspektor tersebut memandang kami. "Hasil bedah siasat menunjukkan kawan kamu mati kerana tekanan darah yang tinggi dan..."

Jeda.

"Salah satu organnya hilang. Nampaknya dia mungkin menghadapi tekanan sebelum dia dibunuh. Macam kes-kes sebelum ini."

Kami semua saling bepandangan. Maksudnya... Suzy juga dibunuh oleh pembunuh yang sama. Tapi kenapa?

Inspektor itu berdehem. "Jadi, saya cadangkan kamu untuk berhenti membantu pihak polis dalam menyiasat hal ini. Saya pasti selepas ibu bapa kamu tahu hal ini, kerisauan mereka terhadap aku akan bertambah."

Jeda.

"Pihak kami tak mahu kamu menghadapi risiko. Tak mustahil lepas kejadian hari ini... nyawa kamu akan terancam."

Gopal menangkat tangannya. "Aaa... kami berhenti. Saya tak nak mati awal."

Whut? Begitu mudah sekali kau menyerah kalah Gopal?

Semua memandang Gopal dengan wajah datar. Apalah... bincanglah dengan kitorang dulu kalau ya pun nak buat keputusan.

"Baik, biar sahaja pihak kami yang akan selesaikan perkara ini. Walaubagaimanapun, sekiranya kamu ada jumpa apa-apa yang boleh menbantu siasatan kami, sila beritahu kami ya."

Kami semua mengangguk.

"Baiklah, kalau tak ada apa-apa lagi... kamu semua bolehlah mengundurkan diri. Saya pun ada hal yang nak diselesaikan." Inspektor tersebut berdiri.

Sebelum kami keluar dia sempat berpesan. "Oh ya, buka pintu tu baik-baik ya."

"Ehm... baik."

Ketika kami keluar dari balai polis itu, aku sempat terdengar beberapa orang polis yang duduk di kaunter aduan sedang berbual tentang sesuatu.

Dan 'sesuatu' itu menarik perhatian aku...

"Wei, kau tahu tak tentang kisah rumah lama yang ada dalam hutan tu?" Soal seorang polis wanita pada dua orang kawannya.

"Hmm... ni mesti kisah seram ni. Dahla Rina. Tak habis-habis cerita hantu kau ni! Cubalah cari cerita yang tak klise sikit." bidas pegawai polis yang bernama Haikal.

"Eish, janganlah potong cerita Rina. Kau ni Kal!" Seorang pegawai polis wanita yang duduk di sebelah Haikal memukul bahunya.

Aku yang melihat ragam mereka hanya menggeleng. Apalah... polis pun suka juga cerita-cerita yang memendekkan akal macam ni ya?

Rina menyanbung ceritanya. "Katanya rumah tu macam dihuni seseorang."

"Alah, tu mesti penagih dadah. Auch!" Bahu Haikal dipukul lagi. "Apa ni Sarah?!"

"Lain kali diam. Jangan menyampuk cerita orang."

"Tak ada kesan penagih dadah pun di situ. Cuma ada beberapa helaian kelopak bunga yang dah layu dan hampir reput saja." Sambung Rina.

Sarah menekup mulutnya. "Aaahh... Seramnya. Agaknya hantu tu mesti putus cinta. Dia mesti sedih lepas tu duduk dekat situ."

"Apa kena mengena bunga dengan putus cinta?" Soal Haikal sebelum dijeling oleh Sarah.

"Kau lelaki. Mana tahu macam mana perasaan perempuan bila putus cinta. Bunga tu... macam simbolik cinta. Kalau putus cinta mesti perempuan musnahkan bunga. Tanda hati dia dah hancur." Dengan penuh emosi Sarah menerangkan.

Haikal menelengkan kepalanya. Dia hairan. Baru sahaja dia hendak mempersoalkan hal itu tiba-tiba bahunya dipukul sekali lagi. Aduh... aku yang tengok ni pun rasa sakit. Terpaksalah dia membiarkan sahaja persoalannya tertanam di hati.

Aku yang mendengar cerita itu pun hairan. Apa kena mengena bunga dengan putus cinta? Elok saja aku tengok drama, bila perempuan putus cinta dia terus cari lelaki lain. Tak ada pun musnahkan flora mahupun fauna.

Ah, sudahlah memikirkan hal yang tak penting ni. Boleh naik mereng dengan diorang ni merepek.

Tapi... cakap tentang tempat tu berhantu. Agaknya, aku boleh jumpa Hanna di situkah?

Kalau ya, aku sanggup ambil risiko ke sana.

Hanna (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now